backup og meta

Apa Perlu Buat Jika Anak Alami Anoreksia?

Apa Perlu Buat Jika Anak Alami Anoreksia?

Punca-punca sebenar penyakit gangguan pemakanan masih tidak dapat ditentukan sehingga kini, terutamanya yang melibatkan kanak-kanak. Ini mungkin disebabkan kesan rangkuman daripada masalah psikologi, biologi dan sosial. Apa jua puncanya, ia bakal mendorong kepada komplikasi yang lebih besar dan masalah kesihatan serius yang boleh mengancam nyawa.

Mengapakah kanak-kanak hilang selera makan dengan begitu cepat?

Anoreksia adalah gangguan pemakanan yang paling kerap berlaku ketika zaman kanak-kanak atau pada peringkat awal zaman dewasa. Antara sebab terjadinya masalah ini adalah kerana mereka takut menjadi gemuk atau menjadi bahan ejekan oleh rakan-rakan di sekolah. Kanak-kanak perempuan adalah lebih cenderung mendapat anoreksia. Sementara, hanya 5-15% kanak-kanak lelaki yang menderita penyakit ini. 

Terdapat banyak punca yang menyebabkan masalah gangguan pemakanan di kalangan kanak-kanak. Antaranya ialah:

  • Mereka beranggapan bahawa semakin mereka kurus, semakin mereka akan menjadi sihat
  • Kanak-kanak mudah terpengaruh dengan kata-kata dan jenaka oleh rakan sekeliling
  • Mereka bersikap cerewet dalam memilih makanan kegemaran
  • Penyakit sementara
  • Masalah-masalah kesihatan seperti masalah dengan sistem gastro-usus, pernafasan dan kardiovaskular
  • Depresi
  • Takut berat badan meningkat
  • Rasa tidak mendapat bantuan

Apakah simptom-simptom anoreksia?

Kanak-kanak yang menderita daripada anoreksia selalunya mempunyai imej yang terbantut. Apa yang mereka lihat di dalam cermin adalah imej seorang kanak-kanak yang gemuk dan berat. Sedangkan kebenarannya, mereka adalah kurus kering. Kanak-kanak seperti ini tidak mahu menambah berat badan ataupun mengekalkan berat badan semasa.

Antara tanda-tanda anoreksia yang boleh dilihat adalah:

  • Keresahan
  • Depresi
  • Diet yang sama
  • Latihan fizikal berlebihan
  • Takut untuk menjadi gemuk
  • Menukar tabiat pemakanan
  • Makan makanan dalam jumlah yang sedikit
  • Kurang minat dengan makanan

Perkara ini boleh menjurus kepada masalah-masalah kesihatan yang serius seperti:

  • Kerosakan di bahagian otak, jantung dan ginjal
  • Denyutan nadi jantung yang tidak stabil
  • Rendah tekanan darah dan suhu badan
  • Tulang-tulang yang lebih kecil

Anoreksia boleh mengakibatkan kematian disebabkan oleh elektrolit yang tidak seimbang atau lumpuh. Walau bagaimanapun, terdapat laporan bahawa punca kematian yang paling utama berkenaan kanak-kanak anoreksia adalah bunuh diri selepas menderita depresi yang serius.

Bagaimanakah membantu kanak-kanak anoreksia untuk menjadi lebih baik?

Solusi kepada masalah ini perlu dibuat dalam kedua-dua aspek; fizikal dan mental. Galakan dan motivasi adalah cara yang terbaik untuk menolong kanak-kanak menjauhi tanggapan-tanggapan negatif berkenaan berat badan mereka. Sokongan keluarga, saudara-mara, dan teman-teman rapat adalah amat diperlukan. Semakin banyak kata-kata semangat diberikan, semakin bersemangat kanak-kanak untuk mengatasi penyakit anoreksia. 

Selain itu, ibu bapa juga boleh membahagikan makanan-makanan yang biasa dimakan kepada bahagian yang lebih kecil untuk setiap hari. Snek dan makanan ringan haruslah dijauhi. Beri kanak-kanak kuasa sepenuhnya untuk memilih makanan mereka, apa yang mereka inginkan untuk makan, berapa banyak yang mereka mahu, dan bila mereka mahu makan. Hormati metabolisma mereka. Bekalkan juga kepada mereka dengan makanan-makanan yang bernutrisi dan sihat. Ibu bapa seharusnya menjadi contoh yang baik untuk anak-anak mereka mengikuti cara hidup yang sihat. Pertolongan perubatan adalah dinasihatkan di dalam kes-kes yang teruk.

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anorexia Nervosa.

http://www.webmd.com/mental-health/eating-disorders/anorexia-nervosa/default.htm. Accessed March 16, 2017.

Versi Terbaru

13/05/2022

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Maria Stork


Artikel Berkaitan

Kudis Api, Masalah Kulit Kanak-Kanak Yang Lebih Bahaya, Ibu Bapa Perlu Awasi Tanda Ini!

Anak Kerap Demam? Ketahui 5 Punca Utama Kenapa Si Kecil Demam Berulang!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 13/05/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan