The Society for Media Psychology and Technology, cabang daripada American Psychological Association berkata bahawa kajian terkini masih tidak mencukupi untuk memberikan defini kepada keadan tersebut. Meskipun kajian sudah dijalankan hampir 30 tahun, masih banyak perkara yang tidak jelas seperti definisi, simptom, kelaziman dan adakah ia berdiri secara sendiri atau merupakan simptom kepada masalah lain yang sedia ada.
Selain itu, the European Games Developer Federation (EGDF) turut memberikan kiritikan terhadap tindakan yang diambil oleh WHO.
Peranan masyarakat
Di sebalik bantahan dan keraguan yang ada, kesan permainan video dalam kehidupan harian memang wujud, sama ada banyak atau sedikit. Tanpa menolak manfaat yang ada, ia hendaklah dikawal terutamanya oleh ibu bapa. Satu kajian yang dijalankan di Jerman menemui bahawa majoritinya melibatkan kanak-kanak, remaja dan dewasa muda.
Ia boleh menjadi satu perkara yang bermanfaat jika dikawal dan dipandu dengan baik. Jika tidak, lebih banyak kesan buruk yang akan berlaku. Sebelum terlambat, mulakan di rumah anda hari ini!
Hello Heath Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen