backup og meta

Membaca Untuk Otak yang Sihat

Membaca Untuk Otak yang Sihat

“Membaca jambatan ilmu”

Peribahasa Melayu ini telah digunakan sejak sekian lama. Ia melambangkan ketinggian kedudukan ilmu yang diletakkan oleh nenek moyang kita dahulu. Mengapa membaca selalu ditekankan? Apakah kelebihannya? Teruskan membaca sehingga akhir.

1. Merangsang otak

Jika otot memerlukan latihan dan senaman untuk menjadi lebih kuat dan sihat, otak juga memerlukan hal yang sama. Cuma senaman bagi otak adalah dalam bentuk membaca dan berfikir. Tabiat ini didapati merangsang hubungan antara sel di dalam otak.

Semakin berumur, fungsi otak akan berkurang. Membaca, walau bagaimanapun, boleh melambatkan proses ini. Otak yang aktif berfikir dan bekerja membantu melambatkan atau mengelakkan penyakit seperti Alzheimer dan demensia.

2. Mengurangkan stres

Membaca membawa anda ke dunia baru. Jiwa anda seolah-olah sedang merantau bersama idea dan cerita yang dibawa oleh penulis walaupun jasad masih tetap dan tidak berubah. Dalam keadaan stres dan tertekan, tabiat ini membantu anda meninggalkan perkara-perkara yang merangsang tekanan tersebut.

Buku sememangnya alat penghilang stres yang berkesan.

3. Meningkatkan memori

Komponen dan isi kandungan di dalam buku membuatkan pembaca perlu mengingat isi kandungan di dalamnya seperti nama watak, plot cerita atau fakta-fakta benar bagi buku bukan fiksyen. Ini adalah sejenis latihan memori ke atas otak. Ia akan merangsang bahagian yang menyimpan memori dan melambatkan penuaan memori.

4. Menambah fokus dan konsentrasi

Dalam dunia yang berkembang maju hari ini, khususnya dalam bidang teknologi, ramai yang melakukan pelabagai kerja dalam satu-satu masa. Memeriksa emel, membuka facebook, membalas mesej dan bersembang dengan rakan sekerja pada waktu yang sama. Ini tentunya mengganggu fokus dan mengurangkan produktiviti.

Membaca membuatkan anda fokus kepada bahan bacaan tersebut dan meninggalkan gangguan di sekeliling walaupun hanya selama 15 minit sahaja. Cuba lakukannya sebelum pergi kerja. Anda pasti terkejut dengan prestasi kerja anda.

5. Meningkatkan kemahiran berfikir dan menganalisa

Mendedahkan diri kepada cerita dan fakta daripada pelbagai bidang dan genre yang berbeza membuatkan anda lebih banyak berfikir. Ia juga membuatkan anda untuk menganalisa dan mengkritik sesuatu penulisan apabila sudah terbiasa membaca pelbagai jenis penulisan dalam genre tersebut.

Tambahan pula, orang yang tidak punya atau tidak tahu fakta tidak akan dapat memberikan komen yang baik melainkan emosi dan cakap kosong semata-mata.

Otak adalah organ paling berharga bagi manusia. Biar pun badan sudah tidak bermaya, asalkan otak masih mampu berfikir, anda masih boleh lakukan banyak perkara.

Bilakah kali terakhir anda membaca?

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

10 Benefits of Reading: Why You Should Read Every Day – https://www.lifehack.org/articles/lifestyle/10-benefits-reading-why-you-should-read-everyday.html

10 Benefits of Reading Books – https://www.cc-pl.org/10-benefits-of-reading

Versi Terbaru

13/09/2019

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Kenali Ciri Ciri Anxiety, Adakah Ia Stres Biasa Atau Kegelisahan Melampau?

Kenapa Saya Selalu Ketawa & Menangis Tanpa Sebab? Kenali Penyakit 'Joker'!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 13/09/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan