backup og meta

Bagaimana Muzik Mempengaruhi Emosi?

Bagaimana Muzik Mempengaruhi Emosi?

Tahukah anda, bahawa muzik mempunyai kesan positif terhadap emosi, walaupun ia adalah muzik yang menyedihkan? Malahan, muzik dapat membantu menyingkirkan kesedihan dan kegelisahan, meningkat kebahagian serta memperbaiki emosi. Oleh kerana itu muzik direka sebagai antidepresen semula jadi. Mari kita dalami bagaimana muzik mempengaruhi emosi.

Kesan muzik kepada otak

Oleh kerana muzik memberi kesan ke atas banyak bahagian otak, beberapa pakar menganggap muzik mempunyai kelebihan untuk mengurangkan kemurungan dan kegelisahan. Bahagian otak, terutamanya hippocampus, prefrontal, korteks yang berperanan untuk mengendalikan emosi dan perasaan akan menguruskan aspek rentak, meter, timber, pitch sesuatu muzik.

Muzik mempunyai kebolehan untuk mengubah suai pelbagai bahagian otak, menyebabkan banyak terapi menggunakan muzik. Sebagai contoh, ahli terapi menggunakan muzik untuk mengajar individu yang menghidapi strok atau individu lembam untuk bercakap kembali atau mengucapkan perkataan dengan lebih jelas. Di samping itu, terdapat terapi perubahan emosi yang menggunakan muzik sebagai rawatan kemurungan dan kegelisahan.

Muzik menggembirakan

Apabila perasaan sedih atau kemurungan mula menyelubungi diri, ramai individu memilih untuk mendengar muzik yang gembira. Ini adalah satu penyelesaian efektif kepada mereka yang merasa rendah diri. Selama bertahun, ramai individu menjadi gembira disebabkan muzik. Ini kerana nada lagu yang menenangkan menyumbang kepada serotonin, hormon yang memainkan peranan penting untuk mewujudkan rasa bahagia dan keselesaan. Muzik juga menggalakkan pengeluaran hormon dopamin, neurotransmiter yang penting untuk meningkatkan emosi. Norepinephrine, hormon yang membuatkan anda gembira akan terhasil dengan banyak apabila anda mendengar muzik.

Muzik motivasi

Pelbagai lagu yang ditulis menyampaikan mesej yang baik. Contohnya, “You Raise Me Up” dari Josh Groban, “Stronger” dari Kelly Clarkson, “Fix You” dari Cold Play. Ia adalah mesej bersama  tona nyanyian euforia yang menjadi sumber motivasi untuk menaikkan emosi. Apabila merasa sedih, dengarkan lagu kegemaran anda, atau anda boleh mencari senarai lagu dengan mesej positif dalam talian.

Muzik menghilangkan tekanan

Tekanan boleh wujud dari pelbagai sebab: kerja, perhubungan, kewangan dan sebagainya. Satu nasihat: anda perlu mendengar muzik dan semua tekanan akan reda. Dikelilingi muzik yang menenangkan adalah rawatan efektif untuk otot yang tegang dan tertekan.

Gelombang otak diubah suai

Muzik bukan sahaja menukar emosi anda pada masa kini, tetapi ia juga membantu mengubah emosi yang mendatang. Terbukti bahawa gelombang otak akan diubah oleh muzik walaupun ia tidak kedengaran. Ini bermakna mendengar muzik sinonim dengan rasa positif selama berjam lamanya.

Ubah persepsi

Kesedihan boleh bertahan lama dan sukar dinafikan. Apa yang anda perlu adalah untuk mendengar lagu kegemaran anda. Pakar menegaskan bahawa keajaiban muzik yang segar membantu mencapai persepsi yang lebih membahagiakan. Betapa hebatnya muzik! Dengan semua manfaat yang disebutkan, ubatan antidepresen bagaikan tidak laku kerana siapa yang perlukan ubatan yang mahal jika muzik sudah dapat memberikan pelbagai manfaat.

Walau bagaimanapun, muzik bukanlah penawar untuk penghidap depresi. Cara yang terbaik adalah dengan mendapatkan rawatan sewajarnya dari pakar.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

How Music Changes Your Mood. https://examinedexistence.com/how-music-changes-your-mood/. Accessed June 8, 2017

Versi Terbaru

04/10/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

Ingin Tahu Tahap Stres Dan Anxiety Anda? Lakukan Ujian DASS, Buat Online Lebih Cepat Tahu!

Nampak Tenang Namun Jiwa Bergejolak, Usah Normalisasi Sindrom Itik!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 04/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan