backup og meta

Tip Mudah Untuk Kehidupan Sihat

Tip Mudah Untuk Kehidupan Sihat

Anda pasti pernah mendengar bahawa kehidupan yang sihat adalah penting untuk menjamin aspek kesihatan yang lebih baik dan gaya hidup yang seimbang. Ia merangkumi beberapa aspek penting seperti soal pemakanan, tidur yang berkualiti dan mencukupi serta aktiviti fizikal. Berikut dikongsi beberapa tip mudah untuk kehidupan sihat.

  1. Sarapan

Merupakan hidangan makanan yang penting untuk memulakan hari baru. Ia membekalkan tenaga dan nutrien yang anda perlukan, malahan, ia juga dapat membantu anda untuk mengekalkan berat badan yang sihat.

  1. Berat badan

Mempunyai berat badan berlebihan mungkin akan meningkatkan risiko kanser seperti kanser payudara atau kanser usus, penyakit jantung, diabetes type 2, dan penyakit mata seperti katarak berkaitan usia. Jadi pastikan anda mempunyai berat badan yang seimbang dan sihat.

  1. Rehat

Individu yang mendapat tidur malam yang berkualiti dan mencukupi bukan sahaja dapat mengatasi masalah berkaitan tekanan, tetapi juga berkemampuan untuk mengawal selera makan. Terdapat kajian yang mengatakan individu yang kurang tidur membuatkan ‘hormon lapar’ menjadi tidak seimbang yang akhirnya cenderung menyebabkan berlakunya makan secara keterlaluan.

  1. Makan bersama

Seharian bekerja, dan anak-anak pula bersekolah menjadikan masa untuk bersama sangat terhad. Jadi mungkin anda boleh menjadikan waktu makan adalah waktu yang membahagiakan. Anda tidak memerlukan makanan yang mewah, cukuplah makanan yang berkhasiat dan komunikasi yang menyeronokkan dan mesra. Mungkin ini adalah masa untuk memberikan anda peluang menjadi contoh peranan terbaik buat anak-anak.

  1. Ketawa, senyum

Anda pasti biasa mendengar bahawa ketawa adalah ubat tekanan yang terbaik dan sememangnya itu adalah hakikatnya. Sentiasa tersenyum di saat anda merasa tertekan atau ketawa ketika anda dikelilingi masalah yang boleh membuatkan anda ‘gila’ adalah terapi yang baik. Anda boleh memilih untuk membaca komik, menonton sitkom, atau membuat mahupun mendengar lawak yang boleh mewujudkan rasa gembira.

  1. Positif

Berada dalam situasi dan suasana yang positif secara tidak langsung akan membawakan aura positif ke dalam diri anda. Elakkan sebarang perkara atau individu mahupun perhubungan yang negatif. Anda yang anda benarkan untuk wujud dalam kehidupan anda adalah apa yang akan membentuk diri anda.

  1. Diri sendiri

Ada masanya, anda tidak perlu mengambil peduli tentang apa yang individu sekeliling anda fikir mengenai anda. Tidak ada faedah membazir tenaga dan masa untuk memikirkan tentang pendapat individu lain, apatah lagi jika ianya melibatkan sesuatu yang negatif dan bersifat untuk menjatuhkan anda. Jadilah diri anda sendiri, anda pasti akan dapat menarik individu yang ikhlas menerima anda atas nilai anda sendiri.

  1. Aktiviti fizikal

Sebarang aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal, seperti yoga, berlari, bersenam mahupun sekadar berjalan dapat membantu anda meredakan tekanan, membakar kalori dan meningkatkan keyakinan diri.

  1. Tabiat buruk

Tabiat yang tidak mendatangkan sebarang manfaat seperti merokok, mungkin patut dihindari. Ia bukan sahaja mendedahkan anda kepada risiko kanser yang disebabkan tembakau, malah ia boleh menjejaskan jantung dan sistem pernafasan. Cuba untuk hadkan pengambilan minuman beralkohol, jika anda tidak boleh menghindarinya.

  1. Ketenangan

Lakukan meditasi, berdoa, bersembahyang atau apa sahaja yang boleh memberikan anda ketenangan, 10-20 minit setiap hari. Meluangkan masa untuk memberikan diri merasa tenang, dapat membantu anda mengatasi tuntutan kehidupan harian dan mungkin secara tidak langsung dapat menurunkan tekanan darah anda.

Ambil kawalan

Anda adalah apa yang anda inginkan. Anda mempunyai kawalan ke atas diri anda sendiri, begitu juga dalam aspek menentukan gaya kehidupan yang sihat. Apa yang penting adalah pastikan perubahan yang anda lakukan mendatangkan perbezaan yang baik ke atas kesihatan dan kesejahteraan anda. Perubahan yang baik walaupun ianya kecil, percayalah, ia dapat mengubah kehidupan anda menjadi lebih sihat. Perubahan untuk menjadikan kehidupan anda lebih sihat tidak berlaku dalam sekelip mata. Ia pastinya mengambil masa. Jadi pastikan diri anda kuat dan tidak mudah berputus asa.

Anda mungkin berminat untuk membaca:

 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

4 Steps to a Healthy Lifestyle

https://www.webmd.com/diet/features/4-steps-healthy-lifestyle#1 / Accessed on March 29, 2019.

 

8 Simple Steps to a Healthier Lifestyle

https://www.consumerreports.org/health-wellness/simple-steps-to-a-healthier-lifestyle/

/ Accessed on March 29, 2019.

 

7 Small Steps to a Healthy Lifestyle

https://thrivestrive.com/7-small-steps-healthy-lifestyle/ / Accessed on March 29, 2019.

Versi Terbaru

15/07/2020

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Kenali Ciri Ciri Anxiety, Adakah Ia Stres Biasa Atau Kegelisahan Melampau?

Kenapa Saya Selalu Ketawa & Menangis Tanpa Sebab? Kenali Penyakit 'Joker'!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Amy Kor

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/07/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan