backup og meta

8 Tabiat Merosakkan Rumah Tangga

8 Tabiat Merosakkan Rumah Tangga

Kehidupan berumah tangga tidak selalunya indah. Kadangkala, konflik  terjadi antara suami dan isteri akan mengakibatkan keretakan dalam perhubungan mereka. Berikut merupakan beberapa tabiat buruk yang boleh memudarkan kasih sayang suami dan isteri:

Kurang komunikasi

Kurang berkomunikasi boleh membuatkan suami dan isteri bermasam muka, dan menjadi lebih teruk jika kita saling mengelak untuk bercakap sesama suami isteri. Bercakap dan mendengar pendapat masing-masing akan melahirkan perasaan simpati dan lebih memahami pasangan anda. Ini juga akan membantu anda menyelesaikan masalah secara bersama. Rumah tangga  tanpa berkomunikasi boleh mendatangkan andaian negatif sekaligus mencetuskan krisis. 

Layanan terhadap pasangan

Melepaskan kemarahan terhadap pasangan anda hanya akan mengundang bencana. Namun jika anda hanya berdiam diri dan tidak meluahkan apa-apa perasaan kepada pasangan akan mengakibatkan hubungan menjadi tawar dan membosankan. Oleh itu, gunakalah pendekatan yang sewajarnya dan setiap langkah kita haruslah bertujuan memberi kebahagian kepada pasangan kita.

Isu Kewangan

Isu kewangan merupakan faktor utama dalam penceraian. Ini kerana setiap kali mempunyai masalah kewangan, pasangan suami isteri cenderung menggunakan perkataan yang kasar sekaligus menyebabkan salah seorang dari pasangan berkecil hati.

Orang Ketiga

Pasangan anda merupakan keutamaan anda. Tanpa mengira keakraban anda dengan rakan, adik-beradik mahupun anak anda sendiri, pastikan anda bersikap adil bagi mengelakkan perasaan cemburu timbul dalam diri pasangan anda.

Kuat meleter dan mengeluh

Sikap anda yang kuat meleter atau mengeluh akan mengakibatkan pasangan anda mudah naik angin. Kurangkan meleter atau mengeluh, sebaliknya bersikap positif dengan pasangan anda.

Ketagihan

Ketagihan anda terhadap laman sosial seperti Facebook juga akan menjarakkan hubungan anda dengan pasangan. Sekiranya anda lebih mementingkan ketagihan anda ini, hubungan anda dengan pasangan akan menjadi lebih renggang.

Berbeza pendapat

Anda perlu tahu tidak semua keputusan perlu dibuat secara bersendirian. Berbincanglah dengan pasangan anda sebelum membuat apa-apa keputusan untuk mengelakkan sebarang konflik yang mungkin terjadi.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

9 Bad Habits That Could Ruin Your Marriage. http://www.lifescript.com/well-being/articles/0/10_bad_habits_that_could_ruin_your_marriage.aspx/ Accessed March 23, 2017

8 Habits That Kill Your Marriage. https://anydayguide.com/post/425/ Accessed march 23, 2017

Versi Terbaru

17/07/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Selain Curang, Apa Lagi Punca Penceraian Di Malaysia? Kalau Sayang, Berubah!

6 Rahsia Menjadi Isteri Solehah, Bukan Hanya Jaga Makan & Pakai Suami Ya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17/07/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan