backup og meta

Nampak Saja Garang, Tapi Sebenarnya Hati Tisu! Ibu Ayah, Jom Kenali 12 Sifat Anak Sulung Anda!

Nampak Saja Garang, Tapi Sebenarnya Hati Tisu! Ibu Ayah, Jom Kenali 12 Sifat Anak Sulung Anda!

Setiap ibu bapa pasti ingin memahami sifat dan personaliti diri anak-anak, bukan? Ini adalah antara fakta anak sulung yang perlu ibu bapa kenali.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Memahami istimewa anak sulung

Kajian dari Sweden menyatakan, istimewa anak sulung mempunyai personaliti yang lebih baik berbanding adik-beradik lain.

Ini dari segi sifat keterbukaan terhadap pengalaman baharu, tahap kesedaran, keramahan dan kestabilan emosi. 

Sifat istimewa anak pertama cenderung dengan ciri-ciri psikologi berkaitan kepimpinan termasuk:

  • Bertanggungjawab
  • Kreatif
  • Kepatuhan
  • Dominasi

Mereka juga lebih dari segi akademik dan memiliki kecerdasan yang lebih tinggi daripada adik-adiknya. 

Kualiti tersebut dipercayai menjadikan anak sulung lebih berjaya. 

Menarik bukan personaliti fakta anak sulung ini? Tetapi bukan itu sahaja. Teruskan pembacaan untuk mengetahui lebih lanjut. 

Fakta anak sulung: 12 sifat patut ibu bapa tahu

Apa lagi karakter diri pada zuriat pertama buat anda dan pasangan yang patut diketahui?

Banyak sebenarnya, tetapi berikut antara 12 fakta anak sulung yang menarik.

  1. Personaliti diri dominan

Anak sulung selalu dianggap sebagai ketua dalam kalangan adik-beradik ketika di rumah, bukan?

Namun si sulung ini juga secara tidak langsung akan mempamerkan sifat dominan dalam perhubungan serta pergaulan sama ada di sekolah mahupun di tempat kerja. 

  1. Hati tisu

Sebagai ketua di antara adik-beradik yang lain, pastinya sifat anak sulung selalu lebih tampak tegas dan garang. Namun hakikatnya mereka dikatakan seorang yang sensitif. 

Berdasarkan kajian, sifat tersebut berpunca daripada keterpaksaan mereka untuk beralah dengan adik-adik sejak kecil.

Malahan perhatian lebih ibu bapa kepada adik yang lebih kecil menyebabkan hati mereka lebih mudah terasa. 

Perasaan anak sulung perempuan.
Perasaan anak sulung perempuan.
  1. Fakta anak sulung: Lebih berjaya

Walaupun terpaksa beralah, namun anak sulung selalu dikatakan boleh pergi jauh dalam bidang akademik.

Berdasarkan kajian, anak yang paling tua dalam sebuah keluarga mempunyai 16% peluang lebih besar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi berbanding adik yang lebih muda. 

  1. Cepat belajar

Anak pertama anda nampak seperti mengetahui tentang banyak perkara? Ini kerana mereka dikatakan ‘lahir’ untuk belajar. 

Dalam 1 penyelidikan mendapati, urutan kelahiran mempengaruhi tujuan hidup seseorang anak. 

Anak sulung dilihat akan cenderung dengan personaliti diri untuk belajar atau menguasai, sementara anak kedua pula lebih bersifat ingin menang.

Kajian lain juga menunjukkan sifat anak pertama atau anak tunggal akan lebih memilih kerjaya yang berorientasikan akademik berbanding anak-anak yang lain. 

  1. Fakta anak sulung: Lebih kurus?

Aik, kurus pun ada kaitan dengan urutan kelahiran ke?

Kajian menyatakan mereka yang dilahirkan sebagai anak sulung akan menjadi lebih tinggi dan kurus berbanding adik-beradik lain.

Adakah ia benar? Perhatikanlah mereka yang bergelar anak sulung.

  1. Lebih perhatian ibu bapa

Walaupun mungkin ada anak sulung yang berasa kurang perhatian ibu bapa, namun berdasarkan kajian ia tidak benar sama sekali.

Ini kerana anak pertama dikatakan menerima masa berkualiti setiap hari bersama ibu bapa yang lebih banyak berbanding anak-anak yang lain.

  1. Kreatif & kehidupan mencabar, antara sifat anak sulung perempuan

Saintis berpendapat bahawa anak sulung lebih cenderung menjadi kreatif berbanding anak-anak yang dilahirkan kemudian. 

Mereka perlu membiasakan diri dengan sesuatu cabaran, menjadi pemantau serta perlu mengikuti peraturan yang lebih ketat daripada ibu bapa.

  1. Lebih cerdik, ini antara fakta anak sulung

Memiliki tahap IQ yang lebih tinggi– itulah personaliti diri anak sulung. 

Mereka dikatakan lebih matang dan bijak dalam memberikan pandangan dan saranan kepada adik-adiknya. Bahkan ada yang menganggap si sulung sebagai kaunselor. 

Dalam kehidupan sosial, mereka juga gemar membantu individu lain dalam menyelesaikan sebarang permasalahan. 

  1. Lebih suka mengarah

Maaf tetapi inilah kenyataan. Sifat anak sulung perempuan dikatakan lebih cenderung dengan personaliti diri yang agak bossy

Malahan disebabkan mereka merupakan anak yang pertama mendapat curahan kasih sayang ibu bapa, si sulung juga sedikit ego dan keras kepala. 

Walau bagaimanapun, apabila dewasa mereka dikatakan akan menjadi individu dengan karakter diri yang teguh pendirian. 

  1. Lebih matang

Anak pertama biasanya akan menggalas tanggungjawab besar di dalam rumah, seperti menjaga adik-adik, membantu ibu bapa melakukan tugasan dan beralah dengan si adik. 

Kesannya, mereka akan mempunyai personaliti diri yang matang. 

Bahkan ada yang mengatakan kematangan dalam diri mereka adalah lebih banyak berbanding rakan sebaya yang lain?

Anak-anak bermain permainan di rumah.
Anak-anak bermain permainan di rumah.

Adakah ia benar? Hanya si sulung boleh menjawabnya.

  1. Lemah dalam percintaan

Bagi anak sulung yang sudah dewasa, dalam hal percintaan, mereka dikatakan agak terkebelakang. 

Bukan kerana mereka tidak layak bercinta, cuma kebanyakan individu yang tergolong sebagai anak pertama akan lebih fokus kepada masa depan dan keluarga berbanding kisah percintaan.

  1. Penyayang & pemaaf

Air yang dicincang tidak mungkin putus bukan? Begitu jugalah dengan kasih sayang antara adik-beradik.

Anak sulung dikatakan sebagai seorang yang penyayang. Sudah tentulah kerana rasa kasih itu sudah dipupuk sejak mereka kecil lagi.

Di samping itu, sifat anak pertama dianggap sebagai seorang yang mudah memaafkan individu lain. Ini mungkin dipengaruhi sifat sensitif mereka itu.

Kesimpulan


Personaliti diri setiap anak yang dilahirkan ke dunia pastinya berbeza. Anak yang pertama adalah zuriat yang sangat dinantikan oleh pasangan yang berkahwin.
Fakta anak sulung di atas adalah mengenai karakter diri yang terdapat pada anak pertama. Semoga apa yang dikongsikan mendatangkan manfaat buat anda.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Examining the effects of birth order on personality. https://www.pnas.org/content/112/46/14224/ Accessed on June 12, 2020
  2. Personality traits linked to birth order. https://goodparent.org/the-child/birth-order/personality-traits-linked-to-birth-order// Accessed on June 12, 2020
  3. Birth order. https://openpsychometrics.org/tests/birthorder// Accessed on June 12, 2020
  4. About first child. https://www.childfirst.org/about-us. Accessed on June 12, 2020
  5. Born to Lead? The Effect of Birth Order on Non-Cognitive Abilities http://ftp.iza.org/dp10560.pdf / Accessed on June 12, 2020

Versi Terbaru

15/10/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Ibu Baru Bersalin? Ini Cara Membersihkan Kemaluan Bayi Perempuan

Si Kecil Asyik Minta Phone Sahaja? Ibu Ini Kongsi Tip Elak Anak Ketagih Gajet!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/10/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan