backup og meta

Ini 5 Tip Berkesan Untuk Parents Cuba Di Rumah Jika Si Kecil Ada Masalah Lambat Bercakap

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 17/04/2023

    Ini 5 Tip Berkesan Untuk Parents Cuba Di Rumah Jika Si Kecil Ada Masalah Lambat Bercakap

    Si kecil mengalami masalah kelewatan pertuturan? Jangan sedih, terdapat terapi untuk anak lambat bercakap yang boleh diamalkan di rumah. Teruskan pembacaan untuk mengetahuinya.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Masalah lewat pertuturan

    Sebelum mengetahui apakah terapi anak lambat bercakap, ayuh kita fahami secara ringkas mengenai keadaan ini.

    Lambat bercakap adalah apabila perkembangan bahasa dan kemahiran komunikasi anak tidak berkembang seperti diharapkan. 

    Kajian menunjukkan 10-15% kanak-kanak berumur dua tahun mengalami kelewatan pertuturan. Tetapi hanya 4-5% berlanjutan hingga berusia 3 tahun lebih.

    Anak lambat bercakap tidak semestinya mengalami gangguan bahasa – kesukaran untuk memahami atau menggunakan bahasa.

    Sebaliknya ciri ciri anak lambat bercakap mungkin disebabkan lambat belajar bercakap berbanding kanak-kanak seusia mereka. 

    Anda disarankan untuk membawa anak mendapatkan pemeriksaan bersama pakar kanak-kanak bagi lebih kepastian mengenai keadaan anak.

    terapi untuk anak lambat bercakap

    5 terapi untuk anak lambat bercakap

    Berita baiknya, terdapat rawatan di rumah yang boleh dilakukan untuk membantu mengatasi keadaan ini.

    1. Bercakap sendiri

    Self talk merupakan terapi anak lambat bercakap yang boleh dilakukan di mana-mana lokasi. Ia merupakan tindakan bercakap tentang apa yang dilihat, dilakukan atau didengar.

    Contohnya, jika anda sedang berjalan-jalan dengan anak, bercakaplah tentang perkara yang dilihat sepanjang jalan – “Lihat, itu pokok!” ataupun “Mama dengar bunyi kereta”.

    Cara mudah lain seperti semasa memasak atau melakukan tugasan rumah, dengan menceritakan proses-prosesnya – “Mama potong bawang. Mama tengah pecahkan telur”.

    Teknik ini mengajar anak perbendaharaan kata baharu dan cara membentuk perkataan menjadi frasa dan ayat.

    Baca juga:

    2. Bercakap seiring anak, antara terapi untuk anak lambat bercakap

    Parallel talk melibatkan penceritaan mengenai perkara yang dilihat, didengar dan dilakukan. Bezanya dengan self talk, anda akan bercakap perkara daripada perspektif anak.

    Misalannya, jika anak sedang membina blok, anda boleh menyebut sesuatu seperti, “Menara itu tinggi”.

    Apabila bercakap tentang aktiviti atau objek yang melibatkan anak, ia berkemungkinan akan menarik minat mereka dengan perkataan atau frasa yang disebutkan.

    3. Pilihan 

    Memberikan anak membuat pilihan adalah cara terbaik untuk menggalakkan komunikasi.

    Mulakan dengan memegang dua benda, contohnya barang mainan atau buku – sesuatu yang mungkin menarik minat anak.

    Sambil mengangkat item tersebut, namakan setiap satu sambil ditunjukkan kepada anak. Kemudian, tanyakan kepada anak, item yang mana mereka mahukan.

    Jika anak cuba menyampaikan keinginan dengan menunjuk atau melihat ke arahnya, mereka layak diberikan item tersebut.

    Namun semasa memberikannya, kukuhkan pilihan tersebut dengan menyebutkan item itu sekali lagi, seperti “Ini bukunya”.

    terapi untuk anak lambat bercakap

    Terapi untuk anak lambat bercakap #4. Penempatan mainan

    Kebanyakan rumah, pastinya mempunyai barang mainan atau mungkin Item yang dijadikan sebagai permainan untuk si kecil. Biasanya ia akan berada di tempat mudah diakses, betul tak?

    Jika ya, pertimbangkan untuk mengalihkannya jauh daripada jangkauan anak tetapi masih dapat dilihat.

    Dengan melakukannya, ia akan menggalakkan anak untuk memintanya. Teknik meminta mainan akan berbeza bergantung kepada usia anak.

    Contohnya, untuk anak yang belum mahir bertutur, ‘cara memintanya’ mungkin dengan melihat dan menunjukkan ke arah mainan yang diingininya. Jika itu yang berlaku, anda boleh menamakan item seperti “Ini blok”.

    5. Berikan anak tempoh masa, antara terapi anak lambat bercakap

    Selalunya, apabila anak lambat bercakap, kita akan ‘membanjiri’ mereka dengan pelbagai perkataan dan frasa untuk menggalakkan komunikasi.

    Namun, ada kalanya penting untuk kita berdiam diri dan memberi ruang kepada anak. Dengan menggunakan teknik ini, berikan anak masa untuk mencuba beberapa bentuk komunikasi. Elakkan daripada bertanya soalan atau menjangkakan apa yang anak mahu atau perlukan.

    terapi untuk anak lambat bercakap

    Contohnya, jika anda cuba mencapai snek yang diingini, sudah tentu ia akan menjadi perkara mudah untuk anda datang dan memberikannya kepada mereka.

    Pun begitu, tahan keinginan anda. Biarkan anak melakukannya sendiri dan tunggu sama ada anak akan cuba menyampaikan apa yang diperlukan.

    Semoga perkongsian di atas mengenai terapi untuk anak lambat bercakap ini dapat dijadikan panduan bermanfaat buat ibu bapa di luar sana.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 17/04/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan