backup og meta

Mahu 'Senjata Lelaki' Anda Lebih Power & Mantap, Cara Mudah Dengan Buat Urutan Jelqing!

Mahu 'Senjata Lelaki' Anda Lebih Power & Mantap, Cara Mudah Dengan Buat Urutan Jelqing!

Anda tahu tak apa itu urutan jelqing? Mari kami kongsikan maklumat ini untuk anda.

Penulis yakin kemampuan dan kekuatan ‘senjata lelaki’ iaitu zakar adalah satu aset yang paling bernilai buat semua kaum Adam di luar sana.

Selain saiz yang besar, ereksi yang lama serta ejakulasi yang lambat juga pasti diimpikan mereka terutamanya yang bernama suami.

Disebabkan itu, pelbagai kaedah tidak kira moden atau tradisional akan dilakukan oleh kaum Adam demi mencapai impian mereka ini.

Antara yang paling popular adalah urutan jelqing! Namun ada yang kata ia boleh dan perlu dilakukan dengan bantuan sapuan aloe vera?

Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu dengan lebih mendalam lagi.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkannya di sini. 

Apa itu urutan jelqing?

Sebelum itu, adalah wajar untuk kita semua tahu tentang definisi perkara ini terlebih dahulu.

Buat anda yang mungkin belum tahu, urutan jelqing adalah salah satu daripada teknik urut zakar yang paling popular dan melibatkan urutan serta regangan alat sulit lelaki (mirip seperti beronani).

Urutan ini sebenarnya akan mengakibatkan kekoyakan skala mikro pada tisu dalaman zakar agar pengaliran dan peredaran darah yang kaya dengan nutrien dapat dilancarkan dengan lebih baik.

Kesannya, ia mungkin dapat membantu alat kemaluan lelaki mengalami ereksi dan ejakulasi yang lebih hebat!

Ia dilakukan dengan cara membuat tangan anda seperti tanda jari ‘OK’ dan masukkan zakar anda di tengahnya.

Perkara penting untuk kalian ingat adalah ia hanyalah sekadar urutan dan tidak perlu disudahi dengan melancap.

Bagaimana cara urutan jelqing?

urutan jelqing

Seperti mana yang kami telah nyatakan di atas tadi, cara melakukannya adalah seakan sama seperti beronani tapi tidak disudahi dengan pancutan air mani.

Buat anda yang mungkin mahu mencubanya, berikut adalah rutin yang kalian perlu praktikkan:

  1. Sapu cecair pelincir yang berasaskan air pada zakar anda.
  2. Bentuk tangan anda menggunakan jari telunjuk dan ibu jari (tanda jari ‘OK’).
  3. Genggam zakar anda di bahagian yang paling dekat dengan perut (tunjang zakar).
  4. Urut zakar anda perlahan-lahan dari bahagian pangkal hingga ke hujung zakar dan ulanginya.
  5. Guna kedua-dua belah tangan agar risiko zakar bengkok dapat dielakkan.

Buat anda yang tertanya-tanya, teknik urutan jelqing ini adalah sangat bagus untuk dipraktikkan terutamanya buat mereka yang mengalami masalah tewas awal di kamar tidur.

Jangan salah sangka ia sebagai satu tabiat yang buruk pula kerana ia adalah sekadar satu urutan atau senaman dan bukannya menyerupai perbuatan melancap yang banyak mudarat.

Pun begitu, para doktor mungkin akan menasihati anda untuk mengelakkannya ekoran terdapat risiko kerosakan struktur dalam tisu-tisu zakar jika ia dilakukan dengan cara yang salah.

Justeru sila dapatkan pandangan pakar perubatan terlebih dahulu jika anda ingin cuba melakukannya okay!

Bolehkah ia dilakukan dengan bantuan sapuan aloe vera?

Baiklah, sekarang kita semua sudah tahu bahawa perbuatan ini mungkin berkesan membuat zakar menjadi lebih hebat namun ada risikonya yang tersendiri.

Berbalik kepada persoalan utama artikel ini iaitu bolehkah ia dilakukan dengan bantuan sapuan aloe vera?

Seperti yang kami katakan di atas tadi, urutan jelqing ini perlu dimulakan dengan menyapukan cecair pelincir terlebih dahulu.

Cecair pelincir yang dimaksudkan adalah berupa air atau minyak yang biasa digunakan sebagai pelincir ketika hubungan seks.

Ini bermakna segala jenis pelincir yang selamat seperti minyak lintah atau minyak belacak; ini antara jenis pelincir yang terbaik.

Bagaimana pula dengan aloe vera? Ya, ia memang mempunyai banyak khasiat terhadap kesihatan tubuh badan kita!

Jawapannya adalah mungkin boleh, kerana gel aloe vera yang asli adalah selamat untuk digunakan sebagai pelincir penetrasi zakar ke dalam faraj ketika hubungan seks.

Pun begitu, sehingga kini masih belum ada kajian yang mengatakan anda boleh dan perlu melakukan urutan jelqing dengan bantuan sapuan lidah buaya ini.

Urutan zakar adalah sesuatu yang penting?

urutan jelqing

Sebenarnya, urutan zakar seperti jelqing ini adalah salah satu alternatif yang mungkin boleh dicuba untuk membantu tahap kesihatan dan kekuatan zakar anda.

Namun ia tidak sewajarnya dijadikan pilihan utama kerana terdapat risiko yang tersembunyi jika anda salah cara melakukannya.

Antara perkara yang boleh berlaku adalah kekoyakan dan kerosakan tisu-tisu yang terdapat di dalam zakar lelaki.

Disebabkan itu, pakar selalunya akan menyarankan anda untuk beralih kepada cara perubatan yang moden sahaja.

Antara kaedah yang paling popular disarankan oleh doktor jika ada lelaki yang mengadu mempunyai masalah alat sulit adalah dengan pengambilan ubatan sildenafil.

Untuk pengetahuan anda, ia adalah sejenis ubatan yang mampu melancarkan aliran darah pada zakar sekali gus menyelesaikan masalah ereksi lemah atau ejakulasi pramatang.

Dalam pada itu, ia juga adalah salah satu alternatif terbaik buat mereka yang ada masalah mati pucuk.

Adakah anda ingin cuba urutan jelqing menggunakan aloe vera? Boleh, tapi sila berkonsultasi dengan doktor dulu ya!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Aloe vera. https://www.nccih.nih.gov/health/aloe-vera. Accessed Sep 7, 2020.
  2. How does jelqing work guide penis exercise technique. https://www.penissizes.org/how-does-jelqing-work-guide-penis-exercise-techniques-and-results. Accessed Sep 7, 2020.
  3. What is jelqing does it work. https://www.issm.info/sexual-health-qa/what-is-jelqing-does-it-work/Accessed Sep 7, 2020.
  4. Penis exercise. https://doctorlib.info/health/penis-exercises/23.html. Accessed Sep 7, 2020.
  5. What are jelqs. https://www.paisley.org.uk/2019/03/what-are-jelqs/Accessed Sep 7, 2020.
  6. Jelqing. https://www.drfelix.co.uk/health-center/jelqing/Accessed Sep 7, 2020.

Versi Terbaru

09/01/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Alamak, Betul Ke Kerap Beronani Punca Zakar Mengecil? Jaga-Jaga Dengan 4 Sebab Ini!

Apa Akan Terjadi Kepada Zakar Bila Usia Meningkat? No.5 Itu Macam Menakutkan!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 09/01/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan