Pening kepala apabila si kecil kerap tanya soalan sama berulang kali? Percayalah situasi ini turut dialami ibu bapa lain. Biasanya ia didorong atas rasa ingin tahu si kecil.
Tetapi kenapa anak berkelakuan sedemikian dan bagaimana cara untuk bertindak balas? Baca selanjutnya untuk jawapan.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Bilakah rasa ingin tahu berkembang?
Tiada jawapan tepat untuk soalan tersebut kerana perkembangan setiap anak adalah berbeza.
Pun begitu, kebanyakan kanak-kanak akan mula bertanyakan soalan sekitar 18 bulan hingga 2 tahun – tempoh anak mula meningkatkan kemahiran bahasa dan mengenal persekitaran mereka.
Bertanyakan soalan adalah penting dalam perkembangan mereka – membantu memahami persekitaran dan belajar tentang ‘sebab’ dan ‘akibat’. Ia juga membantu anak membina perbendaharaan kata dan mempelajari perkataan baharu.
Menjelang usia dua tahun, anak seharusnya dapat membezakan antara objek atau gambar biasa dengan bertanyakan “apa ini?”. Pada usia 32 bulan, anak akan mula bertanya perkara seperti apa, di mana dan siapa.
Adalah mustahil untuk menghalang si kecil daripada bertanyakan soalan dan mungkin mengulanginya kerana mereka mempunyai rasa ingin tahu yang mendalam.
Trivia
Kenapa anak akan tanya soalan berulang kali?
Anak kecil sememangnya bersifat ingin tahu. Namun, ia boleh menjadi sesuatu yang merimaskan apabila mereka kerap mengulangi soalan yang sama.
2x, 3x malah mungkin hingga 10x soalan yang sama akan diulang. Maka anda harus bersedia memberi jawapan yang sama.
Ini kerana menurut pakar, tingkah laku ini ada kaitan dengan perkembangan anak. Secara khususnya ia berkaitan dengan penambahbaikan dalam aspek seperti:
Rasa ingin tahu
Si kecil berminat untuk mempelajari perkara dan menyerap kemahiran baharu yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan mereka.
Rasa keinginan yang mendalam ini selalunya akan mencetuskan persoalan dan sebab di sebalik mengapa anak bertanya pelbagai soalan.
Oleh itu, jika anak bertanya tentang perkara sama bermakna mereka mempunyai minat yang besar untuk mengetahui lebih lanjut tentang objek, tugas atau individu tertentu.
Anak tanya soalan untuk ingatan dan pembelajaran
Anak yang mengulangi soalan juga sedang melatih daya ingatan mereka. Anak belajar dengan lebih baik melalui pengalaman berulang dan bertanyakan soalan adalah sebahagian daripadanya.
Jika anak menanyakan soalan sama setiap kali anda memegang pemukul telur (baking whisk), seperti apakah fungsi alat tersebut, ia bermakna mereka berminat mengetahui mengapa ia sering digunakan.
Perhatian
Ada kalanya, soalan berulang bermakna si kecil mahukan perhatian anda. Mungkin anak menyedari bertanyakan soalan beberapa kali akan lebih mendapat perhatian anda berbanding tantrum.
[embed-health-tool-child-growth-chart]
Praktis pertuturan dan bahasa
Soalan yang kerap ditanya berulang kali juga merupakan cara untuk anak mempraktikkan pertuturan dan bahasa mereka. Bahkan ia merupakan sesuatu yang amat digalakkan.
Dengan menyoal, mereka belajar cara merangka frasa dan soalan dengan betul, cara penggunaan perkataan dan teknik sebutan yang tepat.
Fahami cara menangani rasa ingin tahu anak
Patutkah anda menghentikan tabiat si kecil yang kerap bertanyakan soalan berulang kali? Oleh sebab ia melibatkan beberapa aspek perkembangan mereka, mungkin anda patut membiarkan mereka bertanyakan soalan, walaupun berulang kali.
Berita baiknya, terdapat teknik untuk membantu anak mendapat jawapan yang diinginkannya dan membebaskan kalian daripada tekanan menjawab pertanyaan sama sepanjang masa.
Anda boleh mencuba teknik berikut dan perhatikan sama ada ia berkesan kepada si kecil:
Huraikan jawapan
Kita kembali kepada soalan apa yang anda pegang semasa memasak tadi. Daripada hanya memberikan jawapan soalan bahawa alat tersebut adalah pemukul telur, mungkin boleh dihuraikan kegunaannya dan membiarkan anak melihat anda menggunakannya.
Baca juga: