backup og meta

5 Tip Merangsang Kesihatan Emosi

5 Tip Merangsang Kesihatan Emosi

Emosi adalah sesuatu yang kompleks terutamanya bila ia melibatkan golongan wanita. Ia adalah aspek yang sangat penting dalam menjalani kehidupan seharian. Jika keadaan fizikal boleh dilihat dari luar oleh orang lain, keadaan kesihatan emosi tidak semudah itu dilihat dan dikesan sedangkan kesannya tidak kurang besar jika tidak diuruskan dengan baik.

Emosi yang stabil menjadikan hari anda lebih tenang dan produtif. Mari lihat beberapa tip untuk merangsang kesihatan emosi.

1. Dapatkan kawan-kawan yang memahami

Hidup dalam masyarakat adalah satu keperluan bagi manusia. Sedangkan haiwan pun memerlukan hidup berkumpulan, apatah lagi manusia. Kawan-kawan yang memahami adalah hadiah tidak ternilai, meskipun hanya seorang atau dua.

Anda boleh berkongsi dan bersama mencari masalah. Ini pastinya akan meningkatkan kesihatan emosi anda.

2. Tambah ilmu pengetahuan

Antara punca seseorang risau dan takut sehingga menyebabkan emosinya terganggu adalah kerana kejahilannya terhadap sesuatu perkara. Sebagai contoh, orang yang mahu pergi ke Kuala Lumpur buat kali pertama pasti risau kerana tidak tahu jalan. Jika dia mengkaji dahulu sebelum bergerak, tentu kebimbangan tersebut dapat dikurangkan.

Banyakkan membaca dan belajar dari orang yang berpengalaman.

3. Bergerak

Banyakkan bergerak dan bersenam. Senaman berkala membantu meningkatkan mod dan kesihatan emosi anda. Hormon endorphin dilepaskan oleh badan ketika bersenam. Hormon ini boleh membantu memberikan mod yang positif.

4. Amalkan diet yang sihat

Makanan yang sihat bukan sahaja memberikan tubuh yang sihat tetapi ia turut menyihatkan emosi anda. Coklat, secara khususnya, merangsang pelepasan hormon serotonin yang akan membuatkan mod anda menjadi semakin baik.

5. Tidur yang cukup

Tiada tip yang lebih baik untuk emosi yang sihat melainkan tidur. Ia seolah-olah sudah diprogramkan oleh badan anda untuk tidur apabila menghadapi tekanan. Dapatkan tidur yang cukup sekurang-kurangnya enam jam sehari bagi mengekalkan emosi yang stabil dan sihat.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Beth W. Orenstein (11 Oktober 2017). 10 Ways To Boost Your Emotional Health Through Improving Your Self-Esteem. Dimuat turun daripada https://www.everydayhealth.com/emotional-health/10-ways-to-boost-emotional-health.aspx.

Versi Terbaru

27/11/2019

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Aaron Joseph Sta Maria


Artikel Berkaitan

Kenapa Saya Selalu Ketawa & Menangis Tanpa Sebab? Kenali Penyakit 'Joker'!

Gangguan Seksual Di Tempat Kerja, Ini 4 Langkah Penting Untuk Mengelakkannya!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 27/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan