backup og meta

Bahaya Coumarin yang Terdapat Dalam Rokok Terhadap Kesuburan

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 26/11/2019

    Bahaya Coumarin yang Terdapat Dalam Rokok Terhadap Kesuburan

    Kebanyakan individu terutamanya lelaki menganggap tabiat merokok adalah sesuatu yang tampak hebat. Mereka mungkin tidak sedar atau tidak peduli tentang bahaya bahan kimia yang terkandung dalam rokok seperti coumarin. Ia merupakan bahan kimia yang mampu menjejaskan kesuburan. Ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

    Apakah itu coumarin?

    Coumarin adalah sejenis bahan kimia yang berada dalam kelas benzopyrone. Dalam keadaan asalnya, ia mempunyai bentuk seperti kristal dan tidak berwarna. Ia boleh ditemui dalam pelbagai jenis tumbuhan seperti kacang tonka. Ia mempunyai bau yang harum dan sangat mudah dikenali. Ia juga digunakan dalam perindustrian minyak wangi pada 1882. Malangnya, coumarin adalah berbahaya kepada hati dan buah pinggang manusia jika diambil melebihi dos 275 mg.

    Apakah kaitan antara tabiat merokok dengan kesuburan?

    Kajian menunjukkan bahawa lelaki yang tidak merokok adalah lebih subur berbanding lelaki yang merokok. Seorang profesor di jabatan obstetrik dan ginekologi di University of the Saarland, Homburg/Saar, Germany iaitu Mohamad Eid Hammadeh, telah mengetuai sebuah kajian dan hampir pasti telah menemui jawapannya.

    Menurut beliau, sperma manusia mempunyai dua elemen protein yang dikenali sebagai protamine 1 dan protamine 2. Kebiasaannya. Kedua-dua elemen ini akan mempunyai amaun yang seimbang. Namun, sperma milik si perokok akan membawa terlalu sedikit protamine 2, lalu menjejaskan DNA.

    Menurut beliau lagi, tabiat merokok akan mengakibatkan sperma kehilangan keupayaan untuk melepaskan diri daripada molekul oksigen (radikal bebas) dalam air mani. Selain menyebabkan sel sperma menjadi lebih sensitif terhadap tekanan oksidatif, tabiat merokok juga akan meningkatkan konsentrasi radikal bebas yang terjadi dalam air mani. Radikal bebas ini juga akan menjejaskan DNA dan pergerakan sperma, lalu mengakibatkan ketidaksuburan.

    Bagaimanakah tabiat merokok menjejaskan kesuburan?

    • Menjejaskan bilangan, morfologi serta pergerakan sperma
    • Meningkatkan fragmentasi DNA sperma
    • Menukarkan profil epigenetik sperma

    Perokok pasif juga akan mengalami kesannya

    Anda perlu tahu bukan hanya perokok aktif yang akan mengalami kesannya namun perokok pasif juga akan terpalit sama. Selain itu, tabiat merokok juga akan menjejaskan kesuburan wanita. Walaupun hanya salah seorang daripada pasangan yang merokok, ia juga masih akan mengakibatkan ketidaksuburan pada kedua-dua mereka.

    Bagaimanakah menyingkirkan toksin yang terdapat dalam badan?

    Berhenti merokok merupakan satu-satunya cara. Ikuti tip berhenti merokok yang berikut:

    Tetapkan tarikh berhenti merokok

    Pilih tarikh sekurang-kurang dalam masa dua minggu agar anda boleh bersedia untuk mengubah tabiat anda.

    Beritahu individu di sekitar anda tentang usaha anda

    Sokongan emosional sangat diperlukan untuk berhenti merokok. Pastikan individu yang rapat dengan anda sentiasa ada dan menyokong usaha anda.

    Menjangka dan merancang halangan yang bakal dihadapi

    Berhenti merokok sangat tidak mudah. Jadi, adalah lebih baik untuk anda fikir mengenai halangan-halangan ini agar anda tidak akan terkejut apabila anda berdepan dengannya.

    Buang segala benda berkaitan rokok

    Buang segala produk tembakau dan pemetik api di rumah dan tempat kerja anda. Selain itu, jauhi individu perokok untuk mengelakkan anda terfikir untuk merokok semula.

    Minta bantuan doktor

    Paling penting, dapatkan bantuan doktor untuk tip-tip berhenti merokok dengan jayanya.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 26/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan