Minggu demi minggu

7 Tanda Bayi Anda Mengalami Masalah Sembelit & Cirit-Birit, Laktoferin Boleh Membantu Masalah Ini!This is a sponsored article, for more information on our Advertising and Sponsorship policy please read more here.

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Ibu ayah mana yang tidak susah hati apabila melihat si manja menderita masalah cirit-birit dan sembelit. Lebih-lebih lagi jika bayi menyusu botol. Tapi, usah bimbang ibu ayah! Ada tip dan susu formula terbaik untuk bayi sembelit yang boleh anda cuba.

Jom semak artikel ini untuk mengetahui bagaimana anda boleh membantu bayi yang mengalami masalah sembelit dan cirit-birit. Akan tetapi sebelum itu, mari kita fahami dahulu mengapa bayi boleh mengalami kedua-dua masalah ini.

Kenapa bayi mengalami sembelit?

Umumnya, masalah bayi sembelit kerap terjadi kepada bayi yang diberikan susu formula 1 kerana kesukaran dalam mencerna susu formula tersebut. Tetapi, ia boleh diatasi dengan mudah. Buat bayi yang diberi susu badan pula, pada dasarnya, susu badan ibu dianggap sebagai makanan yang mudah dicerna oleh bayi.

Malah, susu badan ibu juga sebenarnya bertindak sebagai laksatif atau julap semula jadi 1. Disebabkan itu, bayi yang diberikan susu ibu secara eksklusif jarang mengalami sembelit. Pun begitu, ia tidak bermakna bayi yang menyusu secara eksklusif tidak mengalami kedua-dua masalah pencernaan ini.

Kini anda sudah tahu kenapa bayi boleh mengalami sembelit, pasti soalan seterusnya yang bermain di fikiran ramai ibu ayah adalah bagaimana ingin mengenal pasti sama ada bayi anda mengalami masalah sembelit atau tidak?

Perkara paling penting yang perlu difahami oleh ibu ayah adalah kekerapan bayi membuang air besar bukanlah petanda utama mereka berhadapan masalah sembelit. Malah, jika anda melihat bayi seakan-akan meneran sewaktu membuang air besar pun, ia juga tidak bermaksud mereka mengalami sembelit!

Hal ini kerana proses pergerakan usus sememangnya menjadi satu cabaran besar buat bayi kerana keadaan mereka yang lebih banyak berbaring. Akibatnya, tiada graviti yang mampu membantu memudahkan proses pergerakan usus bayi itu 2.

Tahukah anda, perbuatan meneran itu sendiri dianggap sebagai senaman untuk membina otot abdomen1 dan membantu dalam mengeluarkan najis buat bayi? Menarik, bukan!

7 tanda bayi anda mengalami sembelit

Bagi memudahkan usaha ibu ayah untuk mengenal pasti tanda sebenar bayi sembelit, berikut kami senaraikan beberapa petunjuk yang lebih tepat dalam menentukan sama ada bayi anda mengalami sembelit atau tidak3 seperti di bawah ini:

  1. Perut bayi kelihatan menegang, buncit dan keras
  2. Bayi mengeluarkan najis yang banyak secara sekaligus. Walaupun bentuk najis yang dikeluarkan bersifat lembut atau berair (seakan cirit-birit), akan tetapi, menyimpan najis dalam jumlah yang besar bermaksud usus bawah dalam perut bayi telah merenggang, dan ini adalah keadaan yang tidak baik untuk bayi
  3. Proses pergerakan usus mengalami kesukaran, mengakibatkan proses meneran najis kelihatan sukar sehingga bayi melengkung ke belakang atau menangis
  4. Bayi tidak mahu menyusu seperti biasa
  5. Najis yang keluar keras dan berdarah
  6. Bau najis atau kentut bayi berbau sangat busuk
  7. Bayi tidak berak walaupun sekali dalam tempoh 5 hingga 10 hari

Selain itu, anda juga boleh mengenal pasti tanda-tanda sembelit apabila melihat bayi seakan-akan lemah dan tidak aktif seperti selalu.

Kekerapan pergerakan usus bayi: Apa yang normal dan apa yang tidak normal?

Sebenarnya, tiada istilah normal dalam menentukan kekerapan bayi membuang air besar. Hal ini kerana, terdapat sesetengah bayi yang diberi penyusuan eksklusif juga tidak mengalami sebarang pergerakan usus selama beberapa hari 3.

Malah, ada juga bayi yang tidak membuang air besar sehingga tempoh seminggu! Biasanya, keadaan ini berlaku pada bayi yang berusia 6 minggu dan ke atas 3. Berita baiknya, apabila ibu ayah sudah memahami proses pergerakan usus bayi, ia secara tidak langsung membantu anda mengenal pasti kekerapan pergerakan usus bayi.

Penting untuk anda tahu, corak pergerakan usus normal bagi seorang bayi sihat amat dipengaruhi oleh jenis susu yang diminum si manja, pemberian makanan pejal, serta apakah makanan spesifik telah diperkenalkan pada bayi.

Tip merawat bayi dengan masalah pencernaan sembelit atau cirit-birit

Selain masalah sembelit, masalah pencernaan lain yang turut kerap berlaku kepada bayi adalah cirit-birit 4. Untuk merawat kedua-dua masalah yang berkaitan dengan sistem pencernaan ini, ianya bergantung kepada persoalan sama ada bayi anda menyusu badan atau tidak.

Jika bayi diberikan penyusuan susu badan, diet pemakanan ibu menjadi kunci utama dalam merawat masalah sembelit dan cirit-birit yang dialami. Walaupun keadaan ini mungkin jarang berlaku, namun bayi mungkin alah terhadap makanan yang anda makan 5. Kesannya, mereka mula mengalami masalah sembelit atau cirit-birit.

Manakala bagi bayi yang diberikan susu formula pula, kaedah rawatan di rumah boleh membantu mengatasi kedua-dua masalah pencernaan berikut. Antara kaedah rawatan di rumah yang boleh diamalkan oleh ibu ayah termasuklah:

1. Pastikan bayi kekal terhidrat

Adalah penting untuk memastikan bayi anda sentiasa terhidrasi bagi membantu proses pergerakan usus yang kerap 6. Hal ini kerana apabila tubuh si manja mengalami dehidrasi, ia akan menyerap air daripada usus besar, lalu menyebabkan najis menjadi keras, kering dan sukar untuk disalur keluar.

Sudah tentu, susu badan adalah sumber nutrisi terbaik untuk memastikan bayi anda sentiasa terhidrasi. Air juga boleh diberi, tetapi hanyalah untuk bayi yang berusia 6 bulan ke atas sahaja 7.

Awas, jika anda masih memberikan air kepada bayi di bawah usia 6 bulan, tindakan itu boleh membawa maut akibat water intoxication 8.

2. Berikan bayi mandian air suam

Mandian air suam amat berkesan untuk membantu mengeluarkan apa yang tersimpan di dalam perut bayi. Ia sekaligus meredakan perut daripada ketegangan 6.

3. Lakukan urutan perlahan

Ibu ayah juga boleh cuba melakukan urutan perlahan pada perut dan abdomen bawah bayi 6. Cara ini dapat memberikan ketenangan kepada mereka, malah membantu memudahkan pergerakan usus.

4. Galakkan bayi untuk aktif bergerak

Pergerakan yang aktif bagus untuk pencernaan bayi anda 6.  Tapi, sekiranya mereka masih belum berjalan, anda boleh cuba melakukan senaman basikal. Ingin tahu caranya? Mudah sahaja!

Baringkan bayi secara menelentang dan gerakan kakinya secara bulatan seakan-akan mengayuh basikal 6. Selain itu, antara senaman lain yang memudahkan pergerakan usus adalah dengan membengkokkan lutut bayi ke arah dada mereka. Tahan pergerakan tersebut selama 10 saat sebelum meluruskan kembali kaki bayi 6.

5. Menukar pemberian susu formula

Melakukan sedikit perubahan dalam jenis susu formula yang diberi kepada bayi juga dapat membantu mengatasi masalah sembelit dan cirit-birit ini 6. Hal ini kerana adakalanya, terdapat bahan-bahan tertentu di dalam susu formula yang menjadi punca kepada masalah pencernaan bayi anda.

Susu formula terbaik untuk bayi sembelit & cirit-birit

Dalam memilih susu formula terbaik untuk bayi sembelit, ibu ayah digalakkan untuk mencari susu formula yang mengandungi laktoferin. Apa itu laktoferin dan mengapa ia penting buat si manja?

Laktoferin atau “LF” adalah protein penting yang boleh ditemui dalam susu badan ibu. Ia sangat berguna dalam membantu menyokong kesihatan pencernaan bayi 9. Yang menariknya, kadar laktoferin itu sendiri amat tinggi dijumpai dalam kolostrum 10 – susu badan ibu yang terawal.

Kolostrum memberikan sokongan imun penting untuk bayi baru lahir pada minggu-minggu pertama kehidupan mereka. Jangan risau, kolostrum juga terkandung dalam susu matang.

Kebanyakan zat laktoferin boleh dicerna dan memainkan peranan penting pada setiap bahagian tubuh. Zat penting dalam laktoferin ini juga mempunyai fungsi khusus dalam mengurangkan jangkitan bakteria pada usus 11.

Bukan itu saja, laktoferin berfungsi menghalang perkembangan bakteria dengan menjauhkan bakteria daripada zat besi yang penting dalam pertumbuhan dan perkembangan bayi. Kajian klinikal juga menunjukkan protein ini berupaya menyokong kesihatan imun bagi bayi dan kanak-kanak 12.

Laktoferin juga memainkan peranan penting dalam perkembangan otak dan sistem kognitif bayi yang baru lahir, terutamanya dalam proses tumbesaran 19.

Sebuah kajian terhadap bayi baru lahir dengan kurang berat badan mendapati, susu formula yang diperkaya dengan laktoferin (sama ada dengan atau tanpa probiotik) mengurangkan risiko bakteria atau kulat “delayed-onset septicaemia” 17.

Hasil kajian analisis yang berbeza pula menunjukkan laktoferin boleh mengurangkan jangkitan dengan mencegah kulat daripada merebak. Ini bermakna, laktoferin mampu mencegah jangkitan kulat daripada berkembang menjadi penyakit sistemik 18.

Tahukah anda, di dunia ini, hanya 8 kilang tenusu sahaja yang mampu menghasilkan laktoferin untuk digunakan dalam susu formula? Sebanyak 13 gelen susu lembu diperlukan untuk mengekstrak laktoferin tulen bagi menghasilkan satu tiub susu formula.

Selain daripada laktoferin, ibu ayah juga digalakkan mencari susu formula terbaik untuk bayi yang mengandungi PDX dan GOS. Pasti ibu ayah tertanya-tanya apakah itu PDX dan GOS, kan?

PDX atau polydextrose adalah sejenis serat makanan yang berfungsi sebagai “makanan” kepada bakteria yang membawa manfaat kepada keseluruhan saluran usus besar 13. Ia mampu merangsang pertumbuhan dan mengembangkan aktiviti mikroorganisma bermanfaat, terutamanya bakteria yang memenuhi usus.

Selalunya, serat PDX ini boleh dijumpai dalam makanan atau minuman yang dipanggang atau dibakar, bijirin sarapan pagi tanpa gula, puding, produk tenusu dan yogurt 14.

Manakala GOS atau galactooligosaccharide pula adalah sejenis serat yang tidak tercerna oleh aktiviti prebiotik 15. Selain terdapat di dalam susu formula, GOS juga boleh ditemui dalam makanan. Antaranya seperti di dalam artichoke, brokoli, ubi bit, bawang putih serta pelbagai jenis kekacang seperti kacang soya dan kacang ginjal 16.

Gabungan PDX dan GOS ini dapat menyokong pertumbuhan bakteria baik dalam usus si manja, dan sekali gus smeningkatkan fungsi sistem pencernaan mereka. Secara tidak langsung, ia dapat membantu mengurangkan risiko sembelit dan cirit-birit pada bayi!

Tambahkan makanan tinggi serat

Selain lebih teliti dengan kandungan susu formula terbaik untuk bayi, ibu ayah juga boleh menambah jus buah prun atau pir ke dalam botol susu bayi untuk mencegah sembelit dan cirit-birit.

Sekiranya bayi anda sudah mula mengambil makanan pejal, berikan kepada mereka makanan yang kaya serat seperti epal, prun, kacang pis, ataupun bijirin sarapan pagi dengan barli 3.

Semoga perkongsian ini berguna buat anda! Jika masalah sembelit dan cirit-birit bayi masih berterusan, bawa bayi berjumpa doktor bagi melakukan pemeriksaan lanjut. Selamat mencuba!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Share now :

Tarikh Reviu: 05/11/2020 | Kali terakhir kemaskini: 06/11/2020

Rujukan

Artikel lain untuk anda

alahan makanan

Si Manja Dah Boleh Makan? Ini Masa Sesuai Perkenalkan Makanan Alahan Kepada Anak

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 02/11/2020 . 3 minit bacaan
penyusuan susu ibu

Ini Yang Mungkin Berlaku Pada Kulit Ibu Ketika Menyusukan Bayi, No. 3 Paling Jarang Perasan

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 27/10/2020 . 3 minit bacaan
tercekik makanan

Seronok Suap Si Manja Makan? TAPI Jaga-jaga! Ada 9 Makanan BERISIKO Buat Anak Tercekik

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 16/10/2020 . 3 minit bacaan
cara menyusu anak kembar

Ibu Sedang Hamil Bayi Kembar? Ini Cara Penyusuan Terbaik & Posisi Menyusu Badan Yang Sesuai

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 09/10/2020 . 3 minit bacaan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Seronoknya Dengar Tip Kembali Langsing Lepas Bersalin, Hanya Menyusukan Bayi, TAPI Benarkah?

Penyusuan susu ibu berikan banyak faedah untuk ibu. Ini termasuk potensi menurunkan berat badan dengan lebih cepat setelah melahirkan anak. Tapi betul ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Penyusuan Badan 29/09/2020 . 3 minit bacaan

Ibu Takut Nak Bersenam Sebab Masih Menyusukan Bayi? Usah Risau! Cuba 6 Tip Ini

Menyusu badan mempunyai cabaran tersendiri. Pun begitu, ia tidak bermakna anda perlu mengetepikan aktiviti fizikal untuk kecergasan diri. Ini caranya...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Kelahiran Bayi 22/09/2020 . 3 minit bacaan

Susu Rendah Lemak Lebih Baik Daripada Susu Penuh Krim? SALAH! Ini Tak Sesuai Untuk Si Kecil

Tahukah anda, kanak-kanak yang minum susu penuh krim kurang berpotensi mengalami obesiti berbanding kanak-kanak yang minum susu rendah lemak! Ini buktinya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Keibubapaan, Pemakanan Kanak-kanak 10/09/2020 . 3 minit bacaan

Bayi Menyusu Badan Kurus & Kurang Berat? Ibu Jangan Risau, Ada Penyelesaiannya

Susu badan atau formula, kedua-duanya baik untuk tumbesaran. Tapi kenapa berat badan bayi diberikan penyusuan susu ibu kurang berbanding susu formula?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Penyusuan Badan 02/09/2020 . 3 minit bacaan