backup og meta

Kanta Lekap: Penjagaan Dan Risiko Pemakaiannya

Kanta Lekap: Penjagaan Dan Risiko Pemakaiannya

Pemakaian kanta mata (contact lens) adalah untuk membantu mengatasi masalah penglihatan seperti rabun. Tetapi adakah anda tahu jenis-jenisnya?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mata, sila dapatkannya di sini.

Jenis-jenis kanta mata

Anda mungkin biasa mendengar kanta lekap jenis lembut atau soft contact lens ini. Tetapi bagaimana dengan kanta sentuh yang lain?

Berikut adalah penjelasan ringkas mengenai kanta sentuh yang boleh didapati di pasaran.

1. Kanta mata lembut (soft contact lens)

Kanta ini diperbuat daripada plastik jenis hidrogel yang lembut, fleksibel dan boleh menyerap air.

Kebiasaannya kanta jenis ini menjadi pilihan ramai individu kerana keselesaan yang ditawarkannya. Tetapi kekurangan kanta lekap jenis ini adalah ia mudah koyak

Kotoran iaitu deposit protein mudah terbentuk di atas permukaannya. Oleh kerana ini, adalah penting untuk anda mencucinya dengan bersih selepas setiap kali pemakaiannya.

Sekiranya masih kotor, anda perlu menggunakan protein remover seminggu sekali. Tetapi, mencuci kanta tidak boleh dilakukan dengan menggunakan air biasa.

Anda perlu menggunakan contact lens solution, iaitu cecair kimia yang dihasilkan secara komersial untuk prosedur pembersihan dan pembasmian kanta lekap.

Wujud material baru untuk kanta sentuh jenis ini, iaitu dihasilkan daripada silikon hidrogel. Material ini dikatakan lebih baik daripada kanta sentuh yang lain kerana mempunyai ketelapan oksigen yang lebih tinggi.

Apabila banyak oksigen dapat menembusi kornea, kesihatan mata akan lebih terpelihara, malah mata anda juga dapat ‘bernafas’. 

2. Kanta separa keras atau RGP (Rigid Gas Permeable)

Untuk individu yang mahukan mata untuk kekal sihat, RGP dikatakan sebagai pilihan yang terbaik. Ia dihasilkan daripada plastik tegar (rigid) dan tidak mengandungi air.

Saiz kanta ini adalah lebih kecil berbanding kanta sentuh lembut. Diameternya adalah tidak lebih daripada 10 mm, ia sekali gus membenarkan banyak oksigen untuk masuk ke kornea mata. 

kanta mata

Berbanding kanta sentuh jenis lembut, risiko untuk mendapat jangkitan penyakit mata melalui pemakaian kanta ini adalah kurang disebabkan oleh deposit atau kotoran yang sukar untuk terbentuk di atas permukaan kanta ini. 

Tetapi dari aspek pemakaian, ia kurang memberikan keselesaan kerana sifatnya yang separa keras.

Individu yang memilih kanta jenis ini memerlukan masa untuk dapat membiasakan diri dengan kanta jenis RGP ini.

3. Orthokeratology (Ortho-K), salah satu jenis kanta mata

Tidak mahu memakai kanta sentuh atau cermin mata pada waktu siang? Tidak mahu menjalani proses pembedahan Lasik? Tidak mengapa. Ada penyelesaian untuk anda. 

Untuk makluman, Lasik adalah singkatan daripada rawatan laser assisted in situ keratomileusis yang dikaitkan dengan proses pembedahan laser pada mata.

Ia juga merupakan satu prosedur untuk pembaikan daya penglihatan sama ada rabun jauh mahupun dekat. 

Baca juga:

Anda boleh mencuba kanta Orthokeratology atau dikenali sebagai Ortho-K. Kanta ini menggunakan RGP khas yang membantu mengubah bentuk kornea.

Menariknya, kanta khas ini perlu dipakai semasa tidur sahaja selama tempoh 8 jam. Selepas bangun daripada tidur, penglihatan anda akan kembali jelas.

Tetapi ia hanyalah bersifat sementara, dan individu yang memilih kanta ini perlu memakainya setiap malam ketika tidur. 

4.  Kanta mata hibrid

Kanta lekap untuk rabun jauh jenis hibrid adalah kanta yang menggabungkan dua material. Pada bahagian tengah kanta, material RGP digunakan dan sekelilingnya menggunakan material hidrogel.

Untuk kanta jenis ini boleh direka berbeza mengikut saiz dan bentuk kornea serta kuasa rabun.

Misalannya, individu yang mempunyai saiz kornea kecil perlu memakai kanta sentuh dengan diameter kecil.

kanta mata

Bagi individu dengan masalah rabun tua (presbiopia), mereka boleh mencuba kanta sentuh bifokal atau multifokal.

Berikut adalah jenis kanta mengikut reka bentuk :

  • Kanta lekap sferikal. Bentuknya bulat dan dapat membetulkan rabun jenis miopia dan hiperopia.
  • Kanta lekap torik. Jenis ini sesuai dipakai untuk rabun jenis astigmatisma.
  • Kanta lekap bifokal.

5. Kanta mata multifokal

Kanta ini menawarkan fungsi seperti cermin mata di mana terdapat banyak zon kuasa untuk membolehkan penglihatan jauh mahupun dekat.

Jadi ia sesuai untuk individu yang mempunyai masalah rabun jauh dan rabun dekat. 

6. Kanta lekap berwarna

Ia lebih kepada mengikut trend semasa.

Di mana kebanyakan individu yang memakai kanta jenis ini adalah dalam kalangan mereka yang tidak mempunyai masalah rabun tetapi ingin tampil bergaya dan menarik. 

kanta mata

7. Kanta prostetik

Kanta ini berwarna tetapi ia digunakan untuk tujuan perubatan.

Ia digunakan oleh individu yang mengalami kecederaan pada mata atau sebarang masalah kesihatan mahupun penyakit yang menyebabkan kecacatan kepada mata.

Ia bertujuan untuk memberikan keyakinan tambahan kepada individu yang memerlukannya. 

Paling penting, jangan lupa menjalani pemeriksaan mata anda secara rutin dengan doktor mata terdekat. Doktor mungkin akan menyarankan jenis kanta mata lain yang sesuai untuk kesihatan mata anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Kanta Lekap : Jenis Dan Tempoh Masa Pemakaian. http://www.myhealth.gov.my/kanta-lekap-jenis-dan-tempoh-masa-pemakaian/ , Accessed on Aug 16, 2019
  2. Contact Lenses for Vision Correction. https://www.aao.org/eye-health/glasses-contacts/contact-lens-102, Accessed on June 19, 2023
  3. Types of Contact Lenses. https://www.aoa.org/healthy-eyes/vision-and-vision-correction/types-of-contact-lenses, Accessed on June 19, 2023
  4. Contact Lenses. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/10737-contact-lenses, Accessed on June 19, 2023
  5. What Are Contact Lenses? https://www.optometrists.org/general-practice-optometry/optical/guide-to-contact-lenses/what-are-contact-lenses/, Accessed on June 19, 2023

 

 

Versi Terbaru

19/06/2023

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Kenapa Rasa Pening Bila Bertukar Cermin Mata?

Anda Baru Saja Jalani Pembedahan Mata? Ini 11 Perkara WAJIB Elak Kalau Tak Nak Kena Jangkitan


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 19/06/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan