backup og meta

Mitos Mengenai Mati Pucuk (ED)

Mitos Mengenai Mati Pucuk (ED)

Pepatah mengatakan, jika anda mahu bercinta, cintailah dengan sepenuh hati. Begitu juga saat pasangan mahu bersama dan malangnya kekerasan tidak tercapai. Anda harus bertenang dan berusaha lebih keras lagi. Tetapi jika anda masih gagal walaupun setelah banyak rangsangan diberikan, dapatkanlah bantuan dan nasihat daripada doktor. Ini kerana, pada hakikatnya masalah disfungsi ereksi yang dihadapi itu atau lebih mudah dikenali sebagai mati pucuk adalah keadaan biasa yang dialami oleh kebanyakan lelaki. Walaupun begitu, usah bimbang. Dengan bantuan pakar perubatan, masalah seksual lelaki ini senang dirawat. Mungkin anda pernah mendengar pelbagai mitos mengenai disfungsi ereksi dan rawatannya, namun adakah ia sahih atau sekadar kepercayaan yang salah?

Memahami tentang mati pucuk 

Mati pucuk (ED) adalah gangguan biasa yang mempengaruhi kemampuan lelaki untuk mengekalkan ereksi bagi tempoh tertentu demi kepuasan aktiviti seksual dengan pasangan anda. Menurut James H. Barada (Dr. Barada), terdapat pelbagai faktor psikologi yang menyumbang kepada keadaan ini. [1] Lama kelamaan, masalah disfungsi ereksi ini akan bertambah teruk sehingga kerap menjejaskan hubungan seksual anda. Keadaan mati pucuk ini boleh mencapai tahap di mana seorang lelaki langsung tidak akan dapat mengalami ereksi sepanjang masa. Situasi ini biasanya akan didiagnosis sebagai disfungsi ereksi lengkap.

Menurut Program Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019, 3 daripada 10 lelaki mengaku mereka mempunyai kesukaran untuk mengekalkan ereksi tegang – kalau ini perlu dikategorikan mengikut umur, setinggi 25.2% lelaki di dalam usia 30 – 59 tahun dan 64.1% lelaki berumur lebih daripada 60 tahun menderita dari masalah mati pucuk. Ini bermakna anda tidak bersendirian. Bahkan, terdapat sekitar 100 juta individu di seluruh dunia berdepan keadaan yang sama seperti anda.

Disfungsi ereksi BUKAN hanya masalah orang tua[2]. Mitos bahawa disfungsi ereksi ini hanya berlaku kepada individu lelaki berusia adalah tidak benar. Lelaki di bawah umur 40 tahun juga berdepan risiko kecenderungan untuk mengalaminya. Ini kerana ED boleh mempengaruhi lelaki pada semua peringkat umur dengan faktor yang berbeza. Oleh itu, jangan tunggu sehingga anda berusia 60 tahun baru mendapatkan rawatan. Sebaik sahaja anda mengesan masalah ini, terus melakukan pemeriksaan dan mendapatkan rundingan doktor pada peringkat awal.

Ada yang mengatakan masalah disfungsi ereksi ini tidak boleh dirawat, sekali lagi ia kepercayaan yang salah! Hakikatnya, terdapat terapi yang boleh membantu merawat dan mengatasi masalah seksual lelaki ini.

Disfungsi ereksi BUKAN hanya isu psikologi. Apabila anda mengalami disfungsi ereksi dan bimbang ia akan berlaku lagi, ia akan membawa kepada tekanan jiwa dan menyebabkan masalah ini berkekalan. Namun begitu, disfungsi ereksi juga berasal daripada masalah fisiologi, dan boleh dalam kombinasi[4]. Ia biasanya melibat masalah dengan pengaliran darah dalam zakar apabila ereksi gagal. Terdapat banyak faktor [5] yang menyumbang kepada aliran darah yang lemah, seperti ubat-ubatan, merokok, penggunaan alkohol, atau penyakit seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis. Disfungsi ereksi boleh menjadi tanda amalan awal untuk keadaan kesihatan yang serius.

Ketahui cara atasi disfungsi ereksi

Gagal di kamar tidur pastinya perkara yang ingin dihindari. Malah, sudah tentu anda mahukan pengalaman dan kepuasan seksual optimum yang menggembirakan kedua-dua pihak, kan? Oleh itu, menyedari bahawa anda mengalami mati pucuk adalah langkah pertama ke arah pemulihan. Setelah berjaya melepasi tahap ini, sila bersikap terbuka untuk membincangkan masalah itu dengan doktor bagi menetapkan rawatan untuk keadaan anda.

Kajian menunjukkan bahawa ubat oral seperti perencat PDE-5 (PDE-5i) telah mengubah pendekatan merawat masalah disfungsi ereksi kerana ia mengurangkan prosedur yang lebih invasif [3]. Selain menawarkan lelaki kaedah yang lebih senang dan berkesan untuk merawat mati pucuk, kaedah ini juga mudah digunakan. Preskripsi ubatan ini adalah bergantung kepada keadaan atau kes yang dialami individu. Biasanya ia akan melibatkan faktor-faktor berbeza seperti kaedah pengambilan ubat, jangka masa tindakan ubat, kos, kesan sampingan serta langkah berjaga-jaga [3]. Walau bagaimanapun, penggunaan terapi oral PDE-5i ini masih memerlukan rangsangan seksual untuk mencapai ereksi tegang.

Ubat terapi oral boleh diambil sebelum anda ingin melakukan hubungan seksual.  PDE-5i telah ditemui selama beberapa dekad dan terbukti keberkesanannya dalam pengawalan disfungsi ereksi kepada ramai lelaki tanpa mengira peringkat umur, dan bertoleransi dengan baik umumnya. Untuk mengenali PDE-5i dengan lebih rapat, sila bercakap dengan pakar perubatan anda.

Masalah seksual lelaki yang melibatkan disfungsi ereksi akan menjadi sejarah lalu dan anda akan dapat mengekalkan ereksi untuk jangka masa yang lebih lama. Ini tentunya berita yang menggembirakan!

Rangsangan seksual masih diperlukan bagi mendapat hasil yang diingini. Jangan lupa untuk melibatkan pasangan anda dalam sesi terapi dan penilaian susulan. Yang paling penting, anda harus cuba mendapatkan rawatan dengan melepaskan kerisauan anda, mana tahu mungkin hasilnya boleh mengejutkan anda dan menggembirakan.

Ingat! Disfungsi ereksi adalah keadaan yang biasa dan ia boleh dirawat.

Jika anda mahu tahu dengan lebih lanjut tentang masalah Disfungsi Ereksi atau mahu ambil Kuiz Kekerasan Zakar, klik sini!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

All been retrieved on September 19, 2020 from

[1] https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/erectile-dysfunction/symptoms-causes/syc-20355776

[2] https://www.huffingtonpost.co.uk/entry/the-most-common-and-misleading-myths-about-erectile-dysfunction_uk_5b324d83e4b0b745f177fa22?guccounter=1&guce_referrer=aHR0cHM6Ly93d3cuZ29vZ2xlLmNvbS8&guce_referrer_sig=AQAAAHnUcto0uxlbxtZFhGWt1kwEOgw3SJi7j0RZietzb8RdO9iw6eFH-YDvI_dMmR8tZb47xySJF5l-BbH5U-nLOuga0FNXDwPrYbsRF1ZGrZKVN8cH-SsWnEpDgEvFoRiSAMHK5OveHI_R43X-EIKcwewWXX4q3NzKlyVr5SJUzqks

[3] http://www.acadmed.org.my/view_file.cfm?fileid=211#:~:text=The%20prevalence%20of%20moderate%20to,40%20and%20above%20(5).

[4] https://www.bostonmedicalgroup.com/myths-and-facts/erectile-dysfunction/

[5] https://www.webmd.com/erectile-dysfunction/myths-and-facts-about-erectile-dysfunction#1

Versi Terbaru

14/02/2023

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Elak Zakar Layu Di Ranjang, Jadi Ambil Viagra? Ini Caranya Agar Tak Lebih Dos!

Tidak Hanya Besarkan Kemaluan, Vakum Zakar Juga Boleh Rawat Mati Pucuk?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 14/02/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan