backup og meta

Ini Sebab Pandangan Sering Berbintik Jika Lihat Objek Cerah, Petanda Mata Tak Sihat?

Ini Sebab Pandangan Sering Berbintik Jika Lihat Objek Cerah, Petanda Mata Tak Sihat?

Pernah dengar mengenai floaters mata atau eye floaters?

Ia di mana anda mengalami situasi pandangan mata sering berbintik-bintik hitam atau bayang-bayang kecil muncul terutamanya apabila melihat langit.

Ia mungkin sering terjadi apabila anda memandang sesuatu yang cerah, atau latar belakang berwarna yang kosong seperti langit mahupun dinding putih.

Bentuknya selalunya rawak sama ada berbintik, bergaris ataupun berbentuk sarang labah.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mata, sila dapatkannya di sini.

Apa itu floaters mata?

Kebanyakan floaters mata berpunca daripada faktor usia ini boleh terjadi kerana bahan yang berjeli (vitreous) di dalam mata anda bertambah cair.

Ia sering bergerak-gerak di sekitar mata dan akan hilang jika anda cuba untuk melihatnya secara direct.

Serat mikroskopik di dalam vitreous cenderung untuk bergumpal lalu menimbulkan bayang-bayang kecil di retina. Ini dikenali sebagai floaters.

Apakah floaters berbahaya?

Floaters ini tidak akan menjadi masalah jika anda sudah biasa alaminya, tidak bertambah teruk dan tidak menghalang penglihatan anda.

Baca juga:

Biasanya kejadian floaters mata ini tidak mengundang perkara yang serius kepada kesihatan mata namun sekiranya anda khuatir, dapatkan khidmat nasihat daripada pakar mata.

Secara umumnya, bahan berjeli di dalam mata anda akan bertambah cair mengikut peredaran usia.

Masih keliru? Mari kita kenali kriteria-kriterianya:

  • Bintik-bintik yang bergerak seiring pergerakan mata anda dan akan hilang jika anda cuba untuk fokus kepadanya
  • Bentuknya random
  • Floaters ini lebih jelas apabila anda melihat latar belakang yang cerah seperti dinding dan langit
  • Tompok kecil yang akan bergerak ke bawah bahagian mata secara sendirinya dan menghilang

Bahayakah floaters mata terhadap kesihatan mata?

Sejauh manakah anda boleh menghiraukan kewujudan eye floaters ini? Benarkah ianya tidak mempunyai kesan sampingan?

floaters mata

Apabila simptom-simptom ini berlaku kepada anda, segera dapatkan nasihat perubatan daripada doktor:

  • Floaters yang membuatkan mata kabur
  • Sakit mata
  • Kejadian floaters setelah anda mengalami kemalangan
  • Bayangan hitam pada penglihatan anda
  • Eye floaters makin bertambah

Perkara-perkara di atas boleh menjadi petanda bahawa anda mungkin mengalami kecederaan pada bahagian belakang mata yang boleh membawa kepada kecacatan mata yang kekal.

Selain itu, ia boleh menjadi petanda serius bahawa berlakunya kekoyakan pada retina mata.

Seiring dengan pertambahan umur, vitreous akan mengendur dan perkara ini secara langsung akan menarik retina. Jika ia ditarik dengan kekuatan yang mencukupi, retina akan koyak.

Sekiranya hal ini tidak dirawat dengan kadar segera, cecair akan berkumpul di belakang retina dan menyebabkan kehilangan penglihatan yang kekal.

floaters mata

Jika anda mengalami simptom-simptom ini, segera dapatkan rawatan daripada pakar mata sebelum keadaan bertambah melarat.

Sekiranya eye floaters anda tidak mempunyai simptom-simpton yang berbahaya seperti di atas, usah khuatir kerana ia merupakan perkara normal yang menjadi sebahagian daripada hidup kita.

Bagaimanakah cara untuk kurangkan floaters?

Anda harus faham bahawa floaters mata ini sebahagian daripada mata kita. Ianya sangat normal dan terjadi kepada semua individu mengikut pertambahan umur.

Apabila floaters ini berlaku, ia akan menghilang dengan sendiri kelak. Otak anda akan sama ada menapis floaters tersebut atau tarikan graviti secara semula jadi akan menurunkannya ke bahagian bawah mata.

Kalau anda terganggu dengan kehadiran eye floaters ini, anda mungkin boleh mencuba tips-tips ini bagi mengurangkannya:

  • Pasang filter pada skrin laptop atau phone jika anda banyak menggunakannya
  • Kurangkan kekuatan cahaya pada peranti elektronik anda
  • Pakai cermin mata hitam ketika berada di luar rumah atau semasa anda terdedah pada matahari. Ia berfungsi untuk menapis dan mengurangkan kejadian eye floaters

floaters mata

Secara keseluruhan, eye floaters ini normal dan tidak perlu dirisaukan kecuali berlaku simptom-simptom di atas atau perubahan pada jumlah floaters secara drastik.

Jaga kesihatan mata anda sebaik mungkin dan ingat bahawa kebanyakan floaters tidak berisiko.

Bagi memastikan kesihatan mata anda kekal pada tahap yang baik, anda boleh melakukan pemeriksaan mata secara berskala.

Pakar mencadangkan sekiranya anda tidak mempunyai sebarang masalah mata, pemeriksaan kesihatan mata boleh dilakukan setiap 10 tahun.

Bagi orang yang lebih berumur, pemeriksaan harus dilakukan dengan lebih kerap setiap tahun terutamanya bagi mereka yang berumur 60 tahun ke atas.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Eye floaters. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/eye-floaters/symptoms-causes/syc-20372346. Accessed on July 24, 2020.
  2. HOW TO GET RID OF FLOATERS IN MY EYES?https://healthcare.utah.edu/the-scope/shows.php?shows=0_amlzx94d. Accessed on July 24, 2020.
  3. Eye Floaters. https://my.clevelandclinic.org/health/symptoms/14209-eye-floaters-myodesopias. Accessed on Aug 24, 2023.
  4. What Are Floaters and Flashes? https://www.aao.org/eye-health/diseases/what-are-floaters-flashes. Accessed on Aug 24, 2023.
  5. Floaters. https://www.nei.nih.gov/learn-about-eye-health/eye-conditions-and-diseases/floaters. Accessed on Aug 24, 2023.

Versi Terbaru

25/08/2023

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Risau Bawah Mata Kanan Bergerak Tanpa Henti? Ini 8 Punca Sebenarnya!

Bangun Tidur Tengok Mata Sembap? Ini 10 Punca Mata Bengkak Secara Tiba-Tiba!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 25/08/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan