backup og meta

Anak Selalu Demam Malam, Tapi Sihat Waktu Siang? Ini 5 Punca Anak Jadi Begitu

Anak Selalu Demam Malam, Tapi Sihat Waktu Siang? Ini 5 Punca Anak Jadi Begitu

Pernahkah anda mengalami situasi di mana anak selalu demam pada waktu malam, namun sihat pada waktu siang? Bagi ibu bapa yang berhadapan situasi anak demam malam ini, berikut punca dan cara untuk merawat keadaan anak anda. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Kenapa demam pada waktu malam sahaja?

Jika suhu badan anak meningkat selepas 7 petang, tetapi kebah pada siang hari, pasti ibu bapa risau dan tertanya-tanya kenapa kanak-kanak kerap demam pada sebelah malam sahaja bukan? 

Walaupun kebanyakan kes badan anak panas pada waktu malam tidak membawa kepada keadaan yang serius, namun ia juga boleh menjadi isyarat kepada masalah kesihatan yang lebih teruk.

Demam pada kanak-kanak boleh disebabkan oleh pelbagai faktor termasuklah jangkitan bakteria atau virus, perubahan suhu tubuh secara semula jadi, dan juga reaksi alergi atau keradangan.

Punca kenapa demam pada waktu malam sahaja?

demam malam
Periksa suhu badan anak secara berkala.

Kenapa kanak-kanak kerap demam? Demam malam pada kanak-kanak boleh berlaku akibat pelbagai sebab.

Antara sebab paling biasa kenapa kanak-kanak kerap demam adalah disebabkan:

#1. Jangkitan kuman

Punca utama demam malam biasanya disebabkan jangkitan kuman bakteria atau virus.

Jangkitan ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti infeksi saluran pernafasan, penyakit asma dan jangkitan saluran kencing​​.

#2. Perubahan suhu tubuh

Suhu tubuh biasanya akan meningkat secara semula jadi pada malam hari.

Demam ringan pada waktu siang boleh menjadi lebih teruk pada malam hari kerana hormon kortisol dan adrenalin berkurangan ketika tidur​​.

#3. Reaksi alergi, antara penyebab kenapa kanak-kanak kerap demam

Keradangan atau reaksi alergi seperti asma dan rhinitis, juga boleh menyebabkan demam pada waktu malam​​.

#4. Pakaian yang tebal dan suhu bilik

Kadangkala, pakaian tebal atau suhu bilik yang terlalu panas boleh meningkatkan suhu tubuh anak terutamanya pada bayi yang belum mampu mengawal suhu tubuh mereka sendiri​​.

#5. Selepas imunisasi

Demam ringan pada malam hari juga boleh berlaku selepas suntikan vaksinasi​​.

Simptom-simptom demam malam pada kanak-kanak

Kanak-kanak mengalami demam biasanya ditandai dengan beberapa simptom seperti berikut:

  • Suhu badan yang melebihi 38 darjah selsius
  • Kurang beraktiviti
  • Sukar tidur
  • Kurang selera makan
  • Badan menggigil
demam on off
Simptom-simptom jika bayi anda demam.
  • Sakit kepala
  • Sakit otot
  • Badan berpeluh
  • Dehidrasi
  • Dahi dan leher terasa panas
  • Kulit menjadi pucat

Cara merawat kanak kanak demam malam

demam waktu malam
Letakkan kain basah pada dahi untuk tuam badan anak.

Bila demam apa perlu buat ya?

Berikut adalah beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan keadaan anak kerap demam malam:

  1. Guna kompres sejuk: Letakkan kain atau span yang telah direndam dengan air sejuk pada dahi anak untuk membantu menurunkan suhu tubuhnya​​.
  2. Pakaian yang nipis: Pakaikan pakaian yang nipis pada anak untuk mengelakkan peningkatan suhu tubuh yang berlebihan​​​​.
  3. Tingkatkan pengambilan cecair: Beri anak lebih banyak minuman seperti air putih, susu, jus, teh herba, sup atau larutan rehidrasi untuk mengelakkan dehidrasi​​.
  4. Kawal suhu ruangan: Pastikan suhu di bilik tidur anak sentiasa sejuk untuk membantu mengurangkan suhu tubuhnya. Gunakan kipas angin untuk mendinginkan suhu ruangan, tetapi jangan arahkan langsung ke tubuh anak​​.
  5. Rehat yang cukup: Pastikan anak tidur nyenyak. Tidur yang cukup penting untuk proses penyembuhan​​.
  6. Berikan ubat demam: Jika perlu, berikan ubat demam seperti paracetamol atau ibuprofen. Pastikan dos yang diberikan sesuai dengan arahan doktor​.

Kesimpulan 

Dalam merawat anak demam, tumpuan utama adalah untuk meningkatkan keselesaan keseluruhan tubuh kanak-kanak tersebut.

Anak demam walaupun membimbangkan, biasanya tidak berbahaya dan merupakan mekanisme tubuh mereka untuk melawan penyakit.

Namun, ada kalanya demam pada kanak-kanak boleh menjadi tanda bahawa mereka memerlukan rawatan perubatan lanjut.

Jika anak menunjukkan gejala lain selain demam, seperti lesu, tidak makan atau minum, atau sukar bernafas, adalah penting untuk mendapatkan rawatan perubatan dengan segera.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fever Without Fear: Information for Parents. https://www.healthychildren.org/English/health-issues/conditions/fever/Pages/Fever-Without-Fear.aspx. Diakses pada Januari 12, 2024. 

Fever (High Temperature) In Kids. https://kidshealth.org/en/parents/fever.html. Diakses pada Januari 12, 2024.

Fever in Children. https://www.stanfordchildrens.org/en/topic/default?id=fever-in-children-90-P02512. Diakses pada Januari 12, 2024.

Fevers. https://www.childrensmn.org/educationmaterials/parents/article/7902/fevers/. Diakses pada Januari 12, 2024.

Fevers: to Worry, or Not to Worry. https://www.connecticutchildrens.org/growing-healthy/fever-worry-or-not. Diakses pada Januari 12, 2024.

Versi Terbaru

21/06/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Anak Cirit-birit? Ibu Ayah, Lakukan 20 Cara Ini Elak Bayi @ Anak Dehidrasi!

Ibu, Jangan Bagi Anak Makan 1 Jam Selepas Dia Muntah! Ini Tip Hilangkan Mual


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 21/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan