backup og meta

Normal Ke Kalau Zakar Bengkok Ke Bawah? Ini Faktanya Yang Para Lelaki Perlu Tahu!

Normal Ke Kalau Zakar Bengkok Ke Bawah? Ini Faktanya Yang Para Lelaki Perlu Tahu!

Ada lelaki yang punya zakar besar, kecil, sederhana, panjang, pendek dan ada juga yang mempunyai zakar bengkok ke bawah, bergantung kepada genetik individu itu.

Namun perkara inilah yang selalu menjadi kebimbangan lelaki kerana ia boleh mendatangkan kesan terhadap aspek kemampuan seksual mereka.

Bagaimana jika seorang lelaki itu memiliki zakar bengkok ke bawah? Adakah ia normal? Apakah yang perlu dilakukan?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Lelaki, anda boleh klik di sini.

Lelaki & zakar bengkok ke bawah

Seperti mana yang ramai sudah tahu, setiap lelaki dilahirkan dengan pelbagai saiz, bentuk dan jenis alat kemaluan.

Ada segelintir lelaki yang lahir dengan zakar bengkok ke bawah, zakar membentuk seakan huruf ‘C’, ke atas, melengkung ke kiri, ataupun ke kanan.

Ia adalah normal dan tiada apa yang kalian perlu risaukan kerana zakar anda tetap mampu berfungsi secara normal.

Akan tetapi, kebimbangan mungkin akan timbul sekiranya ereksi yang dialami itu menyakitkan lantas menjejaskan kehidupan di kamar tidur.

Jika lengkungan itu tidak terlalu teruk atau ketara, maka ia masih normal dan pengubahsuaian posisi seks harus dilakukan untuk memudahkan penetrasi.

Namun jika lengkungan itu terlalu teruk dan ketara, ia adalah petanda penyakit Peyronie yang sudah tentu akan menyukarkan kalian beraksi di ranjang.

zakar bengkok ke bawah

Zakar bengkok ke bawah petanda penyakit Peyronie?

Buat anda yang baru pertama kali mendengar penyakit Peyronie, ia adalah sejenis penyakit yang menyebabkan zakar membengkok ke tepi sama ada kiri atau kanan dengan sangat ekstrem.

Kebengkokan ini akan jelas kelihatan ketika alat sulit lelaki mengalami ereksi lantas menyukarkan proses kemasukan zakar ke faraj untuk tujuan penetrasi semasa seks.

Ia berpunca akibat parut atau plak yang terbentuk di dalam kulit zakar lantas menyebabkan alat kemaluan lelaki membengkok ketika membesar atau menegang.

Selain menyebabkan zakar membengkok, ia juga mengakibatkan kesakitan semasa mengalami ereksi.

Oleh itu, sila berjumpa doktor segera untuk konsultasi dan rawatan lanjutan jika ia berlaku kepada anda.

Zakar bengkok ke bawah itu boleh diluruskan?

Pun begitu, wajarlah untuk kalian tahu bahawa kebengkokan pada alat kemaluan lelaki ini tidak semestinya petanda penyakit Peyronie.

Ada yang disebabkan oleh genetik semata-mata dan tidak langsung akan mengganggu fungsi perkumuhan atau pembiakan seorang lelaki.

zakar bengkok ke bawah

Persoalannya, adakah zakar bengkok boleh diluruskan?

Jawapannya adalah ya, boleh. Zakar yang bengkok boleh diluruskan semula dengan perubatan atau pembedahan mengikut saranan doktor.

Kebiasaannya, doktor tidak akan mengesyorkan anda untuk melakukan apa-apa urutan atau rawatan kerana ia adalah normal dan boleh sembuh dengan sendiri.

Berikut adalah ciri-ciri zakar bengkok yang normal:

Namun sekiranya ia mendatangkan apa-apa kesan sampingan, doktor akan menyarankan anda sesuatu.

Cara meluruskan Mr. P yang bengkok ke bawah!

Pertama sekali, penderita mungkin akan diberikan ubatan atau suntikan seperti:

  • Pentoxifylline
  • Para-aminobenzoat
  • Verapamil
  • Kolagenase

Sekiranya pengambilan ubatan atau suntikan ini masih tidak mendatangkan sebarang kesan positif, maka doktor akan mencadangkan agar pembedahan dilakukan.

Namun harus diingat bahawa pembedahan ini hanya akan dilakukan kepada lelaki yang tidak dapat melakukan hubungan seks kesan daripada penyakit Peyronie.

zakar bengkok ke bawah

Berikut adalah prosedur pembedahan umum yang dilakukan:

#1. Menjahit sisi zakar yang lebih panjang (sisi tanpa parut atau plak)

Harus diingatkan bahawa prosedur ini mungkin akan membuat alat sulit menjadi lebih pendek dan dalam beberapa kes, mati pucuk.

#2. Transplan (insisi atau eksisi)

Prosedur ini akan dilakukan untuk memperbaiki kondisi alat sulit bengkok yang terlalu teruk dan ketara sahaja.

#3. Implan pada zakar

Implan akan disuntik masuk ke dalam zakar bagi menggantikan parut atau plak yang dipenuhi darah semasa ereksi.

Jenis pembedahan yang akan dilakukan adalah sangat bergantung kepada tahap keterukan kebengkokan alat kemaluan seorang lelaki.

Bagaimana dengan rawatan tradisional? Sehingga kini, masih tiada kajian yang kata urutan seperti ‘jelqing’ mampu untuk menyelesaikan masalah ini.

Oleh itu, sila berjumpa doktor untuk konsultasi dan rawatan lanjutan yang lebih sahih dan selamat!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. What is Peyronie’s Disease? https://www.urologyhealth.org/urologic-conditions/peyronies-disease. Accessed Nov 9, 2021.
  2. Is it normal to have a curved penis? https://www.nhs.uk/common-health-questions/mens-health/is-it-normal-to-have-a-curved-penis/. Accessed Nov 9, 2021.
  3. Bent penis, https://www.beaconhealthsystem.org/library/symptoms/bent-penis?content_id=SYM-20050628, Accessed Nov 9, 2021.
  4. Bent penis. https://www.mayoclinic.org/symptoms/bent-penis/basics/when-to-see-doctor/sym-20050628. Accessed Nov 9, 2021.
  5. Peyronie’s Disease. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/10044-peyronies-disease. Accessed Nov 9, 2021.

Versi Terbaru

14/08/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Lelaki Ingin Zakar Lebih Sihat? Boleh Cuba 7 Langkah Dalam Teknik Urutan Jelqing!

Alamak, Betul Ke Kerap Beronani Punca Zakar Mengecil? Jaga-Jaga Dengan 4 Sebab Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 14/08/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan