backup og meta

Lubang Makular

Definisi

Apa itu Lubang Makular?

Lubang makular adalah keadaan yang berlaku apabila terdapat satu koyakan kecil pada makula, terletak di tengah-tengah tisu mata yang sensitif terhadap cahaya dipanggil retina. Makula memainkan peranan penting dalam menghasilkan penglihatan tengah dan tajam yang perlu untuk kita membaca, memandu, dan melihat perkara yang kecil. Lubang makular menganggu penglihatan anda apabila anda melihat terus ke arah sesuatu benda, seperti buku atau TV. Penglihatan yang sepatutnya dapat melihat dengan jelas akan menjadi kabur dan herot-benyot atau terdapat tompok hitam atau kosong pada bahagian tengah pandangan anda.

Lubang makular boleh menyebabkan penglihatan tengah kabur dan herot-benyot.

Apakah kebarangkalian Lubang Makular?

Lubang makular dikait dengan faktor penuaan dan biasa berlaku pada individu yang berusia 60 tahun. Ini merupakan keadaan yang tidak menyakitkan di mana boleh berlaku secara tiba-tiba. Selalunya hanya sebelah mata sahaja yang terlibat tetapi terdapat 10 peratus peluang untuk mata sebelah lagi turut sama terganggu pada masa akan datang. Lubang makular tidak mengakibatkan hilang penglihatan secara keseluruhan kerana penglihatan feriferal (tepi) tidak terjejas. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Lubang Makular?

Simptom-simptom biasa bagi lubang makular ialah:

  • Terdapat sedikit rasa kabur atau herot-benyot semasa memandang lurus ke hadapan
  • Garis dan objek bengkok atau berombak
  • Sukar untuk membaca dan melakukan tugasan harian

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom di atas atau mempunyai sebarang soalan, sila rujuk doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak dengan cara yang berbeza. Berbincang dengan doktor mengenai apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah punca Lubang Makular?

Masih belum diketahui kenapa lubang makular berlaku dan kebanyakannya tidak mempunyai sebab yang jelas. Walau bagaimanapun, diketahui bahawa keadaan ini selalu terjadi kepada individu yang rabun dekat. Punca-punca lain termasuklah:

  • Kecederaan teruk pada mata
  • Akibat bengkak pada tengah retina yang terlalu lama (edema sistoid makular)
  • Mengalami rabun jauh yang teruk (miopik)
  • Mengalami penanggalan retina
  • Traksi vitreomakular

Apabila jeli vitreous di dalam mata mula untuk mengecut dan menarik keluar retina dan makular pada bahagian belakang mata.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Lubang Makular?

Terdapat banyak faktor risiko bagi lubang makular, seperti:

  • Jantina perempuan
  • Umur tua
  • Sejarah gangguan mata, seperti miopik yang tinggi (rabun jauh), kecederaan pada mata, penanggalan retina

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Lubang Makular didiagnosis?

Jika doktor anda mengesyaki bahawa anda mungkin mengalami keadaan ini, pemeriksaan fizikal akan dilakukan dan beberapa ujian juga akan disarankan oleh doktor anda. Semasa pemeriksaan mata, doktor anda akan membesarkan pupil anda dan memeriksa retina anda. Anda mungkin akan menjalani ujian yang dipanggil angiografi flouresein yang menggunakan pewarna untuk membuat kawasan retina lebih terang.

Ujian lain yang dipanggil tomografi kekoherenan optikal (OCT) dikira sebagai ujian yang paling berguna dalam melakukan diagnosis lubang makular dengan tepat. Dengan OCT, kamera laser diagnostik khusus digunakan untuk mengambil gambar retina anda. Alat ini dapat menyukat ketebalan retina dan juga sangat sensitif dalam mengesan bengkak dan cecair. OCT juga boleh mendiagnosis lubang kecil makular yang terlalu kecil untuk dilihat melalui pemeriksaan atau dengaan angiografi.

Bagaimana pesakit Lubang Makular dirawat?

Jika lubang makular dibiarkan tanpa rawatan, penglihatan akan menjadi bertambah teruk sehingga pesakit tidak dapat membaca bahkan pada cetakan besar di carta ujian mata.

Walaupun sesetengah lubang makular boleh tertutup sendiri dan tidak memerlukan rawatan, pembedahan penting bagi kebanyakan kes untuk bantu meningkatkan penglihatan. Dalam prosedur pembedahan ini, dipanggil vitrektomi, gel vitreous akan dibuang bagi mengelakkan daripada menarik retina dan diganti dengan buih yang mengandungi campuran udara dan gas. Buib ini berfungsi sebagai balutan dalaman, sementara yang memegang bucu lubang makular pada tempatnya sementara makular sembuh. Pembedahan akan dilakukan di bawah anestesia setempat dan sering dijalankan di klinik pesakit luar.

Selepas pembedahan, penyakit perlu kekal pada posisi muka ke bawah, biasanya selama satu atau dua minggu tetapi kadang-kadang sehingga dua ke tiga minggu. Posisi ini membolehkan buih tersebut menekan makula dan perlahan-lahan akan diserap semula oleh mata, menutup lubang yang telah terjadi. Selepas buih telah diserap, rongga vitreous akan diisi semula dengan cecair semula jadi mata.

Kekal pada posisi muka ke bawah sangat penting untuk keberkesanan pembedahan. Oleh sebab posisi ini sukar bagi kebanyakan orang, penting untuk berbincang perkara ini dengan doktor anda sebelum pembedahan.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Lubang Makular?

Berikut merupakan perubahan gaya hidup dan kaedah rawatan sampingan yang mungkin membantu anda mengatasi lubang makular:

  • Memakai kata mata pelindung semasa bermain sukan atau menggunakan peralatan
  • Jika anda mengalami diabetes, kawal gula dalam darah anda dan selalu jumpa doktor
  • Dapatkan pemeriksaan mata secara berkala, terutamanya jika anda berisiko untuk mengalami lubang makular

Penting untuk mengetahui simptom-simptom lubang makular. Kenal pasti perkara ini apabila anda mengalami masalah mata dan segera dapatkan rawatan perubatan untuk menyelamatkan penglihatan anda.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Macular hole. https://nei.nih.gov/health/macularhole/macularhole   . Accessed March 3, 2017.

Macular hole.  http://emedicine.medscape.com/article/1224320-overview   . Accessed March 3, 2017.

Macular hole.  http://www.webmd.boots.com/eye-health/guide/macular-hole  . Accessed March 3, 2017

Versi Terbaru

27/11/2019

Ditulis oleh Fariha Zakaria

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Mata Juling VS Mata Malas: Benarkah Hanya Kanak-kanak Yang Berisiko Alaminya?

8 Mitos Berkenaan Kesihatan Mata Paling Popular! #5 Tu Boleh Percaya Ke?


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Fariha Zakaria · Disemak pada 27/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan