Melancap atau beronani seringkali dianggap sebagai perbuatan yang tidak senonoh. Namun sebenarnya, terdapat beberapa fakta tentang onani yang bakal memeranjatkan anda.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkannya di sini.
Fakta tentang onani
Kebanyakan individu mempercayai onani atau melancap bukan sahaja mampu menjatuhkan reputasi dan imej pelaku, malahan juga boleh merosakkan minda.
Tetapi fakta tentang onani yang mungkin tidak diketahui adalah tabiat tersebut berkemungkinan tidak akan mendatangkan apa-apa kecederaan dan kerosakan fizikal atau psikologi.
1. Selain manusia, spesies lain juga beronani
Anda mungkin menyangka bahawa hanya manusia yang beronani. Ia adalah tidak benar kerana spesies lain seperti burung, monyet dan kuda juga melakukannya.
Ia mungkin berbunyi agak aneh tetapi mereka juga akan beronani untuk memuaskan keinginan seksual mereka.
2. Berapa kerap individu beronani secara purata?
Menurut kajian yang terbaharu, lelaki terutamanya yang masih remaja lebih gemar beronani berbanding wanita.
Antara fakta tentang onani yang tidak diketahui adalah kebanyakan wanita tidak akan mempunyai tabiat ini sehinggalah lewat remaja dan awal 20-an, di mana mereka sudah cukup matang untuk melakukan seks.
Namun begitu, wanita melakukannya bukan semata-mata untuk memuaskan nafsu sebaliknya hanya ingin menerokai tubuh badannya.
Secara puratanya, wanita akan melakukan onani sekurang-kurangnya 5 kali sebulan manakala lelaki melakukannya sekitar 12 kali sebulan.
Baca juga: