backup og meta

Jenis Autisme yang Perlu Anda Ketahui

Jenis Autisme yang Perlu Anda Ketahui

Gangguan spektrum autisme melibatkan masalah sosial, komunikasi, dan tingkah laku. Masalah ini boleh jadi ringan, teruk, atau sederhana. Diagnosis awal adalah sangat penting dalam autisme kerana rawatan awal dapat membuat perubahan besar. Autisme bukanlah sama sahaja antara kanak-kanak yang menghadapinya. Terdapat beberapa jenis autisme yang berbeza.

Jenis-jenis autisme

Sebelum ini, pakar kanak-kanak membincangkan pelbagai jenis autisme, seperti gangguan autistik, sindrom Asperger, gangguan perkembangan yang tidak spesifik (PDD-NOS). Tetapi sekarang kesemuanya dianggap sebagai ‘gangguan spektrum autisme’. Jika anda atau anak anda pernah didiagnosis dengan salah satu klasifikasi lama berikut, ketahui maksud di sebalik jenis autisme berikut:

1. Sindrom Asperger

Sindrom ini terletak pada spektrum autisme yang lebih ringan. Seseorang yang mempunyai Asperger mungkin sangat pintar dan dapat menangani kehidupan sehariannya dengan normal. Dia mungkin sangat memberi tumpuan kepada topik yang menarik minatnya dan membincangkannya tanpa henti. Tetapi dia mempunyai masalah untuk bersosial.

2. Pervasive developmental disorder, not otherwise specified (PDD-NOS)

Diagnosis yang sangat panjang ini mengambil kira semua kanak-kanak yang mengalami autisme yang lebih teruk berbanding Simdrom Asperger, tetapi tidak seteruk gangguan autistik.

3. Gangguan Autistik

Istilah ini merujuk kepada autisme yang lebih teruk berbanding Asperger dan PDD-NOS. Ia termasuk jenis simptom yang sama, tetapi pada tahap yang lebih tinggi.

4. Gangguan disintegratif kanak-kanak.

Ini adalah bahagian spektrum paling teruk dan jarang dijumpai. Ia menggambarkan kanak-kanak yang berkembang secara normal dan kemudian tiba-tiba hilang kemahiran sosial, bahasa, dan mental secara mendadak biasanya antara umur 2 dan 4 tahun. Kanak-kanak ini juga sering kali mengalami masalah sawan.

Sindrom Rett bukan lagi jenis autisme

Kanak-kanak dengan sindrom Rett sering mempunyai tingkah laku yang sama dengan autisme, dan sebelum ini sindrom Rett dianggap sebagai gangguan spektrum autisme. Tetapi kajian lanjut mendapati bahawa sindrom ini adalah disebabkan masalah genetik, lantas tidak lagi dianggap sebagai autisme.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.webmd.com/brain/autism/autism-spectrum-disorders

Versi Terbaru

06/07/2022

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Kudis Api, Masalah Kulit Kanak-Kanak Yang Lebih Bahaya, Ibu Bapa Perlu Awasi Tanda Ini!

Anak Kerap Demam? Ketahui 5 Punca Utama Kenapa Si Kecil Demam Berulang!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 06/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan