backup og meta

Menghadapi Rasa Bersalah Selepas Kehilangan

Menghadapi Rasa Bersalah Selepas Kehilangan

Apabila kehilangan seseorang, wujudnya rasa bersalah itu adalah normal. Kita biasanya akan menyalahkan diri kita untuk sesuatu yang kita lakukan atau tidak lakukan yang boleh menyebabkan kematian, atau untuk sesuatu yang kita harap kita tidak katakan atau telah katakan. Ia adalah sesuatu yang normal. Bagi orang yang berkabung, ada masanya, ia menjadi keterlaluan dan terseksa oleh perasaan bersalah.

Rasa bersalah

Perasaan bersalah adalah satu emosi yang kuat, ia diperkuatkan lagi apabila dalam berkabung, emosi adalah dalam keadaan terdedah. Rasa bersalah biasanya tidak akan hilang dengan penjelasan. Kita akan berasa tidak berdaya dengan rasa bersalah yang dihadapi kerana ketidakmampuan kita untuk mengubah keadaan. Sangat disarankan untuk mencari seseorang yang dipercaya, seperti saudara atau rakan, yang dapat mendengar dan menerima luahan dan emosi tanpa menghakimi.

Adalah sangat tidak baik untuk kesihatan untuk terus merasa rasa bersalah. Sentiasa ingat bahawa kita tidak mampu mengubah masa lampau. Terlalu banyak kesakitan dalam kesedihan dan sesungguh ia tidak memberi apa-apa faedah untuk terus menyalahkan diri. Sebaiknya, perbaiki kesilapan dan terus memandang ke hadapan.

Berikut adalah beberapa cadangan untuk mengatasi keadaan ini

  • Tanya diri anda, apa yang paling mengganggu diri anda. Luahkan perasaan bersalah anda dengan individu yang anda percayai atau pakar perubatan yang akan mendengar, menjaga dan tidak akan menghakimi. Luahkan rasa bersalah anda sehingga ia lenyap dari diri.
  • Ingatlah bahawa anda cuma manusia biasa dan tiada yang sempurna. Terima ketidaksempurnaan anda akan membantu anda mengatasi rasa bersalah. Adalah sangat baik untuk menyedari bahawa kehidupan ini diseimbangi dengan yang baik dan tidak, jadi berhenti menyalahkan diri sendiri untuk perkara anda tidak tahu anda telah tersalah.
  • Sentiasa memaafkan diri
  • Gunakan dialog ‘kerusi kosong’ jika boleh. Teknik ini boleh menawarkan peluang untuk memberi tumpuan kepada rasa bersalah anda; untuk mengakui, memahami dan mengatasinya.
  • Dapatkan bantuan profesional jika rasa bersalah menghalang proses pemulihan anda. Jangan takut atau malu untuk bercakap tentang emosi dengan mereka yang terlatih untuk membantu.
  • Catatkan apa yang anda fikir dan rasa dalam buku diari atau jurnal.
  • Tekad untuk menjalani kehidupan dengan sepenuh hati. Jika sesuai, anda boleh membantu individu lain untuk anda lebih memahami makna dan tujuan kehidupan anda.

Rasa bersalah biasanya didorong atas kepercayaan dan jangkaan diri sendiri. Rasa bersalah yang sihat membolehkan kita untuk merasa lega dan belajar dari kesilapan. Ia memberi peluang kepada diri untuk menyesuaikan diri, menjadi lebih memahami dan memaafkan diri serta meneruskan kehidupan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Dealing with Guilt Afer a Loss. http://www.webmd.com/a-to-z-guides/tc/dealing-with-guilt-after-a-loss-topic-overview. Accessed December 31st, 2016.

Shoulda, Coulda, Woulda: Dealing With Grief and Guilt After a Loved One Passes. http://www.huffingtonpost.com/tory-zellick/should-coulda-woulda-deal_b_2497327.html. Accessed December 31st, 2016.

Versi Terbaru

24/06/2020

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Jangan Biarkan Jika Rasa Penat Otak! Ini 5 Cara Efektif Bantu Atasi Keletihan Mental

Kenali Ciri Ciri Anxiety, Adakah Ia Stres Biasa Atau Kegelisahan Melampau?


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 24/06/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan