backup og meta

Anak Celik Math, Ibu Ini Guna 5 Kaedah Mudah Ajar Anak Kenal Nombor!

Anak Celik Math, Ibu Ini Guna 5 Kaedah Mudah Ajar Anak Kenal Nombor!

Mengajar anak kecil mengenal asas nombor bukanlah satu perkara yang mudah. Walaupun sekadar nombor 1 10, ia tetap memerlukan kemahiran yang tepat dan kesabaran yang jitu untuk mendidik anak.

Namun, jika anda tahu kaedah yang bersesuaian dengan si kecil, ia mungkin tidaklah sesukar mana.

Hello Doktor bawakan kepada ibu bapa di luar sana, 5 tip penting ajar anak kenal nombor berdasarkan pengalaman seorang ibu muda ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Keibubapaan, anda boleh klik di sini.

Nur Aleeyah Zinnirah, didikan pertama keluarga kecil Puan Siti Munirah

Puan Siti Munirah Roslan dan juga Encik Muhammad Aiman Abu Bakar telah dikurniakan cahaya mata pertama yang dinamakan Nur Aleeyah Zinnirah.

Pada ketika ini, Nur Aleeyah atau mesra dikenali dengan nama Aleeya telah pun berumur 4 tahun.

Aleeya merupakan seorang kanak-kanak yang manja, penyayang, peramah dan juga periang.

Dia juga seorang anak yang banyak keletah dan aktif bermain serta amat mudah bergaul mesra dengan orang di sekeliling.

Ajar anak kenal asas nombor bermula umur 2 tahun

asas nombor
Nur Aleeyah Zinnirah mula belajar mengenal nombor 1 hingga 10 seawal usia 2 tahun.

Siti Munirah mengajarkan anaknya asas nombor 1 10 bermula selepas anaknya itu melepasi fasa berjalan dan juga bercakap, iaitu pada umur 2 tahun.

Pada peringkat awal, ibu ini memfokuskan kepada kemahiran asas menulis seperti kekuatan jari, koordinasi mata dan tangan, serta kedudukan jari.

Pada peringkat ini, dia membelikan ‘Buku 125 Latihan Kawalan Pensel’ agar anaknya boleh belajar mengkoordinasikan pergerakan tangan dan juga jari.

Melalui perkenalan awal dengan buku inilah yang menjadikan anaknya kini sudah boleh menguasai penulisan abjad dan juga asas nombor. 

[embed-health-tool-vaccination-tool]

5 cara ini buatkan Aleeya pandai dan minat asas nombor!

Perkongsian daripada halaman Facebook seperti ‘Cikgu Early Intervention’ dan ‘Pendidikan Montessori’ telah banyak membantu Siti Munirah menambahkan ilmu serta meningkatkan kemahiran menjadi ibu bapa yang cemerlang.

Ini termasuklah dalam bab mengajar anak mengenal nombor. Ilmu tersebut kemudiannya diaplikasikan terus kepada anaknya, Aleeya.

Berikut adalah lima perkara yang Siti Munirah lakukan bagi membantu anaknya menyebut dan mengenal nombor 1 10:

Pertama, dedahkan anak-anak dengan nombor

Siti Munirah melakukan rutin ini pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja jika ia boleh membantu perkembangan anaknya.

“Sebagai contoh, sambil menaiki tangga, saya akan memegang tangan Aleeya dan menyebut bilangan anak tangga yang dinaiki. Aktiviti ini walaupun nampak mudah tetapi ia membantu Aleeya untuk mendengar urutan bilangan anak tangga.” 

Kedua, galakkan anak-anak menyebut nombor

asas nombor

Ketika melakukan aktiviti di luar rumah bersama anak, Siti Munirah akan menyebutkan nombor yang terdapat di sekitar papan tanda dan akan meminta Aleeya untuk menyebut bersama.

Setelah Aleeya mengenal nombor, ibu ini akan cuba bertanya kepada anaknya seperti,

“Aleeya, nampak tak nombor plat kereta depan ini? Cuba Aleeya sebutkan nombor plat kereta itu?”

“Aleeya, cuba tengok papan tanda ini, ada tak nombor lapan pada papan tanda ini?”

Ketiga, mengingat nombor melalui lagu

Ketika di rumah, Siti Munirah juga akan memasangkan lagu bertemakan asas nombor satu dua tiga kepada Aleeya sambil tangan ditunjukkan kepada gambar nombor tersebut di dalam rumah.

Teknik belajar menggunakan lagu ini mewujudkan suasana yang riang dan santai dalam pembelajaran bersama anak.

Antara lagu lain yang turut boleh digunakan ialah ‘Five littles monkeys jumping on the bed’.

Keempat, aktiviti menulis nombor

Menurut Siti Munirah lagi,

“Saya juga menyediakan papan tulis yang cantik kepada anak saya dan meminta dia menulis nombor satu hingga sepuluh. Latihan seperti ini dapat membantu dia untuk lebih mengingati nombor.”

Kelima, menampal sticker

asas nombor

Aktiviti ini juga sangat menyeronokkan dan menarik minat anak-anak untuk terus mengenal, menyebut dan menghafal nombor.

Pelekat nombor boleh dibeli dan ditampal dalam buku atau kertas khas oleh anak-anak.

Aleeya suka buat latihan, tetapi ibu pula kesuntukan masa untuk mengajar

Sejak Aleeya sudah mengenal nombor, Siti Munirah melihat anaknya itu gemar membuat latihan asas nombor atau Matematik.

Aleeya hanya perlu membaca arahan soalan pada buku latihan dan boleh menjawab dengan baik.

Namun, disebabkan kekangan waktu sebagai seorang ibu yang berkerjaya, Siti Munirah akui bahawa dia mempunyai waktu yang terhad untuk mendidik dan mengurus anak setiap masa.

Dia hanya menggunakan kesempatan masa yang terluang pada waktu malam untuk mengajar anaknya mempelajari sesuatu selain memantau perkembangan semasa mereka. 

Kesimpulan

Buat ibu bapa yang masih buntu berkenaan cara terbaik mengajar anak mengenal nombor, mungkin anda boleh mencuba tip-tip daripada pengalaman ibu ini.

Selamat mencuba!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Temubual bersama Puan Siti Munirah Roslan pada 16 Ogos 2022.

Numbers. https://learnenglishkids.britishcouncil.org/category/topics/numbers. Accessed on August 16, 2022. 

Help Children Understand the Meaning of Counting. https://extension.psu.edu/programs/betterkidcare/parents-families/families-count/help-children-understand-the-meaning-of-counting. Accessed on August 16, 2022.

Inspire learning with our magical reading and mathematics games for kids. https://www.teachyourmonster.org/. Accessed on August 16, 2022.

Teaching Your Five-Year-Old Numbers and Counting. https://www.pbs.org/parents/learn-grow/age-5/math/numbers-counting. Accessed on August 16, 2022.

Playing Around with Number Composition: Games, Stories, and Everyday Problem Solving in the Preschool Classroom. https://www.naeyc.org/resources/pubs/tyc/spring2022/number-composition. Accessed on August 16, 2022.

Versi Terbaru

07/12/2022

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

7 Kaedah Berkesan Ajar Anak Pakai Baju Sendiri - Ibu Bapa PERLU Tahu!

6 Kaedah Untuk Ajar Anak Berkaitan Pelajaran Seks


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 07/12/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan