Pernah tak anak anda menangis di pasar raya, berguling di lantai, menjerit tanpa sebab yang jelas? Situasi ini sering membuatkan ibu bapa rasa malu, penat dan hilang sabar. Anak tantrum bukan tanda anak nakal, tetapi satu fasa perkembangan emosi yang normal, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak kecil. Persoalannya, bagaimana cara kawal anak tantrum dengan berkesan tanpa menambah tekanan pada anak dan ibu bapa?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Parent, kenalpasti beza tantrum dan meltdown
1. Tantrum
Tantrum adalah perkara biasa pada kanak-kanak kecil yang berumur 1 hingga 3 tahun. Ramai kanak-kanak ketika ini masih belum mahir untuk memberitahu apa yang diinginkan dan tidak mempunyai kawalan emosi.
Hal ini kerana, si kecil ini mengalami ledakan emosi kemarahan, kekecewaan, kesedihan dan tingkah laku yang pelbagai.
Mereka akan menjerit, anggota badan menjadi kaku, menendang, menghentak kaki, jatuhkan badan ataupun melarikan diri. Dalam sesetengah kes, ada kanak-kanak yang menahan nafas, muntah, memecahkan sesuatu atau mencederakan diri sendiri atau orang lain.
2. Meltdown
Meltdown pula adalah tindak balas kepada perasaan terbeban atau terlalu banyak yang dialami. Ia biasanya bukan sesuatu yang boleh dikawal.
Banyak situasi boleh mencetuskan meltdown dan bergantung pada individu tersebut. Contohnya, kesakitan, ketakutan atau perubahan yang tidak dijangka pada rutin atau situasi kehidupan seperti perceraian atau kehilangan pekerjaan.
Bagi kebanyakan kanak-kanak dan orang dewasa, kemelut berlaku apabila mereka mendapat terlalu banyak maklumat daripada deria mereka. Otak terlalu dirangsang oleh bunyi, pemandangan, rasa atau tekstur tertentu. Ia menjadikan wujudnya perasaan terbeban ketika mereka cuba memproses semuanya. Ini dipanggil beban deria.
Sesetengah pakar berpendapat perasaan beban berlebihan mencetuskan tindak balas melawan atau melarikan diri. Dan mereka akan menjerit, menangis, melatah, melarikan diri atau mengelakkan diri.
4 Cara kawal anak tantrum
1. Kenalpasti pencetus anak tantrum
Untuk kawal anak tantrum, ia sesuatu yang sukar dan tidak menyeronokkan jika ia terjadi di kawasan umum. Ibu bapa boleh ambil pendekatan untuk kenalpasti corak atau perangai yang boleh trigger anak mengamuk seperti kelaparan, keletihan, perubahan rutin, kecewa, terlalu banyak rangsangan seperti cahaya dan bunyi.
2. Berpegang kepada rutin
Hanya ibu bapa dapat merancang rutin anak-anak seperti waktu tidur, makan bermain dan sebagainya. Jika anda merancang untuk bercuti berjalan-jalan atau pulang ke kampung, anda perlu mempunyai rancangan tambahan untuk kawal anak tantrum.
Tindakan sebegini bukanlah tindakan overprotective, tetapi ini adalah cara mengatasi anak tantrum 2 tahun yang tidak mahir lagi menguruskan diri dan emosinya lagi.
3. Pastikan persekitaran yang selamat
Paling penting cara handle anak tantrum ialah pastikan tempat tersebut selamat dari sebarang bahaya. Disebabkan tantrum boleh terjadi tiba-tiba dan anda tidak boleh jangkakan lokasi anak mengamuk, anda hanya boleh awasi dan perhati anak dan kawasan persekitaran agar tidak membahayakan diri.
Sebagai contoh, jika anak tantrum di kawasan taman, pastikan sekeliling anak jauh daripada ranting, kayu dan batu yang besar.
4. Kekal tenang
Bagi ibu bapa yang menghadapi perkara ini, tidak dinafikan pasti anda akan mengalami perasaan burnout untuk melayan kerenah anak. Ambil nafas dan bertenang.
Anda perlu bertenang dengan perangai yang tidak terjangka daripada si manja kerana ia membantu anda berkomunikasi dengan lebih berkesan dengan anak.
Sifat tenang dan tegas anda kepada si manja dapat menyampai mesej kepada mereka bahawa mereka perlu berkelakuan baik. Jika mereka dengar cakap anda, berikan pujian dan pelukan untuk membantu mereka lebih bertenang.

Begini rupanya cara kawal anak tantrum
[embed-health-tool-child-growth-chart]














