Jauh berjalan, luas pemandangan. Pepatah ini sering ditujukan kepada mereka yang gemar bercuti. Selain mengenali tempat orang, melancong ataupun bercuti dapat membantu orang dewasa, khususnya untuk merehatkan minda. Itu bagi orang dewasa.
Akan tetapi, bagaimana pula dengan melancong bersama anak, lebih-lebih lagi yang masih kecil? Adakah mereka akan ingat memori tersebut? Teruskan pembacaan anda.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mental, sila dapatkannya di sini.
4 Manfaat bercuti bersama keluarga
1. Masa berkualiti dengan anak
Ya, anda boleh meluangkan masa berkualiti bersama anak di rumah. Namun, sesekali apa salahnya bertukar angin dengan membawa anak-anak keluar berjalan. Kanak-kanak akan menghargai masa berharga yang anda luangkan bersama mereka di luar terutama semasa di tempat baharu ataupun tempat percutian.
Dengan membawa mereka travel, anak anda akan dapat mencipta memori baharu bersama ibu bapa mereka di samping memberi pengalaman bermakna dalam kehidupan mereka.
2. Bercuti = Gembira

Berkumpul seisi keluarga di mana ibu bapa akan menumpukan sepenuh perhatian pada anak-anak akan memberikan kepuasan dan makna terbesar dalam diri kanak-kanak. Tidak kira sama ada tempat bercuti itu dekat ataupun jauh, kanak-kanak akan bergembira apabila dapat berkumpul bersama-sama seisi keluarga.
Apatah lagi jika kedua-dua ibu bapa berkerjaya. Anak anda akan rasa selamat apabila melihat ibu bapa bersama-sama melayan mereka, berseronok dan bergurau-senda.
3. Mengetahui persepsi berbeza
Bukan ibu bapa sahaja yang akan merasai nikmat keseronokan bercuti. Kanak-kanak juga akan memahami bahawa percutian itu adalah waktu mereka berehat dan lari sebentar daripada rutin harian mereka di sekolah.
Bercuti bersama keluarga memberikan perspektif kehidupan berbeza untuk si kecil, di mana dia belajar bahawa setiap orang (tidak kira dewasa atau kanak-kanak) memerlukan masa rehat dan berkumpul bersama keluarga.
4. Belajar perkara baru
Ingatkah anda akan tajuk-tajuk karangan yang selalu diberikan oleh guru semasa di sekolah? Salah satu tajuk karangan yang popular adalah pengalaman kanak-kanak semasa cuti persekolahan. Dengan membawa anak anda melancong dapat membantu mereka mendapat idea dan merasai sendiri pengalaman bercuti di sesuatu tempat baharu.
Dengan pergi travel, anda boleh membantu si kecil untuk menikmati tempat baru, mencuba makanan baru dan aktiviti baharu yang tidak biasa dilakukan dalam rutin harian mereka. Semua ini anak anda boleh jadikan bahan dalam pembelajaran mereka nanti, selain memberikan pengalaman baharu dalam kehidupan kanak-kanak.

Seronoknya bercuti bersama keluarga! Jadi, bawalah anak anda bercuti dan rancang aktiviti bermanfaat untuk anda seisi keluarga sepanjang percutian nanti.
[embed-health-tool-ovulation]















