backup og meta

Menangis, Kunci Kehidupan Tanpa Tekanan

Menangis, Kunci Kehidupan Tanpa Tekanan

Kajian Crying and Health: Popular and Scientific Conceptions menjelaskan bahawa menangis adalah cara yang universal dan unik untuk mengekpresikan emosi. Bermula daripada awal kehidupan (tangisan pertama) hingga akhir hayat (kematian). Sepanjang perjalanan kehidupan, semua peristiwa penting yang beremosi melibatkan air mata, sama ada ia positif atau negatif.

Walau bagaimanapun, perlu disedari bahawa peristiwa emosional itu juga agak jarang berlaku. Oleh itu, tidak dapat dijelaskan kekerapan orang dewasa (wanita 2-5 kali sebulan, lelaki 5-1 kali sebulan). (Vingerhoets & Scheirs, 2000)

Menangis sekali seminggu kunci kehidupan bebas tekanan

Menurut artikel World Economic Forum, sekiranya anda pernah menonton filem meruntun air mata dan berasa lebih gembira selepas itu, anda pasti menyedari manfaat menangis.

Sekarang Jepun secara aktif menggalakkan pelajar sekolah dan pekerja untuk meraih manfaat kesihatan mental dengan mengalirkan air mata.

Bekas guru sekolah menengah yang menggelarkan dirinya ‘namida sensei’ iaitu guru air mata, Hidefumi Yoshida telah mengajar mengenai kepentingan menangis kepada syarikat dan sekolah selama hampir enam tahun.

Katanya kepada Jepan Times, tindakan menangis lebih berkesan daripada ketawa atau tidur dalam mengurangkan tekanan. Jika anda menangis sekali seminggu, anda boleh hidup bebas tanpa tekanan.

Pada 2014, beliau bekerjasama dengan Hideho Arita, profesor emeritus di Fakulti Perubatan di Universiti Toho, dan lain-lain, untuk meningkatkan kesedaran tentang bagaimana menangis dapat mengurangkan tekanan. Apabila Jepun menjalankan pemeriksaan tekanan tempat kerja mandatori pada tahun 2015 untuk syarikat dengan lebih daripada 50 pekerja, mereka dibanjiri dengan jemputan untuk bercakap dengan pekerja mengenai kuasa menangis.

Bagaimana menangis membantu?

Dalam kajian 30 negara, kebanyakan responden mengaku berasa lebih baik selepas menangis, sementara lebih daripada 70% pengamal klinikal secara aktif menggalakkan pelanggan menangis.

Badan menghasilkan tiga jenis air mata iaitu:

  • Refleks – membersihkan kerengsaan
  • Berterusan – mengekalkan lembapan mata
  • Emosi –  kajian mendapati terdapat manfaat kesihatan tertentu

Pada awal tahun 1980-an, Dr. William Frey di Pusat Perubatan Ramsey, Minneapolis melakukan beberapa kajian pertama mengenai mengapa manusia menangis dan menemui air mata emosi atau disebutnya sebagai “penyesalan psikogenik”  mengandungi hormon tekanan yang dikeluarkan apabila menangis.

Beliau memberitahu New York Times bahawa menangis adalah proses eksokrin, yang mana bahan keluar dari tubuh. Proses eksokrin lain, seperti menghembus nafas, membuang air kecil, membuang air besar dan berpeluh dapat melepaskan bahan toksik dari badan. Jadi menangis dapat menjadi pengeluaran bahan kimia yang dihasilkan oleh tubuh sebagai tindak balas kepada tekanan.

Terdapat juga bukti bahawa menangis memperlahankan pernafasan anda, yang membantu anda berehat, dan merangsang penghasilan endorfin yang baik.

Junko Umihara, profesor di Pusat Perubatan Nippon, menyatakan kepada Jepun Times bahawa menangis adalah tindakan mempertahankan diri daripada menghasilkan tekanan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

How crying once a week is the key to a stress-free life, according to Japan’s ‘tears teacher’ https://www.weforum.org/agenda/2018/10/how-crying-once-a-week-is-the-key-to-a-stress-free-life-according-to-japan-s-tears-teacher Accessed on Oct 30, 2018.

Crying and Health: Popular and Scientific Conceptions https://www.researchgate.net/publication/277251620_Crying_as_Communication_in_Psychotherapy_The_Influence_of_Client_and_Therapist_Attachment_Dimensions_and_Client_Attachment_to_Therapist_on_Amount_and_Type_of_Crying Accessed on Oct 30, 2018.

Versi Terbaru

17/07/2023

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Ingin Tahu Tahap Stres Dan Anxiety Anda? Lakukan Ujian DASS, Buat Online Lebih Cepat Tahu!

Nampak Tenang Namun Jiwa Bergejolak, Usah Normalisasi Sindrom Itik!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 17/07/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan