backup og meta

Baby Usia 1 Tahun Sudah Pandai Jalan? Rupa-rupanya Ibu Ini Amalkan 4 Petua Anak Cepat Berjalan!

Baby Usia 1 Tahun Sudah Pandai Jalan? Rupa-rupanya Ibu Ini Amalkan 4 Petua Anak Cepat Berjalan!

Ibu bapa pasti akan gembira apabila cahaya mata mereka sudah mula pandai berjalan. Namun, anda juga mungkin sedikit runsing mencari cara ajar anak berjalan dengan cepat. Berita gembira untuk anda, kami bawakan kisah dan pengalaman seorang ibu muda ini dalam mengajar anaknya cepat berjalan. Ini petua anak cepat berjalan yang dikongsikan oleh Puan Amirah.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Keibubapaan, anda boleh klik di sini.

Athiyyah Nurzahra, cahaya mata ketiga yang suka adventure

cara ajar anak berjalan

Adik Athiyyah Nurzahra merupakan cahaya mata ketiga bagi pasangan Siti Amirah Mohd Ahmad Kamal dan juga Mohd Zamani Rasidek.

Menurut Siti Amirah, anak perempuannya yang mesra dipanggil Tya ini merupakan seorang kanak-kanak yang suka bergerak dan bermain bersendirian.

Bukan itu sahaja, Tya juga amat gemar bereksplorasi dengan apa yang terdapat di sekelilingnya.

Tambah ibu ini lagi, Tya tidak gemar duduk diam menonton televisyen sahaja dan lebih suka bergerak aktif melakukan penerokaannya sendiri.

Amalkan cara ajar anak berjalan sejak Tya bayi lagi

Menurut Siti Amirah, dia mula mengajar anak ketiganya ini berjalan sejak dia masih kecil.

Ini kerana, berdasarkan pengalaman membesarkan anak pertama dan kedua, kesemua anaknya itu sudah boleh berjalan pada usia genap setahun.

Berdasarkan pengalaman cara ajar anak berjalan, Siti Amirah mendapati bahawa Tya sangat mudah diajar disebabkan karakternya sendiri yang tidak gemar untuk duduk diam.

Puan Siti Amirah akui, disebabkan sifat aktif Tya, dia tidak mengalami sebarang masalah yang besar ketika mengajar anaknya berjalan.

Tip-tip menarik lain untuk anda:

Ini 4 cara ajar anak berjalan yang Siti Amirah lakukan

cara ajar anak berjalan

Buat ibu bapa di luar sana yang mencari petua anak cepat berjalan, anda boleh cuba 4 cara ajar anak berjalan yang diamalkan oleh Siti Amirah ini:

#1. Latih anak untuk meniarap atau tummy time

Ketika anak masih berada pada usia bayi, ibu bapa boleh cuba meniarapkan anak apabila mereka sudah pandai mengangkat kepala.

Kata Siti Amirah:

“Setiap hari, saya akan memberi peluang kepada Tya untuk meniarap beberapa kali. Setiap sesi meniarap tidaklah begitu lama, hanya sekitar 1-2 minit sahaja. Apabila Tya sudah mula memberikan respons rasa penat, barulah saya akan baringkannya semula.”

#2. Letakkan mainan di hadapan anak ketika meniarap

Langkah kedua dalam cara ajar anak berjalan adalah dengan kerap bermain bersama anak.

Caranya ialah, letakkan alat permainan di hadapan anak setelah anak berada dalam posisi meniarap.

Cara ini bertujuan untuk menggalakkan anak bergerak mengesot ke hadapan bagi mendapatkan permainan yang jauh sedikit daripada capaian tangannya.

Apabila anda melakukan cara ini, anda boleh melihat anak akan cuba bergerak sedikit demi sedikit untuk mendapatkan permainan tersebut.

Namun, pastikan sesi bermain ini tidak begitu lama iaitu sekitar 3 hingga 5 minit sahaja. Ini bagi mengelakkan anak cepat menjadi bosan atau berasa letih.

#3. Gunakan ‘push walker

Langkah ketiga adalah dengan menggunakan push walker bayi.

Push walker boleh membantu anak anda untuk menguatkan otot dan koordinasi kaki mereka.

Menurut ibu muda ini:

Dalam fasa merangkak, memanjat, dan berdiri, saya mula memberikan Tya bermain dengan push walker yang berwarna menarik. Daripada situlah dia mula cuba berlatih berjalan dan melangkah sambil menolak push walker tersebut.”

#4. Pimpin tangan anak berjalan

Akhir sekali, apabila anak sudah cukup kuat untuk berdiri dan berjalan, ibu bapa boleh mula memimpin tangan anak dan berjalan perlahan-lahan dalam jarak yang dekat.

Sebagai satu sokongan untuk anak, ibu bapa boleh menyanyi bersama anak seperti yang dilakukan oleh Siti Amirah agar anak berasa teruja dan seronok untuk belajar  berjalan

Anda mungkin berminat dengan tip-tip lain ini:

Cara ajar anak berjalan: Lebih mudah uruskan rumah tangga apabila anak sudah pandai berjalan

cara ajar anak berjalan

Siti Amirah amat gembira apabila perkembangan anak-anaknya berlaku pada waktu yang tepat.

Apatah lagi apabila anak ketiganya ini juga sudah pandai berjalan, maka lebih mudah untuk dia menguruskan urusan rumah tangga dan anak-anaknya yang lain.

“Apabila Tya sudah pandai berjalan, maka lebih mudahlah untuk saya uruskan kesemua anak-anak yang lain, rumah tangga dan juga bisnes saya. Pergerakan saya juga tidak terbatas kerana Tya tidak perlu sentiasa berdukung,” ujar Siti Amirah.

Hati-hati ketika fasa merangkak, anak mungkin kutip objek kecil di lantai!

Salah satu cabaran utama Siti Amirah ketika mengajar anaknya berjalan ialah pada fasa merangkak dan juga berjalan.

Ini kerana, anaknya itu cenderung untuk mengutip objek kecil yang ada di atas lantai.

Oleh itu, Siti Amirah akan memastikan tiada objek dan permainan kecil di lantai kerana dibimbangi Tya akan mengutip dan memasukkannya ke dalam mulut.

“Lantai perlu sentiasa bersih daripada sebarang objek asing, termasuklah serangga. Ini kerana Tya gemarkan sesuatu yang bergerak, dan dia akan cuba menangkapnya dan memasukkan ke dalam mulut.”

Semoga ibu bapa di luar sana boleh mendapat inspirasi daripada cara ajar anak berjalan yang dikongsikan oleh ibu ini.

Selain daripada petua anak cepat berjalan yang dikongsikan di sini, anda juga boleh membaca pelbagai tip pengalaman sebenar daripada ibu bapa lain pada pautan-pautan ‘Artikel Berkaitan’ di bawah ini. 

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Temubual bersama Puan Siti Amirah Mohd Ahmad Kamal pada 1 Ogos 2022. 

Movement, Coordination, and Your 1- to 2-Year-Old. https://kidshealth.org/en/parents/move12yr.html. Accessed on August 1, 2022. 

Teaching Children To Walk. http://guide.saferoutesinfo.org/pdf/TeachingChildrenToWalkSafely.pdf. Accessed on August 1, 2022.

Learning to walk. https://www.pregnancybirthbaby.org.au/learning-to-walk. Accessed on August 1, 2022.

Teaching a Baby to Walk. https://jamaicahospital.org/newsletter/teaching-a-baby-to-walk/. Accessed on August 1, 2022.

From Baby’s First Steps to Walking on Their Own. https://pathways.org/baby-walking-on-their-own/. Accessed on August 1, 2022.

Versi Terbaru

14/04/2023

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Baby 7 Bulan Sudah Diajar Pegang Makanan, Ibu Ini Guna 5 Tip Latih Anak Makan Sendiri!

Nak Bagi Anak Pandai Mengaji? Jom Lihat 6 Teknik Efektif Yang Ibu Ini Amalkan!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 14/04/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan