backup og meta

Ketahui 3 Kumpulan Utama Masalah Kesihatan Mental

Ketahui 3 Kumpulan Utama Masalah Kesihatan Mental

Penyakit mental atau juga disebut sebagai sakit jiwa adalah gangguan pada fungsi otak menyebabkan perubahan pada proses pemikiran, tingkah laku dan perasaan sehingga menjejaskan aktiviti harian.

Lebih 10 peratus dari rakyat Malaysia mengalami masalah ini dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyenaraikan penyakit mental sebagai lima sebab utama yang menyebabkan hilang upaya di seluruh dunia.

Penyakit mental terbahagi kepada banyak jenis, bukannya semuanya adalah sama, seperti sangkaan sesetengah orang. Ia terbahagi kepada tiga jenis kumpulan utama seperti berikut:

1. Neurosis

Kumpulan ini mengalami perubahan pada pemikiran, tingkah laku dan perasaan tanpa menjejaskan kewarasan mereka. Mereka akan sedar tentang keadaan mereka.

Antara contohnya adalah:

  • Kemurungan (depression). Ini adalah keadaan sedih melampau sehingga pesakit merasakan dirinya tidak berharga. Dalam kes yang parah, ia boleh menyebabkan pesakit membunuh diri.
  • Kebimbangan (anxiety). Simptom penyakit ini adalah rasa resah dan bimbang. Pesakit akan mudah berdebar-debar, berpeluh dan takut tanpa sebab.

2. Psikosis

Penyakit ini menyebabkan perubahan ketara pada pemikiran, tingkah laku serta perasaan dan menjejaskan kewarasan mereka. Pesakit mendengar suara-suara dan melihat objek atau orang yang sebenarnya tidak wujud.

Kebiasaannya, mereka yang mengalami psikosis akan digelar sebagai ‘gila’ oleh masyarakat setempat. Sebenarnya, suara dan objek yang mereka dengar itu adalah sesuatu yang hakikat pada pandangan mereka, seolah-olah ia adalah benar. Jadi, mereka susah untuk menerima apabila ada orang yang menafikannnya kerana mereka lihat dan dengar dengan mata dan telinga mereka sendiri.

Antara contoh penyakit daripada kumpulan psikosis ialah:

  • Skizoprenia. Ia dicirikan dengan halusinasi, delusi, kecelaruan pemikiran serta tingkah laku.
  • Kecelaruan manik-depresif (dwikutub). Perasaan mereka sering berubah-ubah. Ada ketika terlalu gembira (fasa manik), dan kadangkala terlalu sedih (fasa depresi).

3. Kecelaruan personaliti

Mereka yang mengalami kecelaruan personaliti menghadapi kecacatan perwatakan atau karakter. Ia menjejaskan hubungan dengan orang sekeliling dan kerjayanya.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Dr Mohd Nasir Abd Kadir (20 April 2012). Penyakit Mental. Dimuat turun daripada http://www.myhealth.gov.my/penyakit-mental/.

Versi Terbaru

28/11/2019

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Jangan Biarkan Jika Rasa Penat Otak! Ini 5 Cara Efektif Bantu Atasi Keletihan Mental

Kenali Ciri Ciri Anxiety, Adakah Ia Stres Biasa Atau Kegelisahan Melampau?


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 28/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan