home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Lelaki Usia 30-an, Ini 3 Masalah Kesihatan Paling Lazim Dialami, Risiko Nak Dapat Kanser Pun Tinggi!

Lelaki Usia 30-an, Ini 3 Masalah Kesihatan Paling Lazim Dialami, Risiko Nak Dapat Kanser Pun Tinggi!

Apabila menginjak ke angka 30, pasti kaum Adam akan mula rasa perbezaan pada tubuh badan, terutama dari aspek kesihatan lelaki.

Anda akan rasa cepat letih, sakit-sakit badan dan kurang bertenaga, lebih-lebih lagi jika anda mempunyai keluarga. Perhatian dan fokus anda pasti 100% tertumpu kepada mereka.

Lantas, lelaki yang berumur 30 tahun ini selalu mengabaikan diri dan tidak menitikberatkan soal kesihatan lelaki.

Sebagai pemimpin dan juga ketua keluarga, anda perlu ambil tahu soal kesihatan anda. Ikuti artikel ini untuk kenal pasti apakah masalah utama kesihatan lelaki ketika menginjak umur 30 tahun.

lelaki 30 an

1. Utamakan kesihatan lelaki dengan jaga jantung supaya kekal sihat

Perhatikan apa yang anda makan

Anda adalah apa yang anda makan (You are what you eat). Pada umur 30 tahun, anda perlu mula berasa risau tentang kadar kolesterol dalam badan.

Kadar kolesterol yang tinggi akan meningkatkan risiko untuk anda mendapat sakit jantung. Oleh itu, anda disarankan untuk memeriksa kadar kolesterol sekurang-kurangnya sekali dalam masa 5 tahun.

Lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Kurangkan makan makanan berminyak dan makanan segera lebih-lebih lagi jika keluarga anda mempunyai sejarah penyakit jantung.

Berhenti merokok

Man's hands breaking bunch of cigarettes Free Photo

Jika anda mempunyai tabiat merokok sewaktu anda berusia 20 tahun, inilah masa yang sesuai untuk anda menamatkan tabiat ini.

Pada umur ini, anda akan mempunyai risiko yang lebih besar untuk menghidap kanser dan sakit jantung. Jika anda masih mengamalkan tabiat yang sama, jantung anda akan merasai kesannya ketika anda mencecah umur 40 nanti.

Selalulah bersenam

Kepada kaum Adam yang gemar bersenam, tahniah! Jantung anda pasti akan berterima kasih kepada anda. Ibarat kereta yang selalu diservis, keadaan kesihatan anda mesti selalu dalam keadaan tip-top!

Tetapi, walaupun anda selalu bersenam, anda akan dapati diri anda sukar untuk turun berat badan. Pada umur 30-an, kadar metabolisme badan anda akan menjadi perlahan.

Inilah punca sebenar lelaki mula menjadi overweight semasa 30 tahun!

Ketika bersenam, lebihkan senaman yang bertujuan untuk membina otot. Jika selama ini anda banyak berjoging ataupun berbasikal, inilah masanya untuk anda cuba sesuatu yang baru seperti senaman untuk membina otot.

Senaman ini bukan sahaja mampu untuk mengekalkan berat badan anda dalam kategori ideal, tetapi mengurangkan risiko kanser dan juga obesiti.

2. Masalah kesihatan lelaki paling lazim, tapi jarang diperkatakan: isu kesuburan mula menghantui!

Masalah kesuburan? Saya masih muda!”

“Saya tak perlu risau pasal kesuburan, saya kan lelaki!”

Kepada kaum lelaki, harap maaf. Tetapi kenyataan lelaki akan kekal subur walaupun umur sudah lanjut adalah mitos semata-mata.

Mungkin anda akan menjadi lebih bergaya dan semakin hot, tetapi masalah kesuburan pasti akan hadir bersama-sama dengan peningkatan umur. Kenyataan ini benar kepada kedua-dua lelaki dan perempuan.

Apabila seorang lelaki mula berusia, kualiti sperma akan terjejas. Seorang lelaki mampu menghasilkan jutaan sperma setiap hari. Tetapi, ketika usia meningkat, bilangan sperma sihat akan menurun.

Keupayaan badan untuk menapis sperma yang buruk juga akan berkurang.

3. Ramai lelaki mula berisiko untuk menghidap kanser

testis lelaki

Kanser testis

Kanser testis merupakan sesuatu yang agak jarang berlaku. Namun, kanser ini adalah sangat biasa bagi golongan lelaki berumur 15 – 35 tahun.

Peluang untuk pesakit kanser testis untuk sembuh adalah tinggi. Walau bagaimanapun, penting untuk anda mengenal pasti faktor risiko untuk anda menghidapi kanser testis.

Jika anda ada sejarah kanser testis dalam keluarga, mempunyai testis yang tidak turun (undescended testis) ataupun mempunyai pertumbuhan testikel yang tidak normal (seperti Klinefelter syndrome), anda dinasihatkan untuk berjumpa pakar untuk nasihat lanjut.

Para lelaki juga disarankan untuk melakukan pemeriksaan sendiri kepada testis anda.

Sama seperti pemeriksaan sendiri payudara, jika anda mengesan sebarang abnormaliti pada testis seperti ketulan ataupun benjolan luar biasa, segeralah berjumpa doktor anda untuk pemeriksaan lanjut.

Kanser prostat

Kanser prostat bukanlah sesuatu yang merisaukan bagi lelaki yang berumur 30 tahun. Namun, seperti kanser-kanser lain, peluang untuk sembuh akan meningkat jika mendapat pengesanan awal.

Jika anda mengalami simptom seperti sukar untuk kencing, aliran air kencing yang tidak lancar, selalu ingin buang air kecil, ada darah dalam air kencing dan juga rasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil, ini mungkin merupakan tanda anda menghidap kanser prostat.

Jika anda mengalami gejala ini, segera berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.

Kesimpulan

Jika anda merupakan seorang lelaki yang sihat, semua penyakit di atas mungkin bukanlah sesuatu yang merisaukan bagi anda.

Bagi lelaki yang mula menginjak ke umur 30 tahun, pasti semua mahukan kesihatan yang baik lebih-lebih lagi yang sudah berkeluarga.

Pastikan anda kekal sihat supaya anda dapat memberikan yang terbaik kepada keluarga dan anak-anak anda.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

FDA. 2020. Tobacco Use and Men’s Health. April 5. https://www.fda.gov/tobacco-products/health-information/tobacco-use-and-mens-health.

Fertility Coalition. 2018. Fertility factors: Age. August 30. https://www.yourfertility.org.au/everyone/age.

Mayo Clinic . 2020. Testicular Cancer . April 4. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/testicular-cancer-care/symptoms-causes/syc-20352986.

Mayo Clinic. 2019. Prostate Cancer. April 17. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/prostate-cancer/symptoms-causes/syc-20353087.

Testicular Cancer Awareness Foundation. n.d. Monthly Testicular Self-Exams. https://www.testicularcancerawarenessfoundation.org/self-exam.

The University of Texas MD Anderson Cancer Center. 2018. Health tips for men in their 20s, 30s, 40s, 50s. March. https://www.mdanderson.org/publications/focused-on-health/Health-tips-for-men-20s-30s-40s-50s.h24-1592202.html.

 

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Fatin Zahra Disemak pada 12/07/2021
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman
x