10 Tip Mengelakkan Kenaikan Berat Badan Di Bulan Ramadan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Bulan Ramadan datang lagi. Ia adalah tempoh penyucian rohani dan menahan diri daripada semua makanan dan minuman pada waktu siang. Semasa berbuka puasa, ramai cenderung untuk makan terlalu banyak bagi mengimbangi tenaga yang hilang. Berlebihan dalam makan bukan sahaja melanggar intipati Ramadan, yang berkisar  tentang pengendalian dan disiplin diri, tetapi juga meningkatkan risiko naik berat badan dan keadaan kesihatan yang lain. Walaupun melawan godaan untuk melahap makanan adalah satu yang mencabar, adalah penting untuk berpegang kepada semangat Ramadan demi kebaikan rohani dan fizikal anda.

Berikut adalah 10 tips yang anda boleh cuba untuk memastikan berat badan anda berada di landasan yang betul di bulan Ramadan:

  1. Jangan makan lebih daripada apa yang anda perlukan. Berbuka dengan sesuatu yang ringan dan seimbang dengan nisbah yang betul.
  2. Mengunyah makanan dengan betul untuk mengelakkan senak dan mengekalkan sistem penghadaman yang sihat.
  3. Dalam satu hidangan, sentiasa mulakan dengan sup dan salad kerana hidangan jenis ini mengandungi rendah kalori dan mengisi perut anda dengan lebih baik.
  4. Minum air yang banyak untuk merehidrat diri anda pada waktu tidak berpuasa. Walaupun anda bukan penggemar air, cuba untuk ambil sekurang-kurangnya 8 gelas air.
  5. Jika sudah muak dengan air, anda boleh beralih kepada buah-buahan segar dan jus. Walau bagaimanapun, elakkan yang mempunyai gula tambahan kerana ia mendatangkan lebih banyak mudarat daripada manfaat. Anda boleh cuba membuat jus buah-buahan di rumah supaya anda tahu kandungannya. Kebanyakan jus buah-buahan botol mengandungi bahan tambahan pada tahap yang tidak sihat.
  6. Ambil produk tenusu rendah lemak dan daging tanpa lemak untuk mengelakkan peningkatan pada tahap kolesterol anda. Makanan berlemak mungkin nampak lebih sedap. Walau bagaimanapun, ia mempunyai risiko kesihatan yang serius.
  7. Sekali-sekala mengambil gula-gula Arab adalah tidak mengapa. Tetapi jangan biasakan diri dengannya. Tukar ke salad buah-buahan untuk merangsan vitamin dan nutrien penting lain.
  8. Tidak makan sepanjang hari menjadikan sukar untuk kekal aktif secara fizikal. Walau bagaimanapun, untuk mengelakkan kenaikan berat badan, anda perlu cuba berjalan setiap hari sekurang-kurangnya setengah jam hingga satu jam supaya badan anda boleh membakar kalori tambahan dari iftar hingga sahur.
  9. Apabila memasak, elakkan menggoreng atau mana-mana kaedah memasak yang melibatkan penggunaan minyak berlebihan untuk mengekalkan resipi Ramadan yang sihat. Anda boleh mengurangkan pengambilan lemak dengan memasak makanan menggunakan hanya sedikit minyak sayur-sayuran, atau dengan menggunakan kaedah memasak lain seperti mengukus atau memanggang.
  10. Jangan makan secara berterusan, terutamanya antara Iftar dan Sahur. Percaya atau tidak, keadaan terlalu boleh menghabiskan tenaga dan membuatkan anda letih sepanjang hari.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Wanita, Jangan Stres Stres! Ada Cara Untuk Kekal Sihat & Bebas Tekanan, Jom Cuba!

    Kaum Hawa, adakah anda tertanya-tanya tencang cara mengatasi stres yang terbaik? Jangan runsing lagi, kami jawab semuanya sempena Hari Wanita Sedunia!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kesihatan Wanita Lain 05/03/2021 . 3 minit bacaan

    Usia Sudah Mencecah 40, 50 Tahun? 5 Makanan Ini Boleh Tingkatkan Risiko Penyakit, Sila Elak!

    Makanan tidak berkhasiat sememangnya boleh menyebabkan tahap kesihatan seseorang menjadi teruk. Oleh sebab itu kita perlu peka terhadap khasiat makanan...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tips Pemakanan Sihat Lain 05/03/2021 . 3 minit bacaan

    Adakah Penggunaan Ginseng Boleh Bantu Pesakit Diabetes Kawal Paras Gula Dalam Darah?

    Ramai yang sedar akan khasiat ginseng. Ia adalah salah satu tumbuhan herba yang popular di seluruh dunia. Namun, adakah ia baik untuk diabetes?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diabetes Jenis 2 05/03/2021 . 3 minit bacaan

    Alah Terhadap Vaksin COVID-19? Itu Tidak Bermaksud Anda Tak Perlu Ambil Suntikan Dos Kedua!

    Tidak mustahil jika ada yang mengalami reaksi alergi terhadap vaksin COVID-19. Namun, apa yang berlaku jika anda tidak boleh mengambil vaksin?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    COVID-19 05/03/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kaki panjang sebelah

    Kaki Pendek Sebelah Punca Anda Tempang? Ada Juga Gejala Lain Yang Boleh Anda Alami

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 05/03/2021 . 3 minit bacaan
    kes bunuh

    Lelaki Berisiko 3 Kali Ganda Bunuh Diri Sepanjang Wabak COVID-19, Ini Tip Nak Cegah!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 05/03/2021 . 3 minit bacaan
    hari wanita sedunia

    4 Perkara Wajib Yang Perlu Setiap Wanita Lakukan, Jika Tidak, Nyawa Boleh Terancam!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 05/03/2021 . 3 minit bacaan
    jenis sakit mata

    10 Jenis Penyakit Mata Yang Boleh Berlaku! #5 Itu Mungkin Biasa Bagi Anda?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 05/03/2021 . 3 minit bacaan