backup og meta

Gusar Dengan Bau Mulut Sendiri? Ini 8 Cara Terbaik Memberus Gigi Untuk Mulut Yang Sihat!

Gusar Dengan Bau Mulut Sendiri? Ini 8 Cara Terbaik Memberus Gigi Untuk Mulut Yang Sihat!

Membersihkan gigi bukan hanya sekadar memberus dua kali sehari. Walaupun kenyataan ini ada benarnya, banyak lagi aktiviti lain yang boleh dilakukan untuk memastikan kesihatan oral kekal terjaga. Sebagai contoh, ada satu lagi cara membersihkan gigi yang anda boleh tambah ke dalam rutin harian iaitu flossing.

Walaupun amalan memberus gigi merupakan sesuatu yang penting, namun itu sahaja tidak cukup untuk menjaga kesihatan gigi dan gusi anda.

Oleh sebab itu, kami ingin kongsikan 8 cara membersihkan gigi dengan betul untuk memastikan gigi dan gusi anda sentiasa sihat!

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Mulut, anda boleh klik di sini.

8 cara membersihkan gigi yang terbaik

Tanpa penjagaan yang betul, masalah seperti gigi reput dan juga penyakit gusi boleh membuatkan penghidapnya hilang rasa yakin terhadap diri sendiri.

Malah, jika isu ini tidak dirujuk kepada doktor dalam masa terdekat, ia boleh menyebabkan masalah lain seperti kesakitan, kehilangan gigi, malnutrisi, masalah percakapan dan lain-lain.

Sebenarnya, kita boleh menghalang hampir kesemua penyakit ini daripada berlaku dengan melakukan penjagaan gigi dan mulut  yang betul.Di bawah, kami senaraikan 8 cara membersihkan gigi yang terbaik untuk pastikan gigi sentiasa bersih!

1. Berus gigi dengan kerap bukan dengan agresif

membersihkan gigi

Ramai yang tahu keperluan memberus gigi dua kali sehari. Walau bagaimanapun, memberus gigi hanyalah efektif jika anda melakukannya dengan teknik yang betul.

Sebagai contoh, anda haruslah memberus gigi dengan melakukan pergerakan membulat.

Selain itu, jangan lupa untuk memberus bahagian depan, belakang dan juga di atas gigi geraham. Proses memberus gigi sepatutnya memakan masa 2-3 minit.

Selain itu, elakkan melakukan pergerakan ke depan dan ke belakang. Memberus gigi dengan cara ini tidak dapat menyingkirkan kesemua kotoran daripada gigi anda.

Jangan sesekali berus gigi dengan kuat. Amalan ini boleh membuatkan enamel pada permukaan gigi menjadi rosak.

Malah, anda mungkin akan menghidap gigi sensitif jika berlakunya sebarang kerosakan pada lapisan enamel.

Baca juga:

2. Gunakan ubat gigi berfluorida

Fluorida merupakan salah satu bahan yang lazim di dalam ubat gigi. Tanpanya, ubat gigi tidak akan mampu menghalang pembentukan kaviti.

Malah, kajian juga mendapati aktiviti memberus gigi akan jadi sia-sia jika anda tidak menggunakan ubat gigi berfluorida.

Fluorida juga ditambah ke dalam bekalan air di kawasan tertentu dalam satu proses yang dikenali dengan nama pemfluoridaan. Melalui proses ini, garam florida akan ditambah ke dalam bekalan air untuk mengurangkan karies gigi.

Cara membersihkan gigi #3: Jangan berus gigi sahaja, flos gigi sekali!

Aktiviti flos juga mempunyai kepentingan yang sama dengan memberus gigi. Walau bagaimanapun, tidak ramai yang flos gigi masing-masing setiap hari.

Malah, ramai orang tidak flos gigi kerana mereka merasakan aktiviti ini terlalu sukar untuk dilakukan.

Tetapi, tanpa melakukan flossing, plak dan bakteria di antara gigi dan di tempat yang tidak boleh dicapai oleh berus gigi tidak dapat dibersihkan dengan betul.

4. Tukar berus gigi anda!

cara membersihkan gigi

Cuba ingat kembali, berapa lamakah usia berus gigi anda sekarang? 6 bulan? 12 bulan? 2 tahun? Eh, jangan macam tu! Sepatutnya, sebatang berus gigi perlu ditukar setiap 3 bulan sekali.

Jika anda benar-benar sayangkan gigi anda, pastikan anda tukar berus gigi dengan kerap!

Cara membersihkan gigi #5: Minum lebih banyak air

Tidak dinafikan, minum lebih banyak air mempunyai banyak manfaat. Namun, pilihlah air putih dan bukannya air manis. Air manis boleh meningkatkan risiko anda mengalami kaviti.

Air putih boleh mengurangkan jumlah gula di dalam mulut dan menghalang pembentukan plak.

Selain itu, air juga boleh membasuh lebihan gula dan juga cebisan makanan di dalam mulut serta menghalangnya daripada melekat di permukaan gigi anda.

6. Gunakan ubat pencuci mulut selain berus gigi

Penggunaan ubat pencuci mulut atau ubat kumur dapat memberikan manfaat kepada mereka yang mementingkan kebersihan oral masing-masing.

Bukan itu sahaja, penggunaan ubat kumur adalah satu cara membersihkan gigi yang efektif. Ia dapat membersihkan kawasan mulut yang tidak dapat dicapai oleh berus gigi. 

Malah, jika ubat pencuci ini mengandungi bahan-bahan bersifat antibakteria, ia boleh membantu mengawal pembentukan plak dan juga gingivitis.

7. Jangan abaikan lidah anda!

membersihkan gigi

Plak bukan sahaja terbentuk pada kawasan gigi, ia juga boleh terjadi di atas permukaan lidah anda!

Pengumpulan plak pada kawasan lidah boleh menyebabkan nafas berbau busuk. Oleh sebab itu, jangan lupa berus lidah anda sekali semasa memberus gigi!

8. Jumpa doktor gigi dengan kerap

Ini merupakan perkara yang paling penting untuk memastikan gigi dan gusi anda sentiasa sihat.

Dengan melakukan pemeriksaan yang kerap, doktor gigi boleh mengesan tanda-tanda kaviti, penyakit gusi, kanser mulut dan isu lain yang anda tidak dapat kesan dengan sendirinya.

Malah, doktor juga boleh menggunakan teknologi seperti imbasan X-ray untuk mengesan sebarang masalah di bawah lapisan gigi anda.

Doktor gigi boleh membantu anda untuk mengenal pasti sebarang masalah dan membetulkannya sebelum ia menjadi lebih serius.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Mouthwash (Mouthrinse), https://www.ada.org/en/member-center/oral-health-topics/mouthrinse, Accessed May 4 2021.
  2. The Importance of Brushing and Flossin, https://chcw.org/the-importance-of-brushing-and-flossing/, Accessed May 4 2021.
  3. Brushing Your Teeth, https://www.mouthhealthy.org/en/az-topics/b/brushing-your-teeth, Accessed May 4 2021.
  4. Dental Care: Brushing and Flossing Your Teeth, https://www.mottchildren.org/health-library/uh1644, Accessed May 4 2021.
  5. Fluoride, https://www.nhs.uk/conditions/fluoride/, Accessed May 4 2021.

Versi Terbaru

07/06/2022

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

Berus Gigi 2x Sehari Tak Cukup! Lakukan Lebih Kerap Jika Tak Nak Jadi Begini!

Nak Mulut Yang Lebih Sihat? Pilihlah Ubat Gigi Yang Mengandungi Xylitol!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 07/06/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan