home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

5 Sebab Mengapa Gigi Anda Sakit

5 Sebab Mengapa Gigi Anda Sakit

Sakit gigi merupakan antara sakit yang paling mengganggu. Meskipun gigi hanyalah bersaiz kecil, sakit gigi sering menjejaskan seluruh badan. Banyak kerja yang boleh terhenti kerana sakit gigi.

Selain kaviti, teradapat banyak sebab lain mengapa gigi anda rasa sakit. Mari lihat 5 sebab mengapa gigi anda boleh sakit.

1. Berus terlalu kuat sehingga menyebabkan gusi susut

Anda perlu memberus gigi dengan betul. Selain memberus sekurang-kurangnya dua kali sehari, jenis berus gigi serta teknik memberus juga perlu diberikan perhatian.

Berus yang terlalu kasar atau teknik yang terlalu kuat boleh merosakkan gusi sehingga menyebabkan gusi susut. Bahagian akar gigi yang biasanya terlindung oleh gusi akan terdedah menyebabkan rasa sakit.

2. Jangkitan gusi

Mana-mana jangkitan biasanya akan memberikan rasa sakit. Begitu juga jangkitan gusi. Mulut manusia memang mengandungi bakteria. Namun, jika jumlah bakteria ini berkembang-biak melebihi normal, ia akan mendatangkan masalah.

Jangkitan gusi boleh membawa kepada abses, yang menyebabkan lebih rasa sakit. Anda mungkin perlu mengambil antibiotik untuk melawan jangkitan tersebut.

3. Trauma pada gigi

Tidak semua trauma pada gigi adalah jelas sehingga anda sedar. Kadangkala, apabila anda terjatuh atau mengalami kemalangan, sakit pada bahagian lain membuatkan badan anda fokus pada sakit yang lebih utama. Selepas sakit itu hilang, barulah sakit gigi akan terasa.

Ia juga boleh disebabkan jenis makanan yang kasar sehingga melukakan gigi. Jika trauma tersebut membuatkan gigi anda mati, rawatan perlu dilakukan oleh doktor gigi.

4. Mengisar atau mengetap gigi semasa tidur

Bukan sekadar mengganggu orang sebelah tidur, malah tabiat kurang baik ini sebenarnya boleh merosakkan gigi sehingga menyebabkan gigi patah atau tercabut.

5. Gigi retak

Kebiasaannya sakit ini akan dialami semasa menggigit atau mengunyah. Jika gigi depan yang terlibat, anda mungkin dapat lihat dengan mudah tetapi jika ia melibatkan gigi bahagian belakang, anda mungkin perlukan bantuan doktor gigi.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Jenn Sinrich (1 Mac 2016). 7 Possible Reasons Why Your Teeth Hurt. Dimuat turun daripada https://www.womenshealthmag.com/health/a19931613/causes-of-tooth-pain/.

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
Disemak pada 28/05/2018
x