backup og meta

8 Makanan Bagus Untuk Mata Sihat, Cerah & Terang! Lobak Ada Dalam Senarai?

8 Makanan Bagus Untuk Mata Sihat, Cerah & Terang! Lobak Ada Dalam Senarai?

Gaya hidup sihat adalah kunci kepada kesihatan serta kekuatan deria penglihatan kita semua. Dalam usaha untuk mendapat penglihatan yang cerah lagi terang, makanan untuk mata sihat sudah tentu mampu membantu!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Mata, anda boleh klik di sini. 

Makanan untuk mata sihat ada banyak!

makanan untuk mata sihat

#1. Sayur berdaun hijau gelap

Untuk mengelakkan penyakit mata seperti degenerasi makular – keadaan yang menyebabkan kerosakan retina secara progresif, menyebabkan kerosakan pada penglihatan dengan perlahan.

Jadi, sayur hijau gelap, seperti kailan, bayam, collard green dan romaine, sudah tentu harus ada di dalam menu.

Ini adalah kerana ia mengandungi lutein dan zeaxanthin, dua nutrien penting yang mempunyai fungsi antioksida dalam badan dan membantu mencegah kerosakan sel.

Daun hijau sebenarnya mempunyai banyak vitamin dan mineral yang membantu mengekalkan mata yang sihat, seperti vitamin C (antioksida yang menghalang degenerasi makula yang berkaitan dengan usia – AMD – dan katarak), beta karotena (yang merupakan sejenis vitamin A, penting untuk mencegah AMD dan katarak, serta rabun malam), lutein dan zeaxanthin.

Sebenarnya, lutein dan zeaxanthin adalah dua nutrien penting untuk kesihatan mata, kerana kedua-duanya didapati dalam kepekatan yang tinggi dalam makula anda – bahagian tengah kecil retina anda yang bertanggungjawab untuk penglihatan pusat yang terperinci.

Lebih khusus lagi, lutein juga terdapat dalam pigmen makula – untuk membantu melindungi penglihatan pusat anda dan membantu dalam penyerapan cahaya biru – dan zeaxanthin terdapat dalam retina anda.

Baca lagi artikel berkaitan:

Makanan untuk mata sihat #2. Keledek

Buah oren terang dan sayur-sayuran mendapatkan warnanya dari karotena beta, pelopor kepada vitamin A, yang membantu menambah kesihatan penglihatan.

Ini adalah sumber yang sangat baik bagi vitamin A dan C, seperti yang dinyatakan sebelum ini, bahawa ia adalah antioksida yang melindungi mata daripada AMD dan katarak.

#3. Asid lemak omega 3

makanan untuk mata sihat

Sumber yang paling biasa omega-3 adalah ikan seperti salmon, sardin, tuna dan ikan kembung, mempunyai pelbagai manfaat termasuk untuk kesihatan mata anda.

Selain daripada ikan, anda boleh cuba walnut yang mengandungi selenium (membantu dalam proses pengoksidaan), dan asid lemak omega-3 (yang membantu menjaga pengaliran saraf yang betul di dalam retina).

#4. Buah mangga

Seperti kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran kuning, ini adalah sumber besar vitamin A, dan juga sumber vitamin E, yang membantu mengawal tekanan pada mata.

#5. Buah epal

Buah ini mengandungi beberapa antioksida, termasuk pigmen tumbuhan quercitin (yang melindungi mata daripada sinaran solar) dan rutin (yang diketahui membantu mengurangkan kebocoran di saluran darah kecil di dalam retina).

#6. Kekacang juga bagus untuk mata

Ini antara makanan yang bukan sahaja lazat, tetapi juga sumber vitamin E dan zink (yang diketahui dapat membantu menstabilkan dan meningkatkan penglihatan pesakit degenerasi makular).

Makanan untuk mata sihat #7. Jagung

Ia adalah sumber litein yang baik, iaitu merupakan pigmen kuning yang dijumpai di dalam makula.

Ia membantu mencegah degenerasi makula, dan melindungi rod dan kon daripada kerosakan radikal bebas disebabkan oleh cahaya UV.

makanan untuk mata sihat

Makanan untuk mata sihat #8. Brokoli

Mungkin ramai yang tidak suka sayur hijau, tetapi ia mengandungi banyak mineral berguna sebagai makanan untuk mata sihat.

Ia mengandungi lutein, zeaxanthin, selenium, asid alfa lipoik (juga ada dalam bayam; memainkan peranan yang penting untuk penghasilan tenaga di dalam sel, dan melawan radikal bebas), CoQ10 (yang membantu sel menguraikan makanan kepada tenaga, juga terdapat di dalam bayam), vitamin C dan E, dan asid folik.

Sementara sayur ini telah lama dicanangkan sebagai pencegah kanser dan sakit jantung, ia juga penting untuk kesihatan mata.

Selain mengandungi lutein dan zeaxanthin, brokoli juga tinggi dengan vitamin C yang amat bagus!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Eating for Eye Health, https://newsnetwork.mayoclinic.org/discussion/eating-for-eye-health/, Accessed Apr 7 2021.
  2. Look to Fruits and Vegetables for Good Eye Health, https://www.health.ny.gov/publications/0911/, Accessed Apr 7 2021.
  3. 36 Fabulous Foods to Boost Eye Health, https://www.aao.org/eye-health/tips-prevention/fabulous-foods-your-eyes, Accessed Apr 7 2021.
  4. Diet and Nutrition, https://www.niddk.nih.gov/health-information/diet-nutrition. Accessed Apr 7 2021.
  5. Top foods to help protect your vision, https://www.health.harvard.edu/staying-healthy/top-foods-to-help-protect-your-vision, Accessed Apr 7 2021.

Versi Terbaru

27/10/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Kunyit Boleh Rawat Glaukoma? Ada Produk Baru Penitis Mata Kunyit Diperkenalkan

Kelopak Mata Sering Gatal-gatal & Kering? Kenali Puncanya Dulu Sebelum Rawat


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 27/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan