backup og meta

Bukan Kena Tahu Apa Anda Makan, Tapi Pesakit Diabetes Juga Perlu Tahu Waktu Makan Dengan Tepat

Bukan Kena Tahu Apa Anda Makan, Tapi Pesakit Diabetes Juga Perlu Tahu Waktu Makan Dengan Tepat

Tahukah anda bahawa Malaysia merupakan negara yang mempunyai kadar penderita penyakit kencing manis jenis 2 paling tinggi di rantau Asia?

Menurut Institut Diabetes Kebangsaan (NADI), kira-kira 2.5 juta orang dewasa berusia 18 tahun ke atas tidak sedar mereka menghidapinya!

Disebabkan itu, kita semua wajarlah mempunyai kesedaran mengenai penyakit ini agar angka ini dapat diturunkan secara konsisten dengan kadar segera. Persoalannya, apakah yang boleh dilakukan? Jawapannya ada pada waktu makan penderita diabetes!
Baca lebih lanjut tentang Kencing Manis di sini.

Kencing manis jenis 2, penyakit pembunuh senyap

Sebelum itu, adalah wajar untuk kita berkenalan dengan penyakit pembunuh senyap ini terlebih dahulu.

Buat anda yang mungkin belum tahu, kencing manis atau diabetes adalah sejenis penyakit metabolik yang menyebabkan kandungan gula dalam darah tinggi.

Sepatutnya hormon insulin yang terdapat dalam tubuh badan akan mengeluarkan glukosa ini dan disimpan menjadi tenaga untuk digunakan.

Dengan kewujudan penyakit ini, tubuh badan anda mungkin tidak akan dapat menghasilkan hormon ini atau menggunakan ia dengan sebaik mungkin.

Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa jenis diabetes iaitu:

  • Kencing manis jenis 1 – Penyakit sistem imun ini akan merosakkan organ pankreas di mana hormon insulin terhasil
  • Kencing manis jenis 2 – Ia adalah yang paling kerap terjadi dan mengakibatkan tubuh badan kebal terhadap insulin
  • Diabetes gestasi – Berlaku ketika kehamilan, ia akan menyebabkan kadar gula dalam darah lebih tinggi dari paras normal
  • Pradiabetes – Sebenarnya ia adalah permulaan kepada diabetes dan perlu dirawat segera untuk cegah ia semakin meneruk

kencing manis jenis 2

Untuk pengetahuan anda, kencing manis jenis 2 adalah yang biasa dan selalu terjadi kepada rakyat negara kita dan ia banyak dikaitkan dengan pemakanan serta gaya hidup tidak sihat.

Apa punca kencing manis jenis 2 berlaku?

Seperti mana yang kita tahu, penyakit ini adalah gabungan daripada pemakanan dan gaya hidup tidak sihat ditambah lagi dengan faktor genetik.

Pernahkah anda terdengar atau terbaca jika ada ahli keluarga menghidapinya, maka kalian juga berisiko? Ya, kenyataan ini mungkin ada benarnya!

Selain itu, terdapat beberapa lagi faktor risiko yang lain termasuklah:

Jika anda mempunyai salah satu atau lebih daripada faktor risiko ini, sila awasinya dan berjumpa doktor segera untuk melakukan pemeriksaan bagi pencegahan awal ya?

Apa tip kawal penyakit diabetes jenis 2?

Terdapat banyak tip bagi mengawal penyakit ini daripada menjadi teruk dan yang paling popular adalah dengan mengurangkan pengambilan makanan atau minuman yang bergula.

Itu adalah salah satu ikhtiar yang sangat bagus dalam usaha memastikan komplikasi penyakit ini dapat dihalang dan ditegah daripada terus melarat.

Antara komplikasi utama yang dinyatakan itu adalah ia akan merosakkan organ dan tisu yang terletak di dalam tubuh badan kalian.

Secara hipotesisnya, semakin tinggi kandungan gula dalam darah maka akan semakin tinggi risiko komplikasi ini berlaku kepada anda.

kencing manis jenis 2

Selain itu, berikut adalah risiko komplikasi yang lain:

  • Serangan jantung
  • Penyakit jantung
  • Strok
  • Jangkitan bakteria dan kuman pada kulit
  • Demensia
  • Neuropati
  • Nefropati
  • Hilang pendengaran
  • Hilang penglihatan
  • Amputasi anggota tubuh badan

Jika tidak mahu sebarang komplikasi ini berlaku kepada diri anda, sila amalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat okay!

Kawal waktu makan adalah kuncinya?

Sebenarnya, penderita kencing manis jenis 2 tidak boleh hanya berfokuskan pada ‘apa’ yang anda makan namun perlu juga beri perhatian pada ‘bila’ waktu makan anda.

Ini kerana makan pada waktu yang betul dan tepat mampu memastikan kadar gula dalam darah anda lebih stabil di samping tubuh badan akan berasa lebih sihat sepanjang hari.

Makan secara sihat, tetap dan seimbang adalah sangat kritikal bagi mengawal penyakit ini agar tidak terus meruncing”, jelas Pakar Diet, Vandana Sheth.

Sebagai contoh, cuba anda pertimbangkan dua pilihan ini dan pilih yang mana satu adalah lebih bagus untuk penderita diabetes:

  1. Makan sajian bersaiz kecil/sederhana secara berkala dalam sehari
  2. Makan sajian bersaiz besar satu kali sahaja sehari

Jawapannya tentu sahaja pilihan nombor 1 adalah yang terbaik kerana ia akan membuat kadar gula dalam darah lebih stabil.

Pilihan nombor 2 itu pula adalah kurang bagus kerana ia akan membuat kadar gula dalam darah meningkat secara mendadak.

kencing manis jenis 2

Ini kerana anda sudah berlapar buat sekian waktu dan jika secara tiba-tiba pula anda makan sajian yang berat, maka sudah tentulah tekanan gula dalam darah akan meningkat.

Jelas Sheth lagi, paras glukosa akan memuncak selepas 90 minit waktu makan dan akan kembali normal selepas itu pada waktu yang berbeza bergantung kepada individu.

Antara tip yang diberikan oleh beliau untuk mengawal kencing manis jenis 2 pula adalah:

  • Makan sarapan dengan banyak
  • Makan snek dengan kerap
  • Jangan tahan lapar sehingga 5 ke 6 jam
  • Cuba untuk puasa pada waktu malam

Dengan mengamalkan tip-tip ini, maka mungkin diabetes yang dialami mampu dikawal dengan baik!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.idf.org/aboutdiabetes/what-is-diabetes/types-of-diabetes.html
  2. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6520689/
  3. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4632990/
  4. https://www.niddk.nih.gov/about-niddk/research-areas/diabetes/diabetes-prevention-program-dpp
  5. https://www.endocrine.org/news-and-advocacy/news-room/2018/highenergy-breakfast-promotes-weight-loss-helps-reduce-total-daily-insulin-dose-for-type-2-diabetes
  6. http://www.diabetes.org/living-with-diabetes/treatment-and-care/medication/oral-medications/what-are-my-options.html

Versi Terbaru

01/09/2021

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Awas, JANGAN Ambil 7 Makanan Ini Jika Anda Ingin Elak Diabetes!

AWAS! Elak Makan Ini Jika Tak Mahu Pradiabetes Bertukar Menjadi Diabetes!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 01/09/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan