backup og meta

6 Manfaat Kunyit Hitam Buat Kaum Lelaki, Betul Ke Boleh Rawat Mati Pucuk?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 09/05/2024

6 Manfaat Kunyit Hitam Buat Kaum Lelaki, Betul Ke Boleh Rawat Mati Pucuk?

Umumnya, kunyit merupakan herba dengan warna kuning atau oren tetapi tahukah anda ada juga jenis yang berwarna hitam? Jangan tidak tahu, mungkin wujud banyak khasiat kunyit hitam terhadap individu terutama untuk orang lelaki!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Lelaki, anda boleh klik di sini.

Apa yang dimaksudkan dengan kunyit hitam?

Sama seperti adik-beradiknya iaitu kunyit kuning dan oren, kunyit hitam (Curcuma Caesa) juga telah lama digunakan sebagai salah satu daripada herba yang amat popular dalam dunia perubatan tradisional.

Berasal dari negara India, herba ini turut terkenal di benua Nusantara termasuk di negara kita Malaysia kerana ia sering kali digunakan dalam masakan orang kita, ekoran rasa dan aroma yang dibawakan.

Terdapat 2 bahan aktif di dalam kunyit hitam yang ramai pakar percaya bagus untuk tubuh badan manusia iaitu:

  • Kurkumin – Sejenis kandungan bahan kimia yang larut di dalam larutan organik tetapi tidak larut di dalam air
  • Methoxyflavon – Sejenis kandungan bioaktif fitokimia yang amat unik dan sukar dijumpai dalam tumbuhan lain

khasiat kunyit hitam

Sumber: Health Jade

Dalam pada itu, mungkin ada beberapa lagi bahan di dalam herba ini yang baik bagi kesihatan individu. Namun, ramai individu yang kata bahawa khasiat kunyit hitam untuk lelaki itu ada banyak. Adakah ia benar?

Ada banyak khasiat kunyit hitam untuk lelaki!

Mungkin ramai yang tidak akan percaya jika kami kata herba ini mampu mendatangkan manfaat kepada orang lelaki lebih-lebih lagi bagi membantu menyelesaikan apa-apa masalah berkaitan seksualiti mereka.

Walaupun ia masih memerlukan kajian lanjut, namun berikut merupakan beberapa dakwaan manfaat kunyit hitam kepada kaum Adam:

#1. Boleh membantu merawat mati pucuk

Menurut penelitian yang dijalankan di Florida, Amerika Syarikat pada tahun 2018, pengambilan ubat atau suplemen dengan formula ekstrak kunyit hitam mungkin dapat membantu merawat masalah mati pucuk.

Kajian itu melibatkan responden lelaki pertengahan usia (50 hingga 69 tahun), mengambil sebanyak 100 mg formulasi ekstrak herba ini pada setiap hari selama 30 hari dan menunjukkan hasil yang positif.

Alasannya, kunyit hitam mengandungi bahan aktif yang dapat membantu membuat peredaran darah di dalam zakar lelaki menjadi lebih lancar sekali gus mungkin dapat menyelesaikan masalah disfungsi erektil!

khasiat kunyit hitam

Khasiat kunyit hitam #2. Meningkatkan libido

Kedua, herba ini dipercayai mampu membantu meningkatkan keinginan dan kemahuan seksual lelaki kerana ia juga merupakan salah satu daripada ramuan afrodisiak sama seperti herba tongkat ali dan lain-lain.

Meskipun ia mungkin cuma kesan plasebo, tetapi ramai yang percaya ia dapat membesarkan saiz zakar ketika sedang ereksi.

Khasiat kunyit hitam #3. Menambahkan tenaga

Ketiga, herba ini turut dipercayai dapat membantu meningkatkan tahap tenaga lelaki. Maka, tidak hairan jika kunyit hitam sangat popular dalam kalangan atlet sukan yang gemar mengambilnya sebelum bersukan.

Peningkatan tenaga itu dikatakan disebabkan oleh pengaktifan tisu adipos di dalam tubuh badan gara-gara herba ini.

#4. Bagus jika anda ada masalah sendi dan tulang

Masalah sendi dan tulang seperti osteoartritis atau osteoporosis adalah antara isu yang sering dialami oleh golongan lewat usia dan mungkin lebih kerap berlaku dalam kalangan orang lelaki berbanding kaum wanita.

Dengan pengambilan ekstrak kunyit hitam, ia akan dapat membantu tubuh badan mengurangkan penghasilan enzim punca kepada kekurangan atau ketiadaan kolagen pada bahagian sendi dan tulang yang bermasalah.

khasiat kunyit hitam

#5. Kesuburan lelaki juga boleh bertambah baik?

Lelaki yang mengalami masalah ketidaksuburan sangat disarankan untuk menjalani gaya hidup aktif dan mempunyai pelan diet sihat. Menariknya, pengambilan kunyit hitam dikatakan bagus untuk kesuburan lelaki.

Ini kerana ia tinggi antioksidan yang mampu membantu memberi kesan positif kepada genetik sperma kaum Adam!

#6. Kunyit hitam untuk kesihatan kelenjar prostat

Khasiat kunyit hitam untuk lelaki yang terakhir adalah ia dikatakan boleh menyihatkan kelenjar prostat! Menurut satu penelitian baru di Jerman, ia dipercayai dapat menurunkan risiko kanser prostat daripada berlaku.

Alasannya, pengambilan ekstrak kunyit hitam yang bersifat antikanser ini mampu membantu dalam membunuh sel-sel kanser di dalam tubuh badan khususnya di kelenjar prostat sekali gus mengelakkan masalah di atas.

Konklusinya, lelaki mungkin perlu belajar cara makan kunyit hitam dengan segera untuk mendapatkan manfaat di atas tadi. Pun begitu, kajian lanjutan masih perlu bagi memastikan dakwaan yang telah diperkatakan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 09/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan