Anak mahu membeli kucing, tetapi bolehkah anda memberikan binatang peliharaan kepada si kecil? Adakah ia selamat untuk anak? Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui jawapannya.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, boleh klik di sini.
Binatang peliharaan untuk anak
Kajian menunjukkan hubungan manusia-binatang akan mendatangkan faedah kepada perkembangan anak-anak, termasuklah fizikal, emosi dan kesihatan sosial. Kajian juga telah membuktikan kanak-kanak yang mempunyai autisme atau ketidakupayaan untuk membaca telah menunjukkan peningkatan apabila berinteraksi dengan binatang.
Malahan kanak-kanak yang sihat juga bermanfaat dengan mempunyai kucing ataupun anjing. Hujah-hujah di bawah ini akan menjadikan anda bersetuju dengan membiarkan anak anda mempunyai haiwan peliharaan.
[embed-health-tool-child-growth-chart]
Bolehkah haiwan peliharaan membantu anak anda membaca?
Sebuah program membaca kepada haiwan peliharaan telah dijalankan dengan membiarkan kanak-kanak membaca buku kepada anjing mereka. Ini adalah bertujuan untuk menjadikan pembacaan menjadi lebih menyeronokkan dengan mempunyai anjing mereka sebagai pendengar.
Mereka tidak akan berasa tertekan seperti membaca di hadapan guru mereka. Dengan pengalaman ini, kanak-kanak akan memantapkan kemahiran membaca mereka. Kanak-kanak yang gagap juga telah menunjukkan peningkatan daripada program sebegini.
Binatang peliharaan boleh mengurangkan alahan kanak-kanak
Banyak pihak yang beranggapan bahawa mempunyai haiwan peliharaan atau binatang kesayangan adalah sebab mengapa alahan dalam kalangan kanak-kanak terjadi.

Akan tetapi, beberapa kaji selidik telah menunjukkan wanita mengandung dan bayi yang terdedah kepada haiwan sebenarnya adalah kurang alahan terhadap binatang dan alergen lain berbanding mereka yang tidak terdedah.
Meningkatkan tahap kesihatan emosi anak
Kajian menunjukkan mempunyai binatang kesayangan boleh mengurangkan tekanan dan rasa gemuruh dalam diri kanak-kanak lebih daripada apa yang kita fikirkan.
Dengan ini, kanak-kanak boleh membina harga diri dan keyakinan dengan bermain bersama-sama haiwan kesayangan. Tambahan pula, persahabatan di antara haiwan dan kanak-kanak boleh memberi kesan positif terhadap hubungan sosial yang akan dialami oleh kanak-kanak di sekolah. Kanak-kanak autisme juga mendapat manfaat besar daripada bermain dengan haiwan peliharaan.
Pengajaran yang diajar oleh binatang peliharaan kepada kanak-kanak
Dalam sebuah kajian terbaru, kanak-kanak boleh meningkatkan keupayaan kognitif yang berhubung kait dengan akibat sesuatu perbuatan dan cara berfikir melalui bermain dengan haiwan peliharaan mereka.
Selain itu juga, memelihara haiwan akan mendidik mereka banyak pengajaran mengenai kehidupan, termasuklah kesefahaman, belas kasihan dan bagaimana untuk berkawan secara positif.
Tambahan pula, apabila menjaga haiwan yang dipelihara, kanak-kanak boleh belajar tentang kecekapan diri, dan tanggungjawab apabila mereka membesar.

Manfaat fizikal kepada kanak-kanak yang mempunyai binatang kesayangan
Sesetengah kanak-kanak enggan melakukan aktiviti luar, dan inilah peluangnya untuk menarik minat golongan ini. Apabila keluar bersama-sama haiwan peliharaan, kanak-kanak akan berasa lebih bersemangat untuk menjadi aktif.
Mempunyai haiwan kesayangan juga boleh memberi impak positif kepada keseluruhan ahli keluarga. Ia merupakan ahli keluarga yang boleh membawa keharmonian kepada ahli keluarga, kegembiraan dan menjadi vitamin kepada kanak-kanak.