backup og meta

Ada Kepala Zakar BENGKAK? Ini 7 Punca Sebenarnya!

Ada Kepala Zakar BENGKAK? Ini 7 Punca Sebenarnya!

Kewujudan benjolan tidak normal di mana-mana bahagian tubuh badan sudah pasti akan buat kita risau termasuklah jika ada benjolan atau kepala zakar bengkak.

Bagi orang lelaki, kewujudan benjolan pada alat sulit mungkin adalah sebuah indikator yang menunjukkan mereka mengalami masalah berkaitan dengannya.

Benar, masalah tersebut juga akan dikategorikan sebagai ringan, sederhana atau teruk bergantung kepada puncanya. Jom teruskan membaca artikel untuk tahu!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkannya di sini.

Punca kepala zakar bengkak

Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa punca sebenar benjolan di kepala zakar lelaki iaitu:

#1. Ketuat

Ketuat yang wujud pada alat sulit kebiasaannya disebabkan oleh human papillomavirus (HPV) dan merupakan penyakit jangkitan kelamin (STD) paling umum.

Selain pada kepala alat sulit lelaki, ketuat yang berwarna seakan sama dengan kulit ini juga boleh timbul di mana-mana bahagian zakar, punggung, paha atau ari-ari.

Sekiranya benjolan-benjolan ketuat ini timbul berdekatan, maka ia boleh bercantum dan berbentuk lebih besar selain mendatangkan rasa gatal atau sakit.

Cara untuk merawat ketuat ini adalah dengan mengambil ubatan sapuan daripada doktor atau membuangnya melalui prosedur pembedahan laser atau minor.

kepala zakar bengkak

#2. Kelenjar Tyson

Kelenjar Tyson adalah sejenis kondisi di mana wujudnya kelenjar kecil pada mana-mana bahagian di frenulum, yang merupakan gabungan tisu pada bawah zakar.

Ia mungkin akan menyebabkan wujudnya benjolan, sekali gus menjadi punca kepala zakar bengkak. Namun, anda tidak perlu risau kerana ia adalah tidak berbahaya dan tiada rawatan untuknya.

#3. Psoriasis

Seperti mana yang kebanyakan kita semua sudah tahu, psoriasis adalah sejenis kondisi kulit yang boleh berlaku pada seluruh tubuh badan termasuklah zakar.

Sekiranya ia berlaku pada anda, maka alat sulit mungkin akan timbul benjolan berwarna merah dan bersaiz kecil pada bahagian kepala ataupun batang zakar.

Untuk merawatnya, anda boleh mengambil ubatan sapuan seperti krim kortikosteroid berdos rendah bagi mengurangkan rasa gatal, sakit dan keradangan.

Kepala zakar bengkak#4. Herpes

Antara lain penyakit jangkitan kelamin yang kerap berlaku adalah herpes yang disebabkan oleh herpes simplex virus (HSV) dan tersebar melalui aktiviti seksual.

Ia akan menyebabkan timbulnya benjolan berwarna merah dan bersaiz kecil atau nanah serta ulser yang akan timbul selepas benjolan tersebut telah pecah.

Apa yang anda perlu buat jika mengalaminya adalah jangan sesekali sentuh benjolan terbabit dan pastikan kawasan yang terjejas sentiasa kering dan bersih.

Meskipun masih tiada penawar untuknya, anda boleh mengambil ubatan antiviral untuk membunuh virus selain mengurangkan simptom dan waktu jangkitan.

kepala zakar bengkak

Kepala zakar bengkak #5. Sifilis

Merupakan kondisi yang paling popular berkaitan benjolan pada zakar, sifilis juga adalah sejenis penyakit jangkitan kelamin yang berpunca daripada bakteria.

Sebenarnya, ramai lelaki yang pernah atau sedang mengalaminya tanpa sedar kerana ia boleh berlaku mengikut tahap daripada ringan, sederhana sehingga teruk.

Jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan, ia mungkin akan menyebabkan komplikasi berbahaya bukan pada alat sulit sahaja malah pada jantung dan otak.

Disebabkan itu, adalah penting untuk anda ambil ubatan antibiotik atau suntikan secara berkala untuk mengelak daripada kondisi ini terus menjadi lebih teruk lagi.

#6. Lichen sklerosus

Lichen sklerosus adalah kondisi kulit yang menyebabkan munculnya benjolan berwarna putih dan bersaiz kecil yang biasa timbul pada alat sulit dan punggung.

Benjolan yang boleh muncul dengan banyak ini pula akan menjejaskan penampilan selain menyakitkan ketika melakukan hubungan seksual dengan pasangan.

Ia adalah lebih berisiko untuk mereka yang tidak bersunat. Jadi, berkhatan adalah salah satu cara untuk mencegah selain merawat ia dengan ubatan sapuan.

Baca juga:

#7. Kanser, antara penyebab kepala zakar bengkak

Paling menakutkan, benjolan di kepala alat sulit mungkin juga adalah petanda anda menghidap kanser zakar meskipun kondisi ini adalah amat jarang terjadi.

Selain timbul benjolan, terdapat beberapa lagi simptom kanser zakar yang lain termasuklah:

  • Perubahan warna kulit zakar
  • Perubahan tebal kulit zakar
  • Timbul ruam di bawah kulup
  • Zakar membengkak dan meradang
  • Zakar berbau dan berdarah

kepala zakar bengkak

Sekiranya ada simptom-simptom ini pada anda, segera berjumpa doktor untuk berbincang kaedah rawatan yang kebiasaannya akan mengikut tahap kanser tersebut.

Jika ia masih di peringkat awal, rawatan seperti terapi kemo dan terapi radiasi boleh anda cuba. Jika sudah lewat, maka pembedahan mungkin perlu dijalankan.

Konklusinya, isu kepala zakar bengkak itu mungkin bukan sekadar ketuat namun juga bukan penyakit kanser kerana terdapat banyak kondisi lain lagi.

Jadi, sila segera berjumpa doktor untuk berkonsultasi dan berkomunikasi sekiranya wujud sebarang ketidaknormalan yang anda perasan berlaku pada alat sulit.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. What is this lump on my penis?, https://www.nhs.uk/common-health-questions/mens-health/what-is-this-lump-on-my-penis/, Accessed Nov 1 2021.
  2. Red spots? Fleshy bumps? When to worry about spots on the penis, https://patient.info/news-and-features/red-spots-fleshy-bumps-when-to-worry-about-spots-on-the-penis, Accessed Nov 1 2021.
  3. Causes of penis lumps, https://www.news-medical.net/health/Causes-of-penis-lumps.aspx, Accessed Nov 1 2021.
  4. Penis lumps, https://www.healthymale.org.au/mens-health/penis-lumps, Accessed Nov 1 2021.
  5. Penile appearance, lumps and bumps, https://www.racgp.org.au/afp/2013/may/penile-appearance/, Accessed Nov 1 2021.

Versi Terbaru

15/05/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

7 Punca Zakar Rasa Sakit Semasa Seks, Orang Lelaki Kena Peduli

Hati-hati Jika Zakar Selalu Sakit Selepas Bersama, Itu Mungkin Petanda Masalah Kesihatan Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan