backup og meta

16 Tanda Paras Gula Darah Anda Sedang Mencanak Naik, Jangan Sampai Melarat!

16 Tanda Paras Gula Darah Anda Sedang Mencanak Naik, Jangan Sampai Melarat!

Anda mungkin ingin tahu, berapakah berapa gula darah tinggi dan apakah gejala gula darah tinggi yang mungkin berlaku pada tubuh kita. Sebenarnya, ada beberapa perkara yang boleh berlaku akibatnya.

Kebanyakan daripada gejala yang berlaku ini tidak disedari oleh ramai orang pada awalnya dan menganggap ia sekadar perkara biasa.

Namun, itulah sebenarnya simptom atau gejala gula darah tinggi. Sila lihat apa yang kami sediakan mengenainya di bawah ini.  

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkannya di sini.

Hiperglisemia; keadaan penyebab gejala gula darah tinggi!

Keadaan gula darah tinggi atau juga disebut dengan nama hiperglisemia biasa berlaku dalam kalangan mereka yang menghidap diabetes.

Berapa bacaan gula tinggi berlaku apabila tubuh badan kita tidak menghasilkan insulin yang mencukupi untuk menyerap gula.

Ia juga boleh berlaku sekiranya tubuh badan tidak berkemampuan untuk menyerap insulin dengan sempurna atau memiliki kerintangan terhadap insulin.

Namun, bukan itu sahaja, hiperglisemia juga boleh menyerang mereka yang tidak mengalami diabetes.

Sebagai contoh, paras gula darah akan meningkat sekiranya anda sedang sakit atau berada dalam keadaan tertekan.

Sekiranya hiperglisemia ini terus berlaku tanpa sebarang rawatan, ia boleh menyebabkan komplikasi serius seperti masalah pada penglihatan, saraf dan juga sistem kardiovaskular.

Ini gejala gula darah tinggi yang patut anda beri perhatian

gejala gula darah tinggi
Simptom hiperglisemia.

Secara umumnya, anda tidak akan mengalami sebarang simptom sehinggalah pada ketika paras gula darah anda meningkat.

Simptom atau gejala juga akan berlaku seiring peredaran masa dan anda mungkin tidak menyedarinya.

Berikut adalah gejala gula darah tinggi yang mungkin berlaku pada anda:

  • Mengalami sakit kepala dan kesakitan lain
  • Berasa sukar untuk menumpukan perhatian
  • Kerap berasa sangat dahaga atau lapar
  • Berasa mengantuk atau keletihan
  • Penglihatan yang kurang jelas atau terganggu
  • Mempunyai mulut yang kering
  • Mengalami kembung perut
  • Kerap berasa ingin membuang air kecil
  • Luka lambat sembuh

Jika ia semakin serius, maka anda mungkin akan mengalami gejala gula darah tinggi berikut:

  • Mengalami sesak nafas
  • Nafas berbau seperti buah-buahan
  • Jantung berdegup kencang
  • Berasa keliru
  • Kerap muntah-muntah
  • Mengalami dehidrasi
  • Lebih teruk lagi, mengalami koma

Ini punca-punca penyebab gejala hiperglisemia mula muncul

Berikut adalah antara penyebab gula darah tinggi walaupun anda bukanlah seorang penghidap diabetes:

  • Mengambil terlalu banyak sumber karbohidrat dalam pemakanan
  • Mempunyai jangkitan penyakit
  • Sedang sakit
  • Sedang mengalami tekanan
  • Menjalani hidup yang kurang aktif seperti kurang bersenam
  • Sekiranya anda penghidap diabetes, anda terlupa atau tidak mengambil insulin atau ubat-ubatan untuk menurunkan glukosa

Bagaimana gejala gula darah tinggi boleh menjejaskan tubuh kita?

bacaan gula darah
Cara berkesan turunkan bacaan gula darah.

Gula darah yang tinggi akan memasuki bahagian buah pinggang anda.

Apabila ini berlaku, ia akan menarik lebih banyak kandungan air sehingga menyebabkan anda berasa kerap hendak membuang air kecil.

Keadaan seperti ini juga akan menyebabkan anda berasa dahaga walaupun anda banyak minum air. 

Selain itu, apabila berlakunya gejala gula darah tinggi, anda juga mungkin akan mengalami penurunan berat badan tanpa sebab yang kukuh.

Ini berlaku apabila sel tubuh tidak mendapat glukosa yang mereka perlukan daripada darah lalu menyebabkan tubuh badan membakar lemak untuk keperluan tenaga. 

Akibat gula darah tinggi, ia juga boleh menyebabkan kekebasan, rasa terbakar dan rasa kesemutan pada tangan, kaki dan juga tapak kaki yang disebabkan oleh neuropati diabetes.

Neuropati diabetes adalah satu komplikasi yang berlaku sekiranya seseorang itu terlalu lama memiliki paras gula darah yang tinggi selama bertahun-tahun.

Apa yang boleh saya lakukan untuk mengawal hiperglisemia ini?

gejala gula darah tinggi
Masalah hiperglisemia.

Pertama sekali, cara menurunkan gula darah tinggi yang boleh anda lakukan adalah dengan cuba lakukan senaman di rumah.

Jadi, apakah yang anda boleh lakukan untuk turunkan kadar gula dalam darah?

Jika sebelum ini kehidupan anda hanya dihabiskan dengan menonton televisyen atau bermain game, gantikannya dengan menjalani kehidupan yang lebih aktif di luar rumah.

Selain daripada senaman, adalah amat penting untuk anda juga memerhatikan pengambilan makanan harian anda.

Amalkan pemakanan sihat dan seimbang bagi mengelakkan pengambilan gula berlebihan sehingga boleh menyebabkan gula darah anda menjadi tinggi.

Doktor juga mungkin menyarankan anda untuk membeli alat pembaca gula darah untuk mengawal bacaan gula darah di rumah.

Dengan cara ini, anda akan lebih mudah untuk mengetahui sekiranya paras gula darah anda berada dalam keadaan normal atau tidak. 

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Diabetes. https://www.niddk.nih.gov/health-information/diabetes/causes. Accessed Feb 15, 2022.
  2. Hyperglycemia. http://www.diabetes.org/living-with-diabetes/treatment-and-care/blood-glucose-control/hyperglycemia.html. Accessed Feb 15, 2022.
  3. Diabetic coma. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/diabetic-coma/symptoms-causes/syc-20371475. Accessed Feb 15, 2022.
  4. Hyperglycemia. http://www.joslin.org/info/high_blood_glucose_what_it_means_and_how_to_treat_it.html. Accessed Feb 15, 2022.
  5. Hyperglycemia (High Blood Sugar). https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/9815-hyperglycemia-high-blood-sugar. Accessed Feb 15, 2022.

Versi Terbaru

17/05/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Ibu Hamil Nak Turunkan Paras Gula Darah? Ikut 7 Cara 'Simple' Ini

Hipoglisemia Diabetes Boleh Jadi Punca KOMA, Ketahui Cara Untuk Rawat!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 17/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan