backup og meta

Betul Ke Permainan Video Seperti PUBG Beri Pengaruh Negatif Pada Remaja?

Betul Ke Permainan Video Seperti PUBG Beri Pengaruh Negatif Pada Remaja?

Ketika berada di kedai mamak, cuba anda perhatikan sekeliling. Sudah pasti anda dapat melihat sekumpulan anak muda sedang melepak tetapi tidak bersembang sesama mereka. Di tangan mereka pula kelihatan telefon pintar yang disengetkan dan jari-jemari mereka berhempas-pulas menekan skrin. Buat anda yang belum tahu, mereka sebenarnya sedang bermain permainan video!

Permainan video adalah satu trend

Seiring dengan kemajuan dunia teknologi kini, legasi permainan video juga telah berevolusi semakin canggih. Anda tidak perlu lagi membeli set konsol yang perlu disambungkan ke televisyen seperti Playstation, Nintendo atau X-Box. Sekarang, apa yang anda perlukan hanyalah sebuah smartphone

Dengan telefon pintar, anda boleh memuat turun aplikasi video games yang anda mahu. Modal yang diperlukan, hanyalah internet atau wi-fi sahaja. Disebabkan itu, golongan remaja yang mungkin masih belajar dan belum bekerja sangat gemar mengisi masa lapang dengan bermain permainan ini bersama rakan-rakan mereka.

Fenomena PUBG di seluruh dunia

Player Unknown Battleground (PUBG) adalah permainan video yang menjadi kegilaan para remaja kini. Selain itu, Clash of Clans (COC), Mobile Legends (ML), Call of Duty (COD) juga adalah permainan popular yang boleh dimainkan dengan telefon pintar.

Buat anda yang belum tahu, PUBG adalah permainan first-person shooter yang boleh dimainkan secara dalam talian sehingga 100 pemain. Objektifnya, pemain akan ditempatkan di satu pulau bersama pemain lain dan mereka perlu membunuh antara satu sama lain.

Jika menang, anda akan dilaungkan dengan slogan ‘winner winner chicken dinner’. Kedengaran menarik, bukan?

Pengaruh negatif terhadap remaja

Persoalannya, adakah video games seperti PUBG ini akan memberi pengaruh negatif terhadap remaja? Sebenarnya, ia bergantung kepada remaja itu sendiri.

Di Rusia, ada satu kes yang melibatkan seorang remaja lelaki bertindak membunuh seorang wanita semata-mata kerana mahu merasai sendiri pengalaman membunuh di dunia nyata. Ini semua ekoran pengaruh daripada permainan video yang ganas!.

Remaja yang berusia 15 tahun itu bertindak menikam mangsa yang berusia 21 tahun, sebaik sahaja mangsa mengeluarkan wang daripada mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Moscow. Akibatnya, wanita itu maut di tempat kejadian.

Pun begitu, tidak adil untuk mengatakan bahawa video games seperti PUBG ini adalah puncanya. Ya, ia memang permainan yang ganas dan mungkin akan mendorong seseorang itu menjadi ganas juga . Namun, perlakuan jenayah kejam seperti ini adalah pilihan individu itu sendiri.

Konklusi

Kesimpulannya, permainan video seperti PUBG ini berkemungkinan akan memberi pengaruh buruk kepada remaja ekoran corak permainannya yang ganas dan melibatkan senjata dan pembunuhan. Namun, tidak adil untuk menyalahkan permainan ini sepenuhnya. Kadangkala, ada faktor risiko lain yang menyebabkan perlakuan ganas remaja terutamanya yang membabitkan kesihatan mental mereka.

Jadi, tidak salah untuk anda bermain video games yang sangat trending kini. Jika anda mahu bermain PUBG di kedai mamak bersama-sama rakan anda sekalipun, dipersilakan. Cuma, jangan terlalu bising pula dengan menjerit teruja apabila dapat ‘winner winner chicken dinner’, ya?

 

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fenomena PUBG. https://www.hmetro.com.my/geny/2017/10/269823/fenomena-pubg. Accessed on October 8, 2019. 

 

Pantau Permainan Video, Elak Pengaruh Ekstrem. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pantau-permainan-video-elak-pengaruh-ekstrem-201724. Accessed on October 8, 2019. 

 

Pengaruh Permainan Video Dorong Remaja Jadi Pembunuh. https://www.kosmo.com.my/k2/rencana-utama/pengaruh-permainan-video-dorong-remaja-jadi-pembunuh-1.671620. Accessed on October 8, 2019. 

Versi Terbaru

03/12/2019

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Tak Nak Ketagih Ketum Lagi? Berhenti Sekarang Dengan Ubat & 5 Langkah Ini!

Hari-Hari Onani, Lama-Lama Ia Akan Beri 4 Kesan Bahaya Ini Pada Otak Anda!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 03/12/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan