backup og meta

Jangan Gosok Mata Kalau Termasuk Habuk! Jika Tidak, Ini Yang Akan Jadi!

Jangan Gosok Mata Kalau Termasuk Habuk! Jika Tidak, Ini Yang Akan Jadi!

Bendasing dalam mata boleh terjadi bila-bila masa sahaja. Debu, kotoran, dan partikel-partikel kecil yang ditiup angin boleh termasuk ke dalam mata.

Apabila ia terjadi, mata akan mulai berair dan pedih sehingga boleh mengganggu mood mahupun aktiviti anda, cubaan untuk keluarkan juga mungkin susah kerana ia sukar dilihat oleh mata kasar.

Dalam artikel ini, anda akan pelajari bagaimana cara mengeluarkan bendasing dalam mata, dan juga bila masanya untuk mendapatkan bantuan perubatan.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mata, sila dapatkannya di sini. 

Punca-punca termasuk bendasing dalam mata

Bendasing yang paling biasa termasuk ke dalam mata, antaranya ialah:

  • Bulu mata
  • Lendiran kering
  • Kotoran dan pasir
  • Habuk
  • Kanta lekap yang hilang
  • Zarah logam atau kaca
  • Alat solek

Kotoran, pasir, dan debu biasanya memasuki mata melalui angin, sementara logam atau kaca biasanya terjadi ketika individu mengalami kemalangan ketika bekerja menggunakan alatan atau bahan tertentu.

Apa sahaja bendasing yang memasuki mata dengan tiba-tiba mampu menimbulkan risiko kecederaan mata.

Baca juga:

Tanda-tanda mata termasuk bendasing

bendasing dalam mata

Tanda-tanda yang biasa terjadi apabila termasuknya bendasing dalam mata adalah kerengsaan, kemerahan, kesakitan, dan mata berair.

Menggosok mata boleh menyebabkan ia bertambah teruk kerana mampu mencalar kornea, selaput luar yang tidak berwarna.

Selain itu, mempunyai sesuatu yang termasuk ke dalam mata mungkin boleh menjadi gangguan terhadap penglihatan atau menyakitkan.

Justeru, sesiapa yang mengalami kesakitan mata yang teruk atau perubahan penglihatan harus segera berjumpa doktor.

Kewujudan objek asing pada mata boleh menyebabkan gejala-gejala berikut:

Bendasing dalam mata juga boleh menyebabkan pendarahan subkonjunktiva, atau pendarahan di bahagian putih mata.

Kondisi ini secara umumnya tidak memerlukan rawatan perubatan dan dapat diselesaikan sendiri dalam 2 sehingga 3 minggu, tetapi lebih baik anda berjumpa doktor agar dapat mengelak daripada berlakunya kecederaan mata yang lain.

Cara-cara mengeluarkan bendasing dalam mata

Untuk mengeluarkan bendasing dalam mata, pastikan ia dilakukan dengan sangat berhati-hati agar kerengsaan tidak bertambah teruk.

Untuk mengeluarkannya daripada mata, cuba berkedip jika bendasing yang masuk adalah habuk kecil.

Namun sekiranya berkedip tidak dapat mengeluarkannya, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:

  • Basuh tangan dengan sabun dan air bersih. Keringkan tangan bagi mengelakkan penyebaran bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan mata
  • Gunakan cermin untuk mencari lokasi bermasalah. Cara terbaik untuk melakukannya adalah dengan melihat ke atas dan ke bawah, kemudian ke kiri dan ke kanan
  • Titiskan cecair pada mata yang terjejas
  • Semasa mata berada di dalam air yang dilalukan, berkedip beberapa kali untuk mengeluarkan bendasing dalam mata

Setelah objek tersebut tidak lagi berada di dalam mata, gunakan kain yang bersih untuk mengelap dan mengeringkan kulit di sekitar mata dengan lembut.

Berhati-hati semasa membuang serpihan mata dengan:

  • Mengelak daripada menggosok mata
  • Mengeluarkan sebarang kanta lekap sebelum cuba membuang serpihan
  • Mengelakkan penggunaan benda tajam
  • Mendapatkan rawatan perubatan sekiranya objek tersebut besar

Segera hubungi doktor, jika:

  • Bendasing tersekat di bebola mata (terutamanya kornea)
  • Keluar cecair atau berlaku pendarahan pada bebola mata
  • Bendasing memasuki mata dengan kelajuan tinggi
  • Objek tajam termasuk mata
  • Pertolongan cemas yang anda lakukan tidak berjaya mengeluarkan bendasing pada mata
  • Objek asing berjaya dikeluarkan, tetapi kerengsaan masih berlangsung lebih dari 2 jam

Langkah-langkah pencegahan

bendasing dalam mata

Tahukah anda, sekiranya sesuatu objek asing termasuk mata dalam kelajuan yang tinggi, kecederaan mata yang teruk boleh berlaku, termasuklah kehilangan penglihatan!

Oleh itu, sentiasa memakai pelindung mata terutamanya ketika berada di tempat kerja yang berisiko tinggi seperti individu yang bekerja di tapak-tapak pembinaan dan sebagainya.

Bukan hanya melindungi bahagian depan mata, pelindung mata yang baik juga harus melindungi bahagian sisi mata.

Gunakan cermin mata khas yang mempunyai pelindung sisi agar mata dapat dilindungi sepenuhnya ketika bekerja.

Sebaiknya, pakai alat pelindung mata apabila:

Rumusan

Sekiranya pada masa hadapan kemalangan berlaku dan mata anda termasuk objek asing, usah panik!

Lakukan langkah-langkah yang telah dikupas di atas dan paling penting, pastikan anda mencuci tangan sebelum menyentuh mata terlebih dahulu.

Pun begitu, sekiranya objek tersebut besar dan tajam, jangan berlengah dan segera pergi ke klinik atau hospital berdekatan untuk mendapatkan bantuan yang lebih pakar, jangan cuba keluarkan sendiri pula ya!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Foreign object in the eye: First aid. https://www.mayoclinic.org/first-aid/first-aid/basics/art-20056645. Accessed on October 29, 2020.

Removal of Corneal Foreign Bodies. https://eyewiki.org/Removal_of_Corneal_Foreign_Bodies. Accessed on October 29, 2020.

Small objects in the eye: Overview. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK279584/. Accessed on October 29, 2020.

Foreign Body In Eye. https://www.health.harvard.edu/a_to_z/foreign-body-in-eye-a-to-z. Accessed on October 29, 2020.

Eye injuries – foreign body in the eye. https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/conditionsandtreatments/eye-injuries-foreign-body-in-the-eye. Accessed on October 29, 2020.

Versi Terbaru

02/11/2022

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

Kerap Cuci Tangan Guna Air & Sabun Satu SENJATA Utama Perangi COVID-19? Bukan Hanya Hand Sanitizer!

Vitreus Kabur (Vitreous Opacity)


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 02/11/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan