Isu kesihatan mental tidak akan pernah pudar di dalam mana-mana keratan media kerana ia adalah topik yang penting untuk diambil berat. Tekanan atau stress adalah perkara normal terjadi kepada setiap manusia. Tidaklah dinamakan manusia jika anda tidak mengalami sebarang stress dalam kehidupan anda.
Tetapi jika stress yang dialami oleh seseorang itu tidak dapat dikawal, ia boleh menjejaskan kesihatan mental. Sebab itulah, anda perlu mencari cara menangani stress dan mengenali penyebab stress yang berlaku.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa salah anggap yang berlegar dalam masyarakat berkenaan penyebab stress dan pengurusan stress.
Kami akan kongsikan 3 salah anggap mengenai pengurusan stress yang paling banyak berlaku dan memberi kesan terhadap individu yang ingin melegakan stress yang dialami.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Mental, sila dapatkannya di sini.
#1. Pengurusan stress adalah berkenaan penyingkiran stress dalam hidup anda
Ramai yang beranggapan bahawa cara menangani stress adalah dengan membuang segala perkara yang menyebabkan anda stress!
Tetapi amat mustahil untuk kita singkirkan kesemua stress yang ada dalam kerana stress itu wujud sebagai cabaran kepada diri sendiri untuk membantu perkembangan kesihatan mental.
Sebagai contoh, kita memerlukan cabaran di dalam pekerjaan agar dapat bertahan dan berkembang di dalam pekerjaan yang dilakukan. Stress yang bersifat positif ini dipanggil sebagai eustress.
Mengapa salah faham ini berbahaya: Sekiranya anda percaya bahawa anda patut membuang kesemua stress dalam hidup, anda akan terlepas daripada mendapat beberapa manfaat hasil daripada pengurusan stress.
Anda juga mungkin akan mengalami tahap stress yang lebih tinggi disebabkan keinginan anda untuk mencapai matlamat kelihatan sukar disebabkan kurang pengalaman di dalam pengurusan stress.
Pendekatan yang lebih baik: Sebaik-baiknya belajar menerima bahawa stres adalah sebahagian daripada lumrah hidup anda.
Anda boleh mencari cara menangani stress atau belajar untuk menyingkirkan beberapa stress yang bersifat negatif dan melakukan strategi yang boleh membantu anda menguruskan stress yang tidak mampu disingkirkan dalam hidup.
#2. Jika anda ada sikap baik, anda tidak perlu untuk berasa stress

Ramai yang percaya bahawa jika anda bersikap dengan sikap yang baik, ia tidak akan menyebabkan anda mengalami stress dan memiliki ketenangan. Ini ternyata salah.
Walaupun stress yang dialami dianggap sebagai satu cabaran dan bukannya ancaman, ia masih memberi kesan kepada anda.
Mengapa salah faham ini berbahaya: Ramai yang beranggapan bahawa jika mempunyai sikap yang lebih baik, maka pengalaman mencabar yang dialami tidak akan memberikan kesan yang negatif kepada mereka.
Oleh itu, mereka tidak berusaha dengan lebih kuat untuk kekal positif.
Kepercayaan ini akan menyebabkan mereka gagal untuk mengenal pasti dan menguruskan kesan negatif stress yang mereka sedang alami sehinggalah kerosakan yang berlaku itu berakhir.
Pendekatan yang lebih baik: Anda sememangnya perlu mengekalkan sikap yang positif selain mempunyai pemikiran berkenaan hidup anda berasaskan kekuatan yang anda miliki.
Tetapi, anda juga perlu ingat bahawa terlalu banyak jenis stress yang baik untuk anda juga boleh menyebabkan kesan negatif terhadap fizikal anda.
Ambil berat berkenaan tubuh badan anda saat anda berhadapan dengan sebarang cabaran dalam hidup walaupun anda tidak ‘berasa’ stress.
#3. Pelajari cara menangani stress yang betul
Teknik pengurusan stress seperti bersenam, meditasi dan juga pemikiran yang positif boleh mengurangkan stress yang anda alami selain mewujudkan daya tahan terhadap stress.
Perkara inilah yang anda patut aplikasikan agar kesihatan mental anda terjamin dan berada di tahap yang baik.
Mengapa salah faham ini berbahaya: Sekiranya anda menganggap sebarang teknik pengurusan stress berfungsi menyingkirkan kesemua stress yang anda alami, anda mungkin akan rasa teknik-teknik tersebut tidak berkesan dan kemudiannya berputus asa.
Anda juga mungkin akan berasa seperti ada sesuatu yang tidak kena pada diri anda. Ini akan mendorong anda menjadi lebih stress dan menjadi tawar hati untuk terus berusaha.
Pendekatan yang lebih baik: Pengurusan stress adalah sesuatu yang bertujuan untuk mengekalkan keseimbangan.
Teknik pengurusan stress bertindak membantu anda untuk kembali tenang daripada stress yang dialami.
Anda perlu memahami bahawa teknik pengurusan stress tidak boleh menghalang penyebab stress daripada berlaku tetapi boleh membantu anda untuk bertindak dengan lebih baik dalam berhadapan dengannya.
Baca juga:
- Pecahkan Barang Dalam Bilik Lepaskan Marah, Adakah Berkesan Tangani Stress?
- Jaga-jaga! Binge Eating Akibat Stress Melampau Punca Badan Makin Membesar!
Amalkan cara menangani stress yang kami kongsikan ini
Kini anda tahu bahawa teknik pengurusan stress berkesan sebagai cara menangani stress yang berlaku di dalam kehidupan anda. Diharapkan perkongsian ini dapat mengurangkan kesan stress dan membantu anda berhadapan dengan situasi tersebut.
Apa yang perlu anda tanamkan dalam diri adalah menerima hakikat bahawa stress akan tetap berlaku dalam kehidupan anda.
Perkara yang perlu anda lakukan adalah cuba untuk mengatasinya jika anda berkemampuan dan lakukan teknik-teknik pengurusan stress untuk mengurangkan kesannya. Selamat mencuba!