backup og meta

Sindrom Anak Tengah

Sindrom Anak Tengah

Sindrom anak tengah atau middle child syndrome adalah keadaan di mana jika anda mempunyai lebih daripada seorang adik-beradik, dan anda merupakan anak tengah dalam kalangan adik-beradik anda. Banyak pendapat yang mengatakan, menjadi anak tengah ini kadangkala membuatkan anda hilang perhatian daripada ibu bapa. Jadi, bagi mengelakkan perkara ini terjadi kepada anak-anak anda, teruskan membaca artikel ini.

sindrom anak tengah

Apa itu sindrom anak tengah?

Sindrom anak tengah adalah keadaan psikologi dalam kalangan kanak-kanak yang dilahirkan di tengah-tengah (di atas mereka ada abang atau kakak, dan di bawah mereka ada adik). Sindrom ini melibatkan perasaan seperti diabaikan atau ditinggalkan bagi seseorang kanak-kanak yang lahir di tengah-tengah. Personaliti kanak-kanak ini akan menjadi negatif terhadap adik-beradiknya. Anak tengah akan berasa dengki, rasa tidak cukup, kurang keyakinan diri dan menjadi introvert.

sindrom anak tengah

Apakah tanda-tanda kanak-kanak mengalami sindrom ini?

Lazimnya, kanak-kanak ini akan diserang perasaan negatif seperti:

  • Rasa kosong- Perasaan bersendirian, tidak berguna dan tiada matlamat hidup boleh membuatkan kanak-kanak menjadi kecewa.
  • Rasa tidak berharga- Anak anda rasa seperti kehilangan dan gagal untuk menentukan arah hidup mereka.
  • Keyakinan diri rendah- Perasaan disisihkan, didiskriminasi dan tidak disayangi oleh ibu bapa memberikan impak negatif kepada anak tengah, sekali gus membuatkan mereka kurang keyakinan diri.
  • Memencilkan diri dari dunia luar- Kanak-kanak ini bertindak sebagai anti-sosial kerana takut jika rakan sekeliling turut melayannya sama seperti apa yang dilakukan oleh ibu bapa mereka.
  • Mencari perhatian- Inginkan perhatian adalah simptom biasa yang ditunjukkan oleh kanak-kanak yang mengalami sindrom anak tengah. Mereka menjadi terlalu mendesak dan sentiasa mahukan perhatian orang, khususnya daripada ibu bapa mereka sendiri.
  • Tingkah laku ekstrem– Kanak-kanak mungkin akan menunjukkan tanda-tanda memberontak dan melawan, walaupun pada perkara yang kecil.
  • Rasa kurang cukup
  • Cemburu dan dengki

Adakah semua anak tengah akan mengalami sindrom ini?

Sindrom anak tengah adalah satu topik yang diperdebatkan oleh para pakar. Walau bagaimanapun, bukan semua anak tengah menunjukkan simptom-simptom seperti di atas. Biasanya, sindrom anak tengah berlaku bergantung kepada teknik keibubapaan yang diamalkan. Cara didikan ibu bapa memainkan peranan kepada pembentukan sahsiah diri anak-anak. Jika ibu bapa tidak membeza-bezakan anak dan melayan anak sama rata, tidak kira anak sulung, tengah ataupun bongsu, maka sindrom anak tengah tidak akan berlaku. Malahan, sesetengah kanak-kanak juga sudah cukup matang untuk mengendalikan perasaan mereka dan tidak membenarkan perkara negatif mempengaruhi jiwa mereka.

Bagaimana untuk mencegah sindrom ini daripada berlaku?

Berikut ada beberapa tips buat ibu bapa bagi mengelakkan sindrom anak tengah berlaku dalam kalangan anak-anak mereka.  

1 Kesedaran sindrom anak tengah

Cara paling efektif untuk mengelakkan sindrom ini adalah dengan sentiasa beringat dan tahu mengenai sindrom ini. Seandainya anda ada terlihat tanda-tanda dan simptom sindrom anak tengah dalam kalangan anak-anak anda, akuinya dan cari jalan penyelesaian bagi mengelakkan perkara ini menjadi lebih besar.

2 Bersabar

Setiap kanak-kanak adalah unik dan berbeza bagi ibu bapa. Sekiranya anda mendapati anak anda menunjukkan simptom sindrom anak tengah, bersabar dahulu. Jangan terus bersemuka dengan anak anda dan menerangkan bahawa anda menyayanginya. Apa yang perlu anda lakukan ketika ini adalah bersabar dan mencari waktu yang sesuai untuk memberitahu anak anda. Kemungkinan apa yang anak anda fikirkan adalah berbeza (dalam menganggap anda mengabaikannya). Walau bagaimanapun, teruskan menunjukkan kasih sayang pada anak anda.

3 Berikan perhatian khas kepada anak tengah anda

Meskipun jika anda sudah mendekatkan diri dengan anak, dan dia masih berasa anda tidak menyayanginya, jangan berhenti dan pastikan anda bertambah rapat dengan anak. Berikannya perhatian seperti yang diinginkan, jadikannya rasa istimewa seperti mana apa yang anda lakukan pada adik-beradiknya yang lain.

4 Buatkan anak anda rasa penting dan menjadi sebahagian dalam keluarga

Menjadi anak tengah boleh membuatkan anak anda rasa tidak penting. Jadi, peranan anda adalah dengan memberikannya memikul beberapa tanggungjawab dan berikan pengiktirafan jika dia berjaya memenuhinya. Ini akan menjadikan anak anda rasa penting dalam keluarganya sendiri.

5 Beri galakan kepadanya dalam perkara yang diminati

Memberi dorongan dan motivasi kepada anak tengah dalam semua lapangan yang diminatinya adalah penting, terutama jika dia benar-benar berpotensi dalam bidang tersebut.

6 Ajar anak tengah anda untuk bersuara

Minta anak anda untuk menyuarakan pendapat mereka atau keperluan mereka tidak kiralah kepada adik-beradik ataupun dengan rakan. Ajar mereka untuk menyatakan pendirian dengan cara yang betul, bukannya dengan berlalu pergi dan menjerit atau menggunakan kekerasan fizikal.

7 Dengar dan menunjukkan empati anda

Bagi membuatkan anak tengah anda rasa disayangi dan dijaga, anda perlu mendengar dengan penuh minat pada perbualannya, serta menunjukkan empati anda jika dia ingin mengadu tentang sebarang perkara. Ini akan membuatkan anak anda rasa bahawa diri mereka penting berada dalam hati ibu bapanya.

8 Puji anak anda

Jika anda rasa memuji anak itu tidak perlu, anda silap. Berikan pujian dan penghargaan kepada setiap anak anda, termasuk juga anak tengah. Ini akan membantu kanak-kanak lebih yakin diri. Tidak semestinya anda perlu puji jika anak berjaya dalam pelajaran sahaja. Anda boleh memuji mereka walaupun jika mereka melakukan sedikit pencapaian dalam kehidupan.

9 Tunjukkan rasa hormat anda

Sama seperti individu dan adik-beradik lain, anak tengah juga mempunyai hak untuk menyuarakan perasaan, emosi dan idea mereka. Oleh itu, layan anak anda dengan baik dan dengar apa yang ingin disuarakan dan hormatinya dengan selayaknya.

10 Berhenti daripada membanding-bandingkan

Ingatlah bahawa setiap individu adalah berbeza dan tidak sama. Jangan mengharapkan perangai setiap anak anda sama. Setiap mereka ada kekuatan dan kelemahan mereka sendiri. Justeru, jangan pernah membandingkan anak-anak anda, kerana ini hanya akan memberikan kesan buruk kepadanya. Sayangi dan hargai anak anda dengan seadanya. Membanding-bandingkan hanya akan menyemarakkan rasa inferior yang kompleks pada anak anda.

Meskipun anak tengah yang mengalami krisis dilihat boleh mempengaruhi perkembangan mereka, namun kajian daripada Stanford University turut menunjukkan bahawa anak tengah juga mempunyai karakteristik yang istimewa. Antaranya adalah golongan anak tengah menjadi lebih berdikari, berfikir di luar kotak, dan lebih empatetik. Ini sekali gus menjadikan mereka mempunyai kemahiran yang baik sebagai pekerja, serta ahli dan rakan kumpulan yang terbaik. Pun begitu, ibu bapa disarankan untuk mempraktikkan teknik keibubapaan yang betul pada setiap anak-anak, tanpa perlu membanding-banding dan melebihkan salah seorang anak.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Middle Child Syndrome – Signs and Tips to Prevent It

parenting.firstcry.com/articles/middle-child-syndrome-signs-and-tips-to-prevent-it/

Accessed April 22, 2019

The Secret Powers of Middle Children

https://www.psychologytoday.com/intl/blog/field-guide-families/201210/the-secret-powers-middle-children

Accessed April 22, 2019

What are the effects of ‘middle child syndrome’?

https://www.today.com/parents/what-are-effects-middle-child-syndrome-2D80554876

Accessed April 22, 2019

Versi Terbaru

22/04/2019

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Selain Curang, Apa Lagi Punca Penceraian Di Malaysia? Kalau Sayang, Berubah!

6 Rahsia Menjadi Isteri Solehah, Bukan Hanya Jaga Makan & Pakai Suami Ya!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 22/04/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan