Artikel ini ditulis dengan kerjasama Naluri.
Inspirasi positif memberi makna yang lebih mendalam berbanding hanya gembira atau berasa optimis. Pemikiran positif adalah mempunyai dan menggunakan pemikiran dan perasaan yang mengarah kepada hasil yang positif dan melihat kepada suatu sisi yang lebih baik dalam kehidupan. Ianya adalah salah satu daripada komponen-komponen kebahagiaan. Ia mungkin tidak bersifat semula jadi tetapi ianya adalah satu kemahiran yang boleh dipelajari dan berkembang dari masa ke semasa walaupun ia mungkin lebih mudah untuk dikatakan berbanding dilaksanakan.
Seseorang yang memilih untuk menggunapakai cara pandangan seperti ini untuk melihat dunia akan mengatasi apa jua cabaran-cabaran dalam kehidupan dengan mencapai tahap kesihatan dan emosi yang lebih baik, dan berjaya dalam apa sahaja yang mereka lakukan. Menjadi positif dan berfikir secara positif menambahkan nilai-nilai dan memberikan makna kepada kehidupan dan membantu mereka untuk membina kemahiran dan menjadi lebih berdaya tahan.
Kesan sifat inspirasi positif
Pemikiran positif boleh memberikan kesan yang lebih lama kepada kehidupan seterusnya memberikan umur yang panjang. Satu kajian terbaharu menemukan bahawa sesiapa yang melihat proses penuaan sebagai sesuatu yang positif akan hidup dengan purata 7.5 tahun lebih lama. Oleh itu, mengubah cara kita melihat zaman tua akan meningkatkan jangka hayat kehidupan. Pemikir yang positif mempunyai wawasan yang lebih besar dan hidup dengan lebih bermakna. Mempunyai lebih banyak pandangan positif terhadap penuaan akan membina daya tahan terhadap penyakit dan memotivasikan langkah proaktif untuk penjagaan kesihatan anda.
Sistem imun anda juga akan bertambah baik dengan berfikiran positif. Kajian menunjukkan bahawa aktiviti di kawasan otak yang berhubungan dengan emosi-emosi negatif seperti ketakutan dan kesedihan berhubungan secara ketara dengan sistem imun yang lebih lemah. Berlawanan pula dengan orang yang optimis yang mempunyai pemikiran yang lebih positif, mereka mempunyai respons imun yang lebih kuat. Seseorang yang mempunyai sikap yang lebih ceria contohnya, kurang terkena selsema dan virus selsema. Malah, pesakit yang optimis yang dikesan mempunyai potensi mendapat penyakit yang parah lebih menunjukkan perubahan baik yang lebih konsisten dan ketara selepas mendapatkan rawatan.
Seseorang yang berfikir secara positif lebih mengamalkan cara hidup yang lebih sihat. Terdapat hubungan diantara optimis dan tahap kolestrol baik yang lebih tinggi, yang mana dijelaskan melalui minat terhadap kehidupan secara sihat dan ingin menjadi sihat. Pemikir yang positif lebih gemar untuk makan secara sihat, bersenam dan menjadi proaktif mengenai kesihatan mereka.
Inspirasi positif juga meninggalkan kesan terhadap kesejahteraan mental. Ianya membantu anda dengan pengurusan tekanan atau stress dengan menyediakan kemahiran untuk mengatasinya semasa mengalami tekanan. Terdapat juga laporan berkenaan risiko kemurungan yang rendah disebabkan oleh pergerakan emosi dalam orang yang berfikiran positif.
Bagaimana untuk meningkatkan inspirasi positif
Mengetahui kesan bersikap positif tidak akan memberi manfaat kepada anda melainkan anda menentukan untuk mengintegrasikannya dalam kehidupan. Ianya mungkin boleh bermula dengan hanya satu senyuman. Satu kajian menyatakan bahawa senyuman palsu boleh mengurangkan tekanan jantung dan tekanan darah semasa dalam keadaan tekanan. Kedua, mengubah cara pemikiran. Ubah pemikiran negatif kepada pemikiran yang lebih positif dan membantu. Contohnya, sekiranya anda bergelut dengan masalah kesihatan, berhenti kecewa kerana memilikinya dan berehatlah untuk sementara. Hargai masa rehat anda dan dengan memulihkannya dengan betul, kamu akan menjadi lebih efektif dengan kerja-kerja anda.
Disamping itu, amalkan bercakap dengan diri sendiri secara positif dengan memahami diri sendiri sepertimana anda lakukan kepada orang lain. Mengakui dan menghargai perubahan kecil yang berlaku. Anda juga harus bercampur dengan orang-orang yang berfikiran positif. Paling penting, menjalani gaya hidup sihat dengan mempelajari dan mengamalkan cara atau tabiat yang lebih holistik untuk kekal sihat.
Nota pantas dari jurulatih kehidupan Naluri, “Pemikiran positif adalah kemahiran yang seseorang boleh kembangkan, belajar dan mengamalkannya. Tidak pernah terlambat untuk membuat perubahan dan pilihan menjadi lebih positif. Perubahan sudah hampir dan ia bermula dengan anda. “Kata Aina Nur Azmi.