backup og meta

Nampak Tenang Namun Jiwa Bergejolak, Usah Normalisasi Sindrom Itik!

Nampak Tenang Namun Jiwa Bergejolak, Usah Normalisasi Sindrom Itik!

Tidak mengejutkan jika kata kunci ‘tanda stress melampau’ sangat banyak di carian laman web Google. Alasannya, masalah tekanan pada mental merupakan isu besar. Jadi, apa antara tanda tanda stress yang utama?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Mental, anda juga boleh klik di sini.

Stres, apa yang anda perlu tahu tentangnya?

Kadangkala, anda mungkin pernah bertanya kepada diri sendiri apa punca stress ya? Adakah masalah tersebut adalah angkara penyakit yang berbahaya? Benar, stres itu merupakan sejenis kondisi mental!

Stres atau tekanan biasa terjadi di saat individu merasakan kemahuan telah melebihi dan mengatasi kemampuan diri.

Kebiasaannya, tekanan ini boleh menjadi rangsangan atau motivasi bagi menempuh situasi sukar di dalam kehidupan.

Sebagai contoh mudah, bayangkan situasi di mana anda harus menyiapkan satu tugasan yang sudah kian menghampiri deadline. Dengan stres yang menimpa, maka ia akan membantu kalian menyelesaikannya.

Pun begitu, ketahuilah bahawa stres itu sudah tentu tidak baik untuk tubuh badan kerana ia boleh menjejaskan sistem neuroendokrin, imunisasi, kardiovaskular dan saraf tunjang sekali gus membahayakan diri.

Cara mengawal stres.
Cara mengawal stres.

Apa yang bahaya, ramai orang percaya jika tanda tanda stress itu perkara baik. Inilah dia fenomena sindrom itik!

Benarkah wujud fenomena sindrom itik ini?

Untuk pengetahuan anda semua, fenomena sindrom itik atau duck syndrome merupakan satu idea di mana individu nampak tenang dari luaran namun tidak siapa yang tahu wujud gejolak pada dalaman mereka!

Seumpama seekor itik yang sedang berenang di atas air, kita hanya boleh nampak bahagian kepala dan badan mereka seolah sangat tenang tetapi kakinya di bawah air berusaha sehabis mungkin untuk bergerak ke hadapan.

Analogi tersebut amat tepat menggambarkan bahawa orang lain hanya akan nampak apa yang tertonjol di permukaan yakni luaran individu. Pun begitu, tiada siapa yang faham tentang aspek dalaman iaitu perasaan mereka.

Ya, fenomena ini juga memang sudah lama wujud dalam kalangan masyarakat kita di mana individu cenderung untuk menyorokkan atau menyembunyikan perasaan mereka kepada diri sendiri semata demi menunjukkan apa yang orang lain mahu lihat sahaja – keindahan dan kebahagiaan.

Sindrom itik.
Sindrom itik.

Dalam erti kata lebih mudah, ia sudah menjadi norma yang secara tidak langsung memicu kepada masalah stres!

Berikut tanda tanda stress yang umum!

Akibat sindrom itik ini, sudah semakin ramai individu terutama golongan pekerja atau pelajar yang mula mengalami tanda-tanda stress dan depresi secara mereka sedar atau tidak. Persoalannya, apa antara tanda tanda stress yang umum?

  1. Lemah tubuh badan – Merupakan tanda-tanda stress pada tubuh yang paling utama, anda akan kerap rasa letih, lesu dan lemah sehingga hilang upaya untuk sebarang tugasan harian.
  2. Sukar untuk tidur – Walaupun badan rasa sangat penat, ajaibnya anda begitu sukar untuk tidur. Ini adalah indikator atau tanda tanda stress yang menunjukkan diri mungkin sedang tertekan dengan amat teruk.
  3. Kurang selera makan – Meskipun dengan puluhan hidangan terhidang di depan mata, stres akan membuat diri anda tiada selera untuk menjamah makanan dan minuman.
  4. Rasa kurang siuman – Kadangkala, orang yang sedang stres mungkin rasa diri mereka sudah tidak siuman akibat terdengar suara-suara di dalam fikiran dan lain-lain gangguan.
  5. Terfikir untuk bunuh diri – Merupakan peringkat yang paling teruk, tekanan boleh menimbulkan keinginan untuk seseorang itu mencederakan atau menamatkan riwayat.

Maka, jangan berdiam diri sahaja. Dapatkan bantuan dan rawatan daripada pakar psikologi dengan kadar segera sekiranya anda mempunyai tanda-tanda stress dan depresi ini!

Pedulikan persepsi orang lain, kesihatan lebih penting

Cara menangani stres.
Cara menangani stres.

Sebenarnya, sindrom itik ini bermula daripada persepsi masyarakat yang hanya mahu melihat atau mendengar cerita berkisar kejayaan tetapi langsung tidak mahu peduli akan kegagalan dan kepayahan orang lain.

Lama-kelamaan, masyarakat mungkin bakal melihat bahawa ia sebagai suatu norma yang wajar diikuti dan diteladani oleh semua orang di mana anda tidak boleh tampil lemah meskipun hati sudah tidak boleh bertahan.

[embed-health-tool-bmi]

Dalam pada itu, mungkin ada beberapa lagi faktor risiko punca duck syndrome mula dinormalisasikan antaranya:

  • Pengaruh media massa atau media sosial 
  • Pernah mengalami trauma atau tragedi di masa lalu
  • Tahap keyakinan diri yang sangat rendah
  • Hidup di dalam persekitaran serba toksik
  • Standard sosialisasi masyarakat pada zaman sekarang

Konklusi

Berhenti daripada menormalisasikan sindrom itik dan tanda stress melampau kerana ia cuma akan menjahanamkan diri atau orang lain di sekeliling. Jika anda ada sebarang tanda tanda stress pada diri, sila segera jumpa doktor.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Duck Syndrome, Social Media, and Struggling Together, https://psychnews.psychiatryonline.org/doi/10.1176/appi.pn.2018.9b22, Accessed Feb 3 2023.
  2. In Focus: Don’t Be a Duck! How to Resist the Stanford Duck Syndrome, https://studentaffairs.stanford.edu/focus-dont-be-duck-how-resist-stanford-duck-syndrome, Accessed Feb 3 2023.
  3. Stress symptoms: Effects on your body and behavior, https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/stress-management/in-depth/stress-symptoms/art-20050987, Accessed Feb 3 2023.
  4. Stress Symptoms, Signs, and Causes, https://www.helpguide.org/articles/stress/stress-symptoms-signs-and-causes.htm, Accessed Feb 3 2023.
  5. 50 Common Signs and Symptoms of Stress, https://www.stress.org/stress-effects, Accessed Feb 3 2023.

Versi Terbaru

08/10/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Cara Uruskan Tekanan Adalah Singkirkan Stres Yang Anda Alami? Ini SALAH FAHAM Tentang Pengurusan Stres

Berlumba Nak Anak Sentiasa Cemerlang & Wajib Skor Straight A, Itu Semua Punca Anak Stres!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 08/10/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan