backup og meta

Bibir Merekah? Ini Cara Terbaik Pilih Lipbalm Untuk Bibir Kering!

Bibir Merekah? Ini Cara Terbaik Pilih Lipbalm Untuk Bibir Kering!

Pelembap bibir merupakan satu produk kecantikan yang perlu dimiliki semua orang. Antara produk yang paling popular di pasaran ialah lipbalm untuk bibir kering. Sebagai pengguna, penting untuk anda ketahui  lip balm terbaik dan selamat untuk kegunaan harian. 

Tahukah anda, bibir merupakan antara kawasan yang sering diabaikan oleh kedua-dua wanita dan lelaki?

Sebenarnya, penggunaan lip balm sangat penting untuk memastikan bibir sentiasa lembap dan tidak mudah merekah. Malah, ia bukanlah satu produk yang digunakan semata-mata untuk nampak cantik. 

Bagi mereka yang sering alami masalah bibir kering, keadaan akan jadi lebih teruk apabila tiba musim hujan. Pada waktu ini, cuaca yang sejuk akan membuatkan bibir makin mudah merekah.  

Tidak dinafikan, bibir yang kering boleh mendatangkan kesakitan dan ketidakselesaan. Oleh itu, penting untuk kita tahu apakah lip balm terbaik yang boleh digunakan bagi memastikan kesihatan bibir sentiasa terjaga. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mulut, sila dapatkannya di sini.

Mengapa perlu pakai lipbalm untuk bibir kering?

lip balm untuk bibir kering
Kulit di kawasan bibir lebih nipis, oleh itu ia lebih berisiko untuk mengalami kekeringan.

Menurut pakar kulit dari Brooklyn Dermatology, Dr. Reshmi Kapoor, bibir manusia mudah merekah dan mengalami kekeringan. 

Sama sepeti bahagian kulit yang lain, bibir mempunyai satu lapisan pelindung yang dikenali sebagai stratum corneum

Lapisan inilah yang bertindak memastikan kulit sentiasa lembap dan tidak mudah kering. Bagaimanapun, bibir mempunyai lapisan stratum corneum yang lebih nipis berbanding kawasan kulit yang lain. 

Bukan itu sahaja, bibir juga tidak mempunyai kelenjar peluh atau bulu roma yang dapat membekalkan kelembapan tambahan. 

Oleh sebab itu, bibir lebih mudah mengalami kekeringan. Malah, sinaran UV dari matahari juga berupaya untuk membuatkan kawasan tersebut merekah dan mengalami iritasi. 

Tambah Dr. Reshmi, penggunaan lipbalm untuk bibir kering mungkin dapat membantu kebanyakan orang menjaga bibir masing-masing dan mengelakkannya daripada terluka akibat kekeringan.

Lip balm terbaik untuk bibir kering

lip balm untuk bibir kering
Produk yang mengandungi pelindung matahari perlu dipakai setiap hari bagi mengelakkan kulit terdedah dengan sinaran UV.

Menurut pakar, bahan lip balm terbaik untuk mereka yang mengalami bibir kering adalah pelembap yang mengandungi petrolatum, juga dikenali sebagai jeli petroleum

Jeli petroleum boleh bertindak sebagai satu lapisan pelindung yang dapat mengekalkan kelembapan pada kawasan bibir.

Jika anda memakai  lipbalm untuk bibir kering, pastikan anda tidak ‘kedekut’ ketika memakainya. Kalau boleh, pakai pelembap bibir pada waktu malam dan cuci keesokan harinya. 

Selain itu, pelembap bibir yang mengandungi pelindung matahari adalah antara lip balm terbaik untuk mencerahkan bibir. 

Bagi mereka yang mempunyai bibir yang sangat sensitif dan mudah merekah, pilih produk yang mempunyai gabungan kedua-dua bahan ini dalam satu lip balm

Namun, langkah yang terbaik untuk mengatasi masalah bibir kering adalah dengan minum banyak air kosong. Pengambilan air kosong yang mencukupi sangat penting untuk memastikan kulit sentiasa lembap dan anjal. 

Bibir merekah dan mudah pecah jarang sekali menjadi tanda penyakit yang seriusBagaimanapun, jika anda sering rasa sakit atau pedih, pastikan anda berjumpa doktor secepat mungkin untuk sesi konsultasi. 

Jangan

 

  • Mereka yang mempunyai bibir kering perlu elak daripada membeli pelembap bibir yang mengandungi pewarna serta pewangi tiruan. 
  • Kedua-dua bahan ini boleh menyebabkan bibir menjadi lebih kering dan mudah merekah. 
  • Ada juga yang berkemungkinan mengalami reaksi alahan disebabkan pemakaian lip balm yang salah.

Sebab perlu pakai lipbalm untuk bibir kering 

Mengapa kita perlu pakai pelembap bibir? Selain dapat mengurangkan kekeringan, bahan dalam pelembap juga boleh membuatkan bibir kita nampak sihat dan lebih anjal. 

Antara kebaikan memakai lipbalm untuk bibir kering ialah:

1. Memberi kelembapan kepada bibir

Pemakaian lip balm boleh membuatkan bibir nampak lebih sihat dan cantik.

Lip balm terbaik boleh memberikan kelembapan dan hidrasi kepada bibir. 

Salah satu tanda bibir yang tidak sihat ialah kekeringan dan produk yang baik selalunya mempunyai bahan-bahan yang boleh melembapkan bibir. 

2. Dapat melindungi bibir daripada perubahan cuaca

Setiap hari, bibir kita terdedah dengan perubahan cuaca seperti cahaya matahari, tiupan angin dan juga kesejukan. 

Sekiranya anda mencari lipbalm untuk bibir kering, pastikan anda beli produk yang mempunyai sekurang-kurangnya SPF 50 bagi melindungi bibir daripada sinaran UV. 

3. Membuatkan bibir nampak lebih sihat dan bermaya

Pelembap bibir juga boleh buatkan bibir kita nampak lebih cantik dan sihat. 

Malah, pemakaian lip balm juga lebih baik berbanding lipstick yang boleh membuatkan bibir menjadi semakin kering. 

4. Menanggalkan sel-sel mati

lip balm untuk bibir
Pelembap bibir juga boleh membuatkan bibir nampak lebih sihat dan kurang gelap.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menggunakan lip balm untuk bibir hitam. Bibir yang gelap kadangkala berlaku disebabkan pengumpulan sel-sel mati

Lip balm terbaik untuk masalah ini adalah produk yang mengandungi urea yang akan menanggalkan sel mati secara lembut dan mengurangkan sebarang ketidakselesaan yang berlaku akibat bibir kering. 

4. Melegakan bibir merekah

Ingin kurangkan masalah bibir merekah? Pilihlah produk yang mengandungi madu, ekstrak betik atau menthol.

Semua bahan ini boleh memberikan kelegaan kepada mereka yang sering mengalami masalah bibir merekah.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Chapped Lips. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/22005-chapped-lips. Diakses pada September 19, 2024.
  2. 5 Tips for Taking Care of Your Lips. https://www.skincancer.org/blog/5-tips-for-your-lips/. Diakses pada September 19, 2024.
  3. 7 dermatologists’ tips for healing dry, chapped lips. https://www.aad.org/public/everyday-care/skin-care-basics/dry/heal-dry-chapped-lips. Diakses pada September 19, 2024.
  4. Sore or dry lips. https://www.nhs.uk/conditions/sore-or-dry-lips/. Diakses pada September 19, 2024.
  5. Chapped lips. https://medlineplus.gov/ency/article/002036.htm. Diakses pada September 19, 2024.

Versi Terbaru

30/09/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Bagaimana Ingin Buatkan Bibir Kembali 'Bernyawa'? Ini Tip Beli Lip Balm Untuk Bibir Hitam!

Mahukan Bibir 'Pink' Yang Nampak Sihat Dan Cantik? Ini 5 Cara Natural Merahkan Bibir


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 30/09/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan