Bolehkah binatang peliharaan membantu anak anda membaca?
Sebuah program membaca kepada binatang peliharaan telah dijalankan dengan membiarkan kanak-kanak membaca buku kepada anjing mereka. Ini adalah bertujuan untuk menjadikan pembacaan menjadi lebih menyeronokkan dengan mempunyai anjing mereka sebagai pendengar. Mereka tidak akan berasa tertekan seperti membaca di hadapan guru mereka. Dengan pengalaman ini, kanak-kanak akan memantapkan kemahiran membaca mereka. Kanak-kanak yang gagap juga telah menunjukkan peningkatan daripada program sebegini.
Binatang peliharaan boleh mengurangkan alahan kanak-kanak
Banyak pihak yang beranggapan bahawa mempunyai binatang peliharaan adalah sebab mengapa alahan dalam kalangan kanak-kanak terjadi. Akan tetapi, beberapa kaji selidik telah menunjukkan wanita mengandung dan bayi yang terdedah kepada binatang peliharaan sebenarnya adalah kurang alahan terhadap binatang peliharaan dan alergen lain berbanding mereka yang tidak terdedah.
Meningkatkan tahap kesihatan emosi anak
Kajian menunjukkan mempunyai binatang peliharaan boleh mengurangkan tekanan dan rasa gemuruh dalam diri kanak-kanak lebih daripada apa yang kita fikirkan. Selain itu juga, binatang peliharaan boleh mendidik rasa kekitaan, mengurangkan rasa kesunyian, dan menggalakkan rasa kesefahaman. Binatang peliharaan juga tidak akan menghukum, mentertawakan atau mempermainkan kanak-kanak apabila mereka melakukan kesilapan. Dengan ini, kanak-kanak boleh membina harga diri dan keyakinan dengan bermain bersama-sama binatang peliharaan. Tambahan pula, persahabatan di antara binatang peliharaan dan kanak-kanak boleh memberi kesan positif terhadap hubungan sosial yang akan dialami oleh kanak-kanak di sekolah. Kanak-kanak autisme juga mendapat manfaat besar daripada bermain dengan binatang peliharaan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen