Gejala buli boleh berlaku kepada sesiapa dan di mana-mana sahaja kerana ia merupakan satu masalah sosial yang sukar untuk dibendung.
Lebih mengejutkan, ia juga biasa terjadi dalam kalangan institusi kekeluargaan terutamanya buat mereka yang bergelar adik-beradik.
Lebih membimbangkan lagi, isu buli juga boleh berlaku pada golongan istimewa termasuklah kanak-kanak yang menghidapi austime.
Persoalannya, apa yang ibu bapa kena buat jika ada adik-beradik yang membuli golongan istimewa ini?
Bersempena Hari Kesedaran Autisme Sedunia yang jatuh pada tanggal 2 April tahun ini, kami bawakan topik menarik ini untuk anda. Jom ikuti artikel dengan lebih lanjut!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Kanak-kanak autisme cenderung untuk dibuli?
Tiada siapa yang diminta untuk dilahirkan di dunia ini dengan tidak sempurna sifat tidak kira dari aspek fizikal mahupun mental.
Namun ketentuan itu tidak dapat dielakkan dan mereka yang istimewa ini perlulah dijaga, disayang dan dipelihara dengan baik.
Pun begitu, keadaan dilihat sebaliknya kerana ada kajian terbaharu yang mengatakan kanak-kanak autisme cenderung untuk dibuli.
Menurut kajian bersama University of York, Manchester Metropolitan University dan University of Warwick, didapati bahawa gejala buli dalam kalangan kanak-kanak autisme adalah tinggi.
Tanpa mengira individu dan lokasi sama ada di sekolah ataupun di rumah sendiri, golongan istimewa ini cenderung untuk dibuli oleh teman sesusia dan juga adik-beradik mereka.
“Kanak-kanak autisme akan menghadapi kesukaran untuk berinteraksi, berkomunikasi dan bersosial bersama orang lain, dan ini adalah sebab mereka cenderung menjadi mangsa buli”, jelas Dr Umar Toseev.
Selain daripada kesedaran masyarakat, ahli keluarga termasuklah adik-beradik dan ibu bapa perlu memberi lebih perhatian tentang masalah ini.
Apa ibu bapa kena buat tentang gejala buli ini?
Sekiranya anak istimewa anda itu dibuli di sekolah, kalian sebagai ibu bapa perlu segera menghubungi pihak sekolah untuk memaklumkan masalah buli tersebut.
Namun jika ia berlaku di rumah dan pembuli itu pula merupakan adik-beradik mereka sendiri, ibu bapa perlu memainkan peranan yang sangat penting.
Perkara paling penting untuk dilakukan adalah dengan mengajar anak-anak yang lain tentang keburukan gejala buli dan kesannya terhadap mangsa serta pemangsa.
Katakan pada mereka bahawa golongan istimewa ini perlu dilindungi dan dicintai seadanya untuk mewujudkan suasana yang aman dan harmoni.
Jangan pula kalian terlalu menghukum kerana ia hanya akan menyemai perasaan dendam dalam hati si pembuli lantas memburukkan lagi keadaan.
Sebaliknya, cuba gunakan kaedah yang lebih lembut dan tegas dalam masa yang sama agar gejala buli di rumah dapat dibendung dengan segera.
Waspada gejala buli dalam kalangan adik-beradik!
Biarpun anak anda menghidap sebarang masalah kesihatan seperti autisme dan lain-lain, isu buli dalam kalangan adik-beradik tidak boleh dibiarkan.
Baca juga: