backup og meta

Jangkitan RSV Berbahaya Kepada Bayi & Kanak-Kanak Yang Berisiko, Ini Ulasan Pakar!

Jangkitan RSV Berbahaya Kepada Bayi & Kanak-Kanak Yang Berisiko, Ini Ulasan Pakar!

Jangkitan respiratory syncytial virus atau RSV merupakan keadaan kesihatan yang akan menjejaskan sistem pernafasan individu, terutama bayi dan kanak-kanak. Persoalannya, apakah punca dan kesan penyakit RSV pada bayi dan kanak-kanak?

Melalui wawancara kami dengan seorang pakar di dalam bidang ini, anda bakal dapat jawapan yang dicari!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, anda boleh klik di sini.

Punca virus RSV pada bayi & kanak-kanak!

Pakar Imunologi Pediatrik, Prof Dr Adli Ali dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, RSV merupakan sejenis jangkitan saluran pernafasan terutamanya pada hidung, tekak dan paru-paru.

Penyakit RSV pada bayi dan kanak-kanak itu adalah sesuatu yang lazim. Hampir 90% daripada bayi yang berusia 2 tahun ke bawah pernah mengalami kondisi ini tanpa ibu bapa sedari.

Punca jangkitan ini pula adalah daripada virus yang tersebar melalui udara, sentuhan atau titisan. Situasi kontak rapat terutama ketika pembawa virus bersin dan batuk akan meningkatkan risiko jangkitan.

penyakit RSV pada bayi
Prof Dr Adli Ali, Pakar Imunologi Pediatrik, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Menurut Dr Adli, penyakit RSV adalah lebih berisiko kepada golongan bayi dan kanak-kanak berikut:

  1. Bayi yang lahir pramatang iaitu kurang daripada 37 minggu kehamilan.
  2. Bayi atau kanak-kanak dengan kondisi paru-paru displasia bronkopulmonari.
  3. Bayi atau kanak-kanak yang ada masalah jantung.
  4. Bayi atau kanak-kanak yang ada masalah saraf.
  5. Bayi atau kanak-kanak yang mengalami kepincangan pada sistem imuniti tubuh badan.

Meskipun individu dewasa juga tidak terlepas daripada terkena RSV, namun ia hanya akan mendatangkan simptom biasa yang sama sekali berbeza dengan bayi atau kanak-kanak yang berisiko!

Penyakit RSV pada bayi: Apa tanda tanda RSV yang anda perlu tahu?

tanda tanda rsv

Ujar Dr Adli lagi, penyakit RSV pada kanak-kanak ini mungkin hanya mendatangkan gejala yang ringan, lantas membuatkan ibu bapa sukar untuk mengesan simptom-simptom seperti di bawah:

  • Selesema – Bayi dan kanak-kanak menghidap selesema bersama simptom biasa lain seperti hidung berair dan tersumbat, bersin serta batuk
  • Demam – Anak anda juga mungkin akan mengalami demam dengan suhu rendah atau sederhana iaitu sekitar 38℃ yang tidak melepasi 39℃

Namun, Dr Adli turut menyatakan bahawa ada kemungkinan terjadinya simptom lain yang lebih teruk terutama kepada bayi dan kanak-kanak berisiko seperti golongan di atas:

Dalam erti kata mudah, ramai ibu bapa yang mungkin tidak perasan jangkitan ini sudah berlaku kepada anak. Maka, adalah lebih baik untuk anda lebih berwaspada dan bersedia sebelum ia menyerang!

Bagaimana cara rawatan RSV yang ibu bapa boleh cuba?

Dr Adli turut mengulas mengenai rawatan untuk penyakit jangkitan saluran pernafasan ini.

“Sehingga ke hari ini, kita masih belum ada vaksin di pasaran yang mampu mencegah atau mengawal jangkitan penyakit RSV pada bayi dan kanak-kanak ini walaupun kewujudannya telah lama dikenal pasti,” jelas Dr Adli.

vaksin bayi

Sebaliknya, langkah pencegahan yang telah wujud di negara kita adalah dengan perawatan terapi antibodi monoklonal (moAbs or mAbs) yang disarankan untuk diambil oleh golongan berisiko tinggi.

Dalam masa yang sama, langkah pencegahan juga boleh dilakukan dengan cara lebih kurang sama dengan pengawalan COVID-19 yakni memutuskan rantaian jangkitan penyakit pada peringkat awal lagi.

Cara mencegah penyakit RSV pada bayi dan kanak-kanak

  1. Elakkan anak daripada berada di kawasan sesak dengan orang ramai.
  2. Selalu membersihkan tangan anak anda dengan air bersih, sabun atau cecair sanitasi tangan.
  3. Segera mengasingkan diri anak anda daripada orang lain jika timbul simptom pada mereka.
  4. Melakukan pemeriksaan kesihatan anak dengan kerap.

“Kondisi ini mungkin akan berlaku dan berulang kepada bayi dan kanak-kanak lebih-lebih lagi buat mereka yang berisiko. Jadi, ibu bapa perlu lebih peka dan prihatin dengan tahap kesihatan anak masing-masing,” ujar Dr Adli mengakhiri perbualan.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Respiratory Syncytial Virus Infections, https://medlineplus.gov/respiratorysyncytialvirusinfections.html, Accessed Oct 19 2023.
  2. Respiratory Syncytial Virus Infection (RSV), https://www.cdc.gov/rsv/index.html, Accessed Oct 19 2023.
  3. Learn About Respiratory Syncytial Virus (RSV), https://www.lung.org/lung-health-diseases/lung-disease-lookup/rsv/learn-about-rsv, Accessed Oct 19 2023.
  4. Respiratory Syncytial Virus (RSV) in Children, https://www.cedars-sinai.org/health-library/diseases-and-conditions—pediatrics/r/respiratory-syncytial-virus-rsv-in-children.html, Accessed Oct 19 2023.
  5. RSV: When It’s More Than Just a Cold, https://www.healthychildren.org/English/health-issues/conditions/chest-lungs/Pages/RSV-When-Its-More-Than-Just-a-Cold.aspx, Accessed Oct 19 2023.

Versi Terbaru

27/10/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Siti Sofiah


Artikel Berkaitan

Kenapa Ibu Bapa TIDAK Boleh Bagi Anak Makan Ubat Batuk Sembarangan? Ini Sebabnya

Anak Batuk Tak Berhenti? Ibu, Cuba 12 Cara Hilangkan Batuk Budak Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 27/10/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan