backup og meta

5 Cara Kenal Pasti Anak Sindrom Down Yang Tengah Rimas Di Musim Perayaan Ni!

5 Cara Kenal Pasti Anak Sindrom Down Yang Tengah Rimas Di Musim Perayaan Ni!

Setiap 21 Mac, dunia memperingati Hari Sindrom Down Sedunia bagi meningkatkan kesedaran dan pemahaman mengenai individu dengan sindrom Down.

Dalam suasana perayaan seperti Hari Raya atau majlis keluarga, anak-anak dengan sindrom Down mungkin mengalami stimulasi berlebihan, iaitu keadaan di mana mereka menjadi terlalu terangsang oleh persekitaran yang bising dan penuh dengan aktiviti.

Oleh itu, ibu bapa perlu memahami ciri ciri sindrom down dan cara mengenal pasti tanda-tanda ketidakselesaan mereka supaya sambutan tetap menyeronokkan dan mesra kepada anak-anak istimewa ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, anda boleh klik di sini.

Ketahui maksud sindrom down & ciri ciri sindrom down

Layan anak sindrom Down dengan bermain bersama.
Layan anak sindrom Down dengan bermain bersama.

Maksud sindrom Down merujuk kepada keadaan genetik yang berlaku apabila seseorang mempunyai salinan tambahan kromosom 21.

Ini menyebabkan kelewatan perkembangan dan ciri-ciri fizikal tertentu. Sindrom Down bukanlah penyakit, tetapi satu keadaan yang mempengaruhi pertumbuhan fizikal, kognitif, dan emosi seseorang individu.

Walaupun individu dengan sindrom Down mempunyai cabaran tertentu, mereka masih mampu menjalani kehidupan yang berkualiti dengan bimbingan, sokongan, dan pemahaman yang betul daripada keluarga dan masyarakat.

Kenali jenis-jenis sindrom Down & ciri ciri sindrom Down

Tenangkan anak jika mereka rimas.
Tenangkan anak jika mereka rimas.

Terdapat jenis-jenis sindrom Down yang boleh dikenalpasti, iaitu:

  1. Trisomi 21: Jenis yang paling biasa (sekitar 95% kes), di mana individu mempunyai tiga salinan kromosom 21 dalam setiap sel badan.
  2. Translokasi: Berlaku apabila sebahagian daripada kromosom 21 melekat kepada kromosom lain, menyebabkan ciri ciri sindrom Down tetapi dengan bilangan kromosom yang normal.
  3. Mosaik: Keadaan yang lebih jarang berlaku, di mana hanya sebahagian sel badan mempunyai tiga salinan kromosom 21, menyebabkan variasi dalam tahap keterukan ciri ciri sindrom Down.

Ciri down syndrome ringan termasuklah perkembangan fizikal dan intelektual yang lebih baik berbanding kes yang lebih teruk. Antara ciri down syndrome ringan yang biasa diperhatikan adalah:

  • Perkembangan motor dan bahasa yang sedikit perlahan tetapi masih dapat berinteraksi secara sosial.
  • Keupayaan untuk belajar kemahiran asas tetapi mungkin memerlukan sedikit lebih masa dan bimbingan.
  • Kebolehan menyesuaikan diri dalam persekitaran sosial tetapi mungkin mengalami cabaran dalam situasi yang terlalu merangsang.

Cara kenal pasti tanda-tanda stimulasi berlebihan anak Sindrom Down semasa beraya

Ketika perayaan, kanak-kanak dengan sindrom Down mungkin mengalami stimulasi berlebihan kerana suasana yang bising, orang ramai, serta rutin yang berubah. 

Beberapa tanda yang boleh diperhatikan termasuklah:

#1. Menjadi gelisah atau mudah merajuk

Anak sindrom Down mungkin kelihatan resah, sukar memberi tumpuan, atau cepat merajuk tanpa sebab yang jelas.

#2. Menutup telinga atau mata

Jika mereka merasa terlalu terangsang, mereka mungkin menutup telinga kerana tidak tahan dengan bunyi bising atau menutup mata kerana cahaya yang terlalu terang.

#3. Menunjukkan tingkah laku berulang

Mengulang-ulang perbuatan seperti menggoyangkan badan, mengelak kontak mata, atau menggigit jari mungkin tanda bahawa mereka cuba menenangkan diri dalam situasi yang tidak selesa.

#4. Keletihan atau hilang minat secara mendadak

Walaupun anak sindrom Down kelihatan gembira pada awalnya, mereka mungkin tiba-tiba menjadi letih dan ingin pulang lebih awal daripada yang dijangkakan.

#5. Menunjukkan tanda-tanda kebimbangan

Jika anak mula menangis, memegang erat ibu bapa, atau enggan bercakap, ini boleh menjadi petanda bahawa mereka merasa tidak selesa dan terlalu terangsang.

Anak sindrom Down juga boleh melakukan aktiviti harian seperti biasa.
Anak sindrom Down juga boleh melakukan aktiviti harian seperti biasa.

Kesimpulan

Kanak-kanak dengan sindrom Down boleh menikmati suasana perayaan dengan selesa jika ibu bapa dan keluarga memahami ciri ciri sindrom down serta cara mengurus stimulasi berlebihan mereka. 

Dengan mengenali tanda-tanda keletihan atau ketidakselesaan awal, ibu bapa dapat membantu anak-anak ini menjalani pengalaman yang lebih menyeronokkan dan bermakna. 

Hari Raya atau perayaan lain sepatutnya menjadi masa kegembiraan untuk semua, termasuk anak-anak istimewa ini.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Down syndrome. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/down-syndrome/symptoms-causes/syc-20355977. Diakses pada Mac 3, 2025. 

Down Syndrome. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/17818-down-syndrome. Diakses pada Mac 3, 2025.

About Down Syndrome. https://ndss.org/about. Diakses pada Mac 3, 2025.

Down Syndrome. https://kidshealth.org/en/parents/down-syndrome.html. Diakses pada Mac 3, 2025.

Down Syndrome. https://www.cdc.gov/birth-defects/about/down-syndrome.html. Diakses pada Mac 3, 2025.

Versi Terbaru

10/03/2025

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Bolehkah Individu Sindrom Down Tinggal Bersendirian?

6 Salah Faham Tentang Sindrom Down Yang Ramai Percaya, No #4 Tolonglah BERHENTI Percaya!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada tadi

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan