home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Penyalahgunaan Alkohol Punca 3 Juta Kematian Setiap Tahun

Penyalahgunaan Alkohol Punca 3 Juta Kematian Setiap Tahun

Lebih daripada 3 juta orang mati akibat penyalahgunaan alkohol secara berbahaya pada tahun 2016, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Ini mewakili 1 dalam 20 kematian dan lebih daripada tiga perempat daripada kematian ini adalah dalam kalangan lelaki.

Punca kematian disebabkan penyalahgunaan alkohol

Kesan buruk penyalahgunaan alkohol dirasai oleh individu, keluarga dan masyarakat melalui keganasan, kemalangan, masalah kesihatan mental dan penyakit seperti kanser dan strok. Daripada semua kematian yang dikaitkan dengan minuman keras, peratusan punca kematian ialah:

  • 28% akibat kecederaan, seperti kemalangan lalu lintas, mencederakan diri sediri dan keganasan rumah tangga
  • 21% disebabkan gangguan pencernaan
  • 19% disebabkan oleh penyakit jantung dan saluran darah
  • selebihnya disebabkan oleh penyakit berjangkit, kanser, gangguan mental dan keadaan kesihatan yang lain.

Walaupun terdapat perubahan baik dalam trend global pengambilan minuman keras berlebihan dan jumlah kematian yang berkaitan sejak 2010, jumlah keseluruhan penyakit dan kecederaan disebabkan pengambilan minuman keras masih sangat tinggi di Eropah dan benua Amerika.

Kira-kira 237 juta lelaki dan 46 juta wanita di seluruh dunia mengalami gangguan penggunaan alkohol dengan kadar tertinggi dalam kalangan lelaki dan wanita di Eropah (14.8% dan 3.5%) dan benua Amerika (11.5% dan 5.1%). Masalah ini didapati lebih biasa berlaku di negara berpendapatan tinggi.

Pengambilan alkohol di seluruh dunia

Pengambilan global alkohol dijangka meningkat dalam tempoh 10 tahun akan datang sementara pada waktu kini, dianggarkan 2.3 bilion orang adalah peminum semasa. Lebih daripada separuh penduduk di tiga wilayah – Amerika, Eropah dan Pasifik Barat meminum minuman keras. Eropah mempunyai penggunaan per kapita tertinggi di dunia, walaupun penggunaan per kapitanya telah menurun lebih dari 10% sejak 2010.

Kajian pada tahun 2017 menunjukkan pengambilan minuman keras per kapita di Malaysia dikatakan antara yang terendah di Asia, pada kadar 1.7 liter per kapita setahun, tidak jauh berbeza daripada Singapura (2.9) dan Indonesia (0.6). Pun begitu, trend dan ramalan semasa menunjukkan peningkatan dalam penggunaan alkohol per kapita global dalam tempoh 10 tahun akan datang, terutamanya dalam Kawasan Asia Tenggara dan Pasifik Barat serta Wilayah Amerika. Tanpa pendidikan dan kesedaran tentang bahaya penyalahgunaan alkohol, peningkatan ini juga bakal menyaksikan peningkatan kesan penyalahgunaan yang tidak diingini.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

http://www.who.int/news-room/detail/21-09-2018-harmful-use-of-alcohol-kills-more-than-3-million-people-each-year-most-of-them-men

Which Asian Country Drinks Most?

https://www.straitstimes.com/asia/south-asia/which-asian-country-drinks-the-most

 

 

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Helma Hassan Disemak pada 01/12/2019
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor